Pergi ke kandungan

Gerakan agama baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ajaran sesat)

Gerakan agama baru (GAB, bahasa Inggeris: new religious movement, NRM), adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada suatu keyakinan keagamaan atau suatu gerakan etika, rohani atau falsafah yang masih baru yang bukan merupakan sebahagian dari sebuah aliran keagamaan atau lembaga agama yang mapan.[1] Ia mencakupi berbagai gerakan yang merentasi tahap kuat pemegangan atau anutan berdasarkan pendekatan-pendekatan baru terhadap kerohanian atau agama hingga kepada usaha komunitarian yang menuntut ketaatan serta keakuran yang kuat dalam kelompok yang cukup besar serta jatidiri sosial yang memisahkan para pemeluknya daripada masyarakat umum. Penggnaannya tidak diterima secara universal di antara kelompok-kelompok yang diberikan istilah ini.

Dalam bahasa sehari-harian, "organisasi ajaran sesat" sentiasa membawa kepada maksud konotasi yang buruk. Daripada itu, biasanya tiada satu organisasi yang sanggup menerima label ini. Penamaan sesuatu oraganisi sebagai "organisasi ajaran sesat" kadang kala diasiosiasikan oleh pihak yang berkenaan sebagai satu bentuk "diskriminasi" ataupun satu bentuk "hegemoni golongan majoriti", yakni penindasan golongan majoriti terhadap golongan minoriti.

Tempat ibadat GAB Jepun Seico-no-Ie di Tokyo.

Konsep anutan ini datangnya daripada Jepun - melalui kata asal dalam bahasa Jepun, shinshūkyō (新宗教) - suatu istilah yang diwujudkan sebagai menerangkan agama-agama luar aliran utama yang wujud di negara tersebut berikutan tamatnya Perang Dunia Kedua.[2] Konsep ini pula dibawa ke Amerika Syarikat bagi menerangkan beberapa kelompok yang dilihat mempunyai ciri lebih kurang sama di kawasan San Francisco Bay Area pada sekitar tahun 1960an.[3] Ia kemudiannya digunapakai dalam kelompok kecendekiawanan Barat sebagai suatu sinonim berkaitan pentakirfan moden "kultus".[4]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Organisasi sebegini diperhatikan mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Doktrin atau pedoman

[sunting | sunting sumber]

Setiap agama baru ini sama ada mempunyai kitab suci yang tersendiri mahupun mentafsir semula kitab agama sedia ada.[5] Para penganut agama-agama baru ini menyatakan bahawa kandungan atau intipati ajaran yang dibawa tidaklah baru, namun cuma "dilupakan" dan hanya menunggu dihidupkan semula dalam pengamalan ia.[6] Kitab ajaran ini seringkali menerapkan pengetahuan sains moden atas alasan ia menyatukan sains dan agama.[7] Ada juga dalam kalangan penganut sebegini yang percaya ia diturunkan mellaui suatu proses "pewahanaan" (mediumship).[8]

Pemikiran magis - pemikiran seseorang yang mempunyai kecenderungan mengaitkan fenomena fizikal dengan unsur-unsur alam ghaib turut dilibatkan dalam penyemaian kepercayaan sebegini, di mana individu yang berpemikiran magis senang dipengaruhi kelompok agama baru kerana ia bersesuaian dengan pengucapan ghaib yang turut ada dalam sesetengah anutan ini.

Kepimpinan

[sunting | sunting sumber]

Seorang ketua dilantik dalam kalangan pengikut di mana dia dilihat penuh berkarisma[9], bahkan dipuja melampau hampir seperti dewa. Ketua ini biasanya mengenal diri sebagai nabi dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu. Kelangsungan hayat sesebuah agama baru ini bergantung terus kepada hayat pengasas; yakni apabila seseorang pengasas itu meninggal dunia, agama yang ditubuhkan ini bisa terbubar begitu sahaja, berpecah menjadi kelompok lebih kecil ataupun berubah sepenuhnya daripada niat asal si pengasas, biasanya lebih mendekati anutan umum masyarakat majoriti.[10]

Tingkah laku

[sunting | sunting sumber]

