Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18 | ||||
---|---|---|---|---|
Jenis | Upacara anugerah | |||
Penerangan | Pelakon, penyanyi, pengacara & juruhebah radio | |||
Tarikh | 3 April 2005 | |||
Lokasi | Arena of Stars, Genting Highlands | |||
Negara | Malaysia | |||
Pengacara | Fauziah Ahmad Daud Salih Yaacob | |||
Ganjaran | Kereta Kia Optima 2.0 Set barang kemas, tajaan Rafflesia The Pearl Centre | |||
Kali pertama | 1987 | |||
Anugerah terbanyak | Siti Nurhaliza (2) Rosyam Nor (2) Vince Chong (2) | |||
Liputan televisyen/radio | ||||
Rangkaian | TV3 | |||
Tapak web | ||||
abp | ||||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18 diadakan pada 3 April 2005 di Arena of Stars, Genting Highlands, serta disiarkan secara langsung di TV3 dan Era FM. Untuk kali kedua, Fauziah Ahmad Daud dan Salih Yaacob menyandang tugas sebagai pengacara.
Siti Nurhaliza merangkul gelaran Bintang Paling Popular dengan 110,585 undian keseluruhan hasil sumbangan pembaca Berita Harian. Beliau berjaya merangkul hadiah utama, kereta Kia Optima 2.0 bernilai RM 115,000 tajaan Naza Kia Sdn. Bhd. dan set barang kemas berasaskan mutiara tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM 180,000. Walau bagaimanapun, Siti tidak dapat hadir untuk menerima trofi kerana masih berada di England untuk persembahan solonya di Royal Albert Hall, London sejak 1 April 2005.[1]
Persembahan
[sunting | sunting sumber]- Terhangat Di Pasaran (KRU & Adam) - pembukaan
- Kau Yang Satu (Ramli Sarip & Raihan) - segmen mengenang mangsa tsunami
- Hey Waley (Reshmonu)
- Baik Punya Cilok (Hans Isaac, Awie, AC Mizal dan Afdlin Shauki)
- Medley Uji Rashid - 11 lagu dinyanyikan Misha Omar - segmen tribute kepada biduanita Uji Rashid.
- Penutup: Kumpulan Kembara dengan tiga anggotanya - M. Nasir, A. Ali dan S. Sahlan - selepas 21 tahun berpisah.
Pemenang
[sunting | sunting sumber]- Bintang Paling Popular: Siti Nurhaliza
- Anugerah Seniman Veteran: Jins Shamsuddin
- Anugerah Biduanita Veteran: Uji Rashid
- Anugerah Khas Bintang Popular: Yusof Haslam
- Pelakon Filem Lelaki Popular: Rosyam Nor
- Pelakon Filem Wanita Popular: Erra Fazira
- Penyanyi Lelaki Popular: Yusry
- Penyanyi Wanita Popular: Siti Nurhaliza
- Artis Berkumpulan/Duo Popular: Spider
- Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani
- Pelakon TV/VCD Lelaki Popular: Rosyam Nor
- Pelakon TV/VCD Wanita Popular: Eja
- Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek
- Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly
- Artis Baru Lelaki Popular: Vince Chong
- Artis Baru Wanita Popular: Jaclyn Victor
- Artis Bukan Melayu Popular: Vincent Chong
- Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
- Pengacara TV Wanita Popular: Raja Azura
- Penyampai Radio Lelaki Popular: Halim Othman
- Penyampai Radio Wanita Popular: Linda Onn
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Akmal Abdullah (4 April 2005). "Siti Nurhaliza Bintang Paling Popular". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-12. Dicapai pada 27 Disember 2009.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Senarai Berita ABP 2005 Diarkibkan 2014-02-01 di Wayback Machine
- Arkib Pemenang ABP (2005