Para pengikut ia sentiasa menganggap golongan majoriti sebagai "bodoh" dan "sesat", serta sentiasa membenci masyarakat umum yang dianggap berdosa ataupun "kotor". Oleh itu, mereka akan mengelakkan diri daripada masyarakat umum, ataupun bersikap sebagai "penyelamat" apabila berdepan dengan orang umum. Penyertaan seseorang ke dalam sesautu OAS akan mengubah tingkah lakunya. OAS bukan sahaja mempegaruhi kehidupan seseorang dengan memberikan pelbagai ajaran kepadanya, malah kadang kala OAS juga menggunakan tindakan fizikal untuk mengawal ahlinya. Ini termasuk kawalan untuk bersosial dan juga kawalan bergerak.

Keanggotaan

[sunting | sunting sumber]

Gerakan-gerakan ini dianggotai jauh kurang daripada anutan aliran utama,[11] malah ada yang wujud hasil pecahan daripada kelompok agama yang sedia ada.[9] Mereka yang memasuki anutan baru ini percaya atau yakin mereka akan mendapat manfaat daripada pegangan sedemikian, sama ada melalui rasa kebebasan yang diperolehi baik daripada kekangan masyarakat mahupun kebendaan (terutamanya bahan narkotik) mahupun perolehan rasa bermaruah dan hala tuju yang tinggi dan kukuh.[12]

Para pengikut anutan sebegini menurunkan fahaman mereka kepada anak-anak mereka di kala semakin meningkatnya usia.[13]

Faktor-faktor kemunculan

[sunting | sunting sumber]

Kemunculan OAS dan penyertaan seorang individu ke dalam sesuatu OAS adalah sangat berkaitan dengan sifat "keanti-sosialan" yang ada pada individu berkenaan. Orang yang berkenaan mungkin tidak puas hati ataupun tidak dapat menerima suasana sosial yang dihadapinya. Contohnya, oleh kerana pengalaman sosial yang pahit(seperti ditindas orang), seseorang mungkin akan membentuk satu sikap yang sinis terhadap keseluruhan masyarakat dan lambat laun beliau mungkin bersikap anti-sosial apabila sikapnya yang salah itu tidak dibaiki dengan segera. Sikap Anti-Sosial akhirnya akan mendorong seseorang untuk menubuhkan OAS ataupun menyertai sesuatu OAS sebagai satu bentuk protes ataupun satu cara menyelamatkan diri.

Selain itu, kemunculan OAS juga berkaitan dengan:

Ajaran agama dalam berbagai agama

[sunting | sunting sumber]

Ajaran sesat atau bidaah dalam agama Islam bererti sebuah perbuatan yang tidak pernah diperintahkan mahupun dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW tetapi banyak dilakukan oleh masyarakat sekarang ini. Hukum dari bidaah ini adalah haram. Perbuatan dimaksud ialah perbuatan baru atau penambahan dalam hubungannya dengan peribadatan dalam erti sempit (ibadah mahdhah), yaitu ibadah yang tertentu syarat dan rukunnya.

Secara mudahnya juga, Ajaran sesat juga boleh ditakrifkan sebagai ajaran yang baharu muncul dikalangan masyarakat yang berpunca dari suatu iktikad penafsiran yang salah dari aspek Aqidah(Tauhid),Fiqh,hukum-hakam syarie dan juga akhlak oleh orang dan golongan yang tidak bertanggungjawab samaada niatnya baik,atau jahat atau tidak disengajakan sehinggakan ia mengkehendaki agar ajaran yang ditafsirkannya itu diterima umum dan segenap lapisan masyarakat.Selalunya ajaran sesat terjadinya bermula dari orang yang merasakan dirinya layak untuk menafsir nas-nas Al-Quran dan al-Hadis secara suka hati(membabi buta)demi kepentingan peribadi dan sesuatu perkara yang lain.Ia juga turut mengishtiharkan yang segala ajaran baharunya itu diterima dan disahkan kemasyhurannya oleh Allah dan malaikat.Dalam Islam,apa-apa ajaran baharu yang lahir selepas kemunculan ajaran Islam oleh Nabi Muhammad yang muncul tanpa selari dengan hikmah syariah Islamiah yang asli adalah dikira sesat dan terbatal.Pengikut pada ajaran baru itu boleh dianggap kafir dan murtad akan keimanannya. Selalunya ajaran sesat yang muncul dalam pengamatan Islam adalah ajaran yang kebanyakannya diasaskan oleh mereka yang sebelumnya adalah Muslim tetapi telah keluar dari Islam(murtad) kerana cetek akan keilmuan dan keimanannya kepada Allah dan seterusnya mencipta ajaran baharu yang mempunyai saduran dari ajaran Islam serta ditokok-tambah dan senantiasa dipermudahkan hukum pelaksanaannya.

Pemakaian kata tersebut di antaranya ada pada :

Firman Allah ta’ala : بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ ” (Dialah Allah) Pencipta langit dan bumi.” (Q.s.2:117) Firman Allah ta’ala : قُلْ مَا كُنتُ بِدْعاً مِّنْ الرُّسُلِ ” Katakanlah (hai Muhammad), “ Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul.” (Q.s:46:9) Perkataan اِبتدع فلانٌ بدعة Maknanya: Dia telah merintis suatu cara yang belum pernah ada yang mendahuluinya. Perkataan هذاأمرٌبديعٌ Maknanya: sesuatu yang dianggap baik yang kebaikannya belum pernah ada yang menyerupai sebelumnya.

Dari makna bahasa seperti itulah pengertian bid’ah diambil oleh para Ulama. Jadi membuat cara-cara baru dengan tujuan agar orang lain mengikuti disebut bid’ah (dalam segi bahasa). Sesuatu perkerjaan yang sebelumnya belum perna dikerjakan orang juga disebut bid’ah (dalam segi bahasa). Terlebih lagi suatu perkara yang disandarkan pada urusan ibadah (agama) tanpa adanya dalil syar’ie (Al-Qur’an dan As-Sunnah) dan tidak ada contohnya (tidak ditemukan perkara tersebut) pada jaman Rosulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam maka inilah makna bid’ah sesungguhnya. Secara umum, bid'ah bermakna melawan ajaran asli suatu agama (artinya mencipta sesuatu yang baru dan disandarkan pada perkara agama/ibadah).

Para Ulama [1] salaf telah memberikan beberapa definisi bidaah. Definisi-definisi ini memiliki lafadl-lafadlnya berbeda-beda namun sebenarnya memiliki kandungan makna yang sama.

Syeikh ul Islam Ibnu Taimiyah,Bidaah dalam agama adalah perkara yang dianggap wajib mahupun sunnah namun yang Allah dan rasul-Nya tidak syariatkan. Adapun apa-apa yang Ia perintahkan baik perkara wajib maupun sunnah maka harus diketahui dengan dalil-dalil syariat.

Imam Syathibi, bida'ah dalam agama adalah Satu jalan dalam agama yang diciptakan menyamai syariat yang diniatkan dengan menempuhnya bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Allah.

Ibnu Rajab, Bidaah adalah mengada-adakan suatu perkara yang tidak ada asalnya dalam syariat. Jika perkara-perkara baru tersebut bukan pada syariat maka bukanlah bidah, walaupun bisa dikatakan bidah secara bahasa

Imam as-Suyuthi, beliau berkata, Bidah adalah sebuah ungkapan tentang perbuatan yang menentang syariat dengan suatu perselisihan atau suatu perbuatan yang menyebabkan menambah dan mengurangi ajaran syariat.

Dengan memperhatikan definisi-definisi ini akan nampak tanda-tanda yang mendasar bagi batasan bidah secara syariat yang dapat dimunculkan ke dalam beberapa point di bawah ini :

Bahwa bidah adalah mengadakan suatu perkara yang baru dalam agama. Adapun mengadakan suatu perkara yang tidak diniatkan untuk agama tetapi semata diniatkan untuk terealisasinya maslahat duniawi seperti mengadakan perindustrian dan alat-alat sekedar untuk mendapatkan kemaslahatan manusia yang bersifat duniawi tidak dinamakan bidaah.

Bahwa bidah tidak mempunyai dasar yang ditunjukkan syariat. Adapun apa yang ditunjukkan oleh kaidah-kaidah syariat bukanlah bidah, walupun tidak ditentukan oleh nash secara khusus. Misalnya adalah apa yang bisa kita lihat sekarang: orang yang membuat alat-alat perang seperti kapal terbang,roket, tank atau selain itu dari sarana-sarana perang modern yang diniatkan untuk mempersiapkan perang melawan orang-orang kafir dan membela kaum muslimin maka perbuatannya bukanlah bidah. Bersamaan dengan itu syariat tidak memberikan nash tertentu dan rasulullah tidak mempergunakan senjata itu ketika bertempur melawan orang-orang kafir. Namun demikian pembuatan alat-alat seperti itu masuk ke dalam keumuman firman Allah Taala,Dan persiapkanlah oleh kalian untuk mereka (musuh-musuh) kekuatan yang kamu sanggupi.Demikian pula perbuatan-perbuatan lainnya. Maka setiap apa-apa yang mempunyai asal dalam sariat termasuk bagian dari syariat bukan perkara bidaah.

Bahawa bidaah semuanya tercela (hadis Al 'Irbadh bin Sariyah dishahihkan oleh syaikh Al-Albani di dalam Ash Shahiihah no.937 dan al Irwa no.2455) Bahwa bidaah dalam agama terkadang menambah dan terkadang mengurangi syariat sebagaimana yang dikatakan oleh Suyuthi di samping dibutuhkan pembatasan yaitu apakah motivasi adanya penambahan itu agama. Adapun bila motivasi penambahan selain agama, bukanlah bidah. Contohnya meninggalkan perkara wajib tanpa udzur, maka perbuatan ini adalah tindakan maksiat bukan bidah. Demikian juga meninggalkan satu amalan sunnah tidak dinamakan bidah. Masalah ini akan diterangkan nanti dengan beberapa contohnya ketika membahas pembagian bidah. InsyaAllah. Bidah merupakan pelanggaran yang sangat besar dari sisi melampaui batasan-batasan hukum Allah dalam membuat syariat, karena sangatlah jelas bahwa hal ini menyalahi dalam meyakini kesempurnaan syariat.Menuduh Rasulullah Muhammad SAW menghianati risalah, menuduh bahwa syariat Islam masih kurang dan membutuhkan tambahan serta belum sempurna. Jadi secara umum dapat diketahui bahwa semua bid'ah dalam perkara ibadah/agama adalah haram atau dilarang sesuai kaedah ushul fiqih bahwa hukum asal ibadah adalah haram kecuali bila ada perintah dan tidaklah tepat pula penggunaan istilah bid'ah hasanah jika dikaitkan dengan ibadah atau agama sebagaimana pandangan orang banyak, namun masih relevan jika dikaitkan dengan hal-hal baru selama itu berupa urusan keduniawian murni misal dulu orang berpergian dengan unta sekarang dengan mobil, maka mobil ini adalah bid'ah namun bid'ah secara bahasa bukan definisi bid'ah secara istilah syariat dan contoh penggunaan sendok makan, mobil, mikrofon, pesawat terbang pada masa kini yang dulunya tidak ada inilah yang hakekatnya bid'ah hasanah. Dan contoh-contoh perkara ini tiada lain merupakan bagian dari perkara Ijtihadiyah.

Penggunaan istilah ajaran sesat dalam konteks kekristianan sudah jarang digunakan saat ini, dengan beberapa perkecualian: misalnya Rudolf Bultmann dan perdebatan tentang penahbisan imam wanita dan para imam gay. Pandangan populer menurunkan "bidah" kepada Abad Pertengahan, saat puncak kekuasaan gereja di Eropah, tapi kasus seorang sarjana dan humanis Giordano Bruno bukanlah eksekusi terakhir untuk bidaah. Bidaah mengingatkan akan sebuah hukuman resmi dalam negara-negara Katolik Roma hingga akhir abad 18. Di Spanyol, kasus bidah telah didakwa dan dihukum sepanjang Kontra Pencerahan setelah Era Napoleon.

[1]Penyesatan di dalam gereja sebenarnya memiliki usia yang sama tuanya dengan usia gereja itu sendiri. Sejak zaman Paulus dan Yohanes, setelah Kristus naik ke syurga, berbagai penyesat telah bermunculan. Gereja mula-mula yang muda itu telah diperhadapkan dengan berbagai pengaruh ajaran yang menyesatkan, dan itu akan terus berlangsung sampai akhir zaman nanti.

Abad-abad berikutnya pun gereja menghadapi berbagai aliran seperti: Marsionisme, Montanisme, Novatianis, Donatis, dan sebagainya. Demikian juga seterusnya. Jadi, gereja tidak perlu terkejut dengan munculnya berbagai ajaran dan aliran yang membingungkan dan menyesatkan, namun justru harus waspada, dan memperkokoh iman, penyelidikan kebenaran yang alkitabiah dan mempererat hubungan dengan Tuhan, Sang Kepala Gereja.

Kriteria yang Salah

[sunting | sunting sumber]

Sebelum melihat beberapa titik tolak yang merupakan dasar untuk mengukur sejauh mana suatu ajaran itu bernilai sesat, orang Kristen terkadang memiliki miskonsepsi, antara lain:

Jemaat/Jamaah besar selalu benar, kelompok kecil adalah sesat. Kriteria ini salah, sepanjang perjalanan sejarah gereja, sering terjadi bahwa jumlah aliran yang tidak alkitabiah lebih besar dari pada gereja Tuhan. Di Chili, pada abad lalu tercatat aliran-aliran bidat lebih banyak pengikutnya daripada anggota gereja resmi. Dan, biasanya justru aliran-aliran yang mengandung kesesatan itu lebih banyak diminati orang ketimbang gereja resmi yang setia pada kebenaran dan kekudusan.

Gereja Negara adalah benar, jemaat pecahan sesat. Kriteria ini pun salah. Di Eropa tercatat bahwa waktu gereja menyatu dengan negara, justru membawa berbagai penyimpangan. Di Indonesia setelah zaman kemerdekaan memang tidak terjadi kesatuan antara kekuasaan gereja dan negara. Gereja yang benar adalah yang menjangkau golongan sosial ekonomi menengah ke atas. Kriteria ini juga salah. Memang, berbagai aliran baru sering lebih dapat menjangkau masyarakat rendah. Sedangkan kalangan gereja besar banyak anggota dari kalangan menengah ke atas. Namun, berbagai catatan sejarah mencatat bahwa aliran-aliran tertentu justru menjangkau kelompok menengah ke atas, seperti kalangan bisnis, pejabat dan sebagainya. Bidat Christian Science, Children of God, dsb. jelas mempunyai pengikut kalangan menengah ke atas.

Batasan pengertian

[sunting | sunting sumber]

Ajaran adalah suatu pemahaman (yang biasanya menyangkut konsep kehidupan) yang disampaikan kepada pihak yang lebih luas dengan sengaja dan terencana. Sesat adalah salah jalan atau menyimpang dari yang telah ditetapkan. Berbicara tentang ajaran yang sesat, kedua belah pihak dapat saling menuduh yang lain sesat dengan dasar suatu ketetapan yang menguntungkan pihak tersebut, oleh karena itu orang Kristen yang benar perlu mengambil titik tolak yang telah dibuktikan dalam sejarah Gereja Tuhan. Semua penganut ajaran, apa pun isi ajarannya, meyakini bahwa ajaran yang mereka anut itu benar. Mereka juga dapat mengatakan bahwa ajaran di luar yang mereka anut adalah sesat. Karena itu, orang Kristen perlu melihat sejarah/penyebab munculnya berbagai ajaran yang disebut sesat, dan dari sudut pandang mana ajaran itu disebut sesat. Ajaran-ajaran yang jelas-jelas menentang kekristenan tidak termasuk ajaran sesat melainkan Anti-Kekristianan.

Penyebab timbulnya

[sunting | sunting sumber]

Beberapa penyebab ajaran-ajaran sesat di dalam gereja, antara lain:

Sebagai reaksi terhadap gereja resmi (aliran utama). Para pencetus dan penganut ajaran-ajaran yang kemudian orang Kristen sebut sesat, umumnya diawali dengan kekecewaan terhadap gereja-gereja resmi (gereja arus utama) yang semakin melembaga, semakin baku dan kaku, yang biasanya diikuti dengan ajarannya yang cenderung menekankan intelektualitas. Para penganut aliran ini ingin kembali pada kehangatan persaudaraan, pengalaman rohani, dan persekutuan langsung dengan Allah, kesederhanaan pemahaman atas Alkitab, serta penerapan ajaran Alkitab yang langsung aplikatif dalam kehidupan sehari-hari. Penekanan terhadap doktrin tertentu. Alkitab sangat kaya dengan berbagai ajaran untuk pedoman iman dan kehidupan ini. Para penganut ajaran sesat biasanya memberi tekanan khusus pada satu atau dua ajaran Alkitab, lalu diinterpretasikan sedemikian rupa dan ditambah dengan ajaran-ajaran pemimpinnya sehingga menjadi satu doktrin utama dalam aliran itu. Pengaruh ajaran yang tidak Alkitabiah (pola pikir di luar Alkitab/pemahaman Alkitab yang salah). Bersamaan dengan perkembangan ilmu pemikiran (sosial, sains, komunikasi, dll. yang sudah diawali pada abad 17 dan 18) berbagai fenomena pemikiran serta pemahaman saling bersentuhan dan mempengaruhi. Dalam abad ke-20 yang baru lalu ini, misalnya, munculnya gerakan karismatik (dalam konotasi ekses negatifnya) bertemu dengan ajaran kemakmuran dan hidup sukses (bukan teologi sukses, sebab ajaran tersebut bukan teologi), serta pola bisnis "pasar bebas" menghasilkan menjamurnya penyelenggaraan kebaktian-kebaktian di kota-kota besar. Seperti halnya pola bisnis pasar bebas, mereka tanpa risih membuka kebaktian di samping gereja yang sudah ada. Bahkan, ada satu gedung dengan dua merek gereja yang satu sinode. Maka, yang berlaku adalah hukum rimba: yang kuat yang menang (kuat modal, kuat suara, dan kuat ndablegnya).

Penyelidikan dan penerimaan

[sunting | sunting sumber]

Titik tolak

[sunting | sunting sumber]

Titik tolak untuk menyatakan suatu ajaran sesat menjadi perdebatan tersendiri. Umumnya gereja menggunakan Alkitab sebagai tolak ukur apakah suatu ajaran menyeleweng dari ajaran Tuhan. Namun persoalannya seringkali bukan apa yang mereka ajarkan dari Alkitab, melainkan apa yang mereka tambahi di luar Alkitab maupun yang ajaran Alkitab tidak mereka ajarkan. Masing-masing ajaran yang dicap sesat memiliki interpretasi sendiri-sendiri terhadap Alkitab.

Berikut beberapa pedoman yang dapat dijadikan acuan penilaian. Gereja-gereja di sepanjang zaman, terutama di lingkungan gereja-gereja reformasi, tetap sepakat menerima ajaran dasar tentang keselamatan yang bertumpu pada sola gratia , sola fide , dan sola scriptura , yaitu bahwa keselamatan ini hanya oleh anugerah Allah yang diterima dengan iman berdasarkan berita Alkitab. Semua aliran dan ajaran dalam berbagai kelompok kekristenan memang menerima prinsip tersebut, namun dalam praktiknya ada hal-hal lain yang ditambahkannya, seperti:

Adanya syarat-syarat tambahan. Beberapa contoh syarat tambahan yang tidak disetujui dengan dasar ketiga prinsip diatas, terutama Sola Fide: "Betul keselamatan adalah anugerah Allah, tetapi orang percaya harus dapat berkarunia lidah (glosolalia). Kalau tidak maka orang tersebut belum tentu selamat." "Memang keselamatan adalah anugerah Allah, tetapi si penerima harus menunjukkan perubahan hidup yang radikal (perfeksionisme) sebagai bukti keselamatan tersebut." "Keselamatan yang adalah anugerah itu harus disambut dengan peribadahan pada hari Sabat (sesuai berita Alkitab). Hari Sabat adalah hari ketujuh, yaitu hari Sabtu, bukan Minggu (Adventis)."

Sebelum seseorang menerima keselamatan, ia harus melepaskan diri dari segala ikatan "duniawi", yaitu: politik dan institusi pemerintah, badan-badan usaha dan bisnis, serta lembaga agama resmi, yaitu Katholik dan Protestan, lalu bergabung dengan Society of the New World (Saksi Yehova)." Orang dapat menerima keselamatan setelah mampu menganggap bahwa segala penyakit, penderitaan, dan kematian adalah semu dan khayalan belaka (Christian Science).

Bahawa asas-asas Utama serta tatacara-tatacara Injil adalah: pertama, Beriman kepada Tuhan Yesus Kristus; kedua, Bertobat; ketiga, Pembaptisan dengan penculapan untuk pengampunan dosa-dosa; keempat, Penumpangan tangan untuk karunia Roh Kudus. (Pasal-pasal kepercayaan Ke-4) Mormonisme). Pembedaan tingkat-tingkat keselamatan yang terpengaruh oleh sistem kelas yang ada di masyarakat. Ada aliran yang membedakan sekelompok orang percaya pada tingkat keselamatan, sementara ada yang sudah pada tingkat hidup rohani yang lebih dekat dengan Tuhan.

Ada orang yang selamat yang tergolong pada 144.000 yang masuk surga, sisanya hanya tinggal dalam Kerajaan 1000 tahun di bumi ini. Aliran lain membedakan: orang Kristen Maha Kudus, Kristen Tempat Kudus, dan orang Kristen Halaman.

Pemuliaan tokoh-tokoh manusia. Para pelopor dan penganut ajaran tertentu memang tetap memuliakan Kristus, dan juga mengakui bahwa pendiri/pimpinan kelompoknya dipanggil untuk mengajar kebenaran yang telah hilang. Aliran-aliran di berbagai tempat percaya para tokoh mereka mengajarkan kebenaran, seperti:

  • Lou Voorthuisen di negeri Belanda
  • Raux di Prancis
  • Father Divine sebagai Allah di Amerika
  • Ny. Ellen Gould White-Harmon (Ny. White),
  • Pendeta Protestan (Protestan)
  • Ny. Mary Baker-Eddy (Christian Science)
  • William Branham (Gerakan Faith Healing)

Di samping nama-nama tersebut pada abad lalu, sampai kini terus bermunculan tokoh-tokoh manusia yang dipuja sebagai wakil Allah seperti yang terjadi di negara-negara Amerika, Eropa, India, Korea, dan Asia Tenggara.

Pemuliaan diri dan kecaman-kecaman terhadap gereja dan teologi. Gejala lain dari kesesatan adalah kuatnya pemuliaan diri dan kecaman terhadap gereja dan kelompok lain yang dinilai duniawi, tidak penuh dengan roh, murtad, dan lain-lain. Di samping itu, mereka umumnya mengecam pendidikan teologi dan orang-orang yang sekolah teologi. Muncul ucapan, seperti: "Aku tidak sekolah teologi, tetapi dipakai Tuhan dengan heran, lihat hasil pelayananku sudah sekian jumlahnya."

Alkitab di tangan kanan, ajaran lain di tangan kiri. Orang Kristen semua menerima bahwa Alkitab adalah Firman Tuhan (Sola Scriptura). Para penganut ajaran yang dianggap menyalahi Sola Scriptura menambahkan buku lain/wahyu lain yang dipercaya sebagai tuntunan iman yang setara dengan, bahkan lebih tinggi dari, Alkitab, seperti:

Tn. Sweden-borg, seorang pemimpin sekte tertentu. Setiap selesai membaptiskan orang, ia memberi Alkitab dengan tangan kanan dan buku karangannya sendiri dengan tangan kiri sebagai penuntun hidup beriman.

"Testimonies" Ny. White yang berisi interpretasi berbagai penglihatan pribadinya tentang Kitab Wahyu merupakan buku wajib penganut Adventis. Penganut Christian Science menetapkan bahwa buku Mary Baker Eddy, "Science and Health with key to the Scripture" adalah kunci untuk mengerti isi Alkitab.

Para Saksi Yehova menyatakan secara praktis dan teoritis bahwa penjelasan Russell tentang Rencana Allah lebih penting daripada Alkitab. Gereja Mormon percaya Kitab Mormon: Satu Kesaksian Lagi Tentang Yesus Kristus adalah Firman Allah. Mereka percaya Kitab Mormon tidak bersaing dengan Alkitab, melainkan menguatkannya. Kitab Mormon merupakan catatan sejarah para nabi dari bangsa Amerika kuno yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris oleh Joseph Smith. Bangsa tersebut itu mengetahui mengenai misi Yesus Kristus, percaya kepada Dia, mengajar tentang Dia, dan kemudian menulis di atas lemping-lemping. Di bawah sub pokok ini dapat ditambahkan adanya penggunaan benda-benda tertentu dan doa/ayat yang dipakai sebagai semacam jimat atau mantera karena dianggap benda atau ayat tersebut, mengandung kekuatan gaib/magis, yang mendatangkan pertolongan.

Penekanan yang berlebihan tentang Eskatologi/teologi akhir jaman. Salah satu ciri utama dari aliran-aliran ini adalah penekanan yang berlebihan tentang eskatologi. Berbagai perhitungan dan tafsiran dikemukakan. Terutama tentang angka-angka dan lambang-lambang. Lalu dicocok-cocokkan dengan situasi yang terjadi pada zamannya. Karena itu, tafsiran tentang apa dan siapa Antikristus selalu berubah-ubah sesuai dengan waktu dan tokoh yang dianggap musuh kekristenan.

Tetapi, kalau anggota-anggota aliran (kelompok) itu makin banyak bergaul dengan gereja dan ada yang belajar teologi, kecenderungan ini makin tipis. Sebab, mereka mulai terbuka tentang bentuk-bentuk sastra yang dipakai dalam Alkitab dan dalam konteks apa suatu firman diwahyukan Tuhan kepada umat Tuhan, sehingga mereka mulai meninjau ulang ajaran-ajaran yang pernah disampaikannya. Tahun-tahun belakangan ini tercatat propaganda sesat bahwa Tuhan Yesus datang pada 28 Oktober 1994, lalu September 2001, dan muncul ramalan kiamat terjadi pada 3 November 2003. Dan, ramalan semacam itu akan terus bermunculan.

Beberapa ciri yang menjadi pedoman di atas tidak semua terdapat pada aliran/ajaran sesat. Namun, dapat dijadikan sebagai gambaran umum. Makin banyak dan makin kuat ciri-ciri yang terdapat dalam suatu ajaran/aliran, semakin parahlah kesesatannya. Seperti tubuh jasmani yang sakit, makin kompleks dan makin kronis organ-organ tubuh yang terserang penyakit, makin parahlah ia; semakin sedikit dan ringan, semakin besar harapan untuk disembuhkan dan sehat kembali.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Coney, J. (1998) “A response to Religious Liberty in Western Europe oleh Massimo Introvigne” ISKON Communications Journal, 5(2)
  2. ^ Lewis 2004, m/s. 3; Melton 2004b, m/s. 19.
  3. ^ Melton 2004b, m/s. 19.
  4. ^ Gallagher, Eugene V. 2007. "Compared to What? 'Cults' and 'New Religious Movements.'" History of Religions 47(2/3): 212.
  5. ^ John Bowker, 2011, The Message and the Book, UK, Atlantic Books, pp. 13–14
  6. ^ Hammer & Rothstein 2012, m/s. 8.
  7. ^ Zeller, Benjamin (2010). Prophets and Protons: New Religious Movements and Science in Late Twentieth-Century America. New York University Press. m/s. 10–15. ISBN 978-0-8147-9721-1.
  8. ^ The Bloomsbury Companion to New Religious Movements, George D. Chryssides, Benjamin E. Zeller, A&C Black, 2014, p. 214
  9. ^ a b Barker 1989, m/s. 13.
  10. ^ Barrett 2001, m/s. 58–60.
  11. ^ Barker 1989, m/s. 11–12.
  12. ^ Barker 1989, m/s. 25–26.
  13. ^ Barker 1989, m/s. 12.
  • Thomas Bimo, Ajaran-Ajaran Sesat, Buletin Solagracia Edisi 2 hal 68-70, Persekutuan Penginjil Indonesia.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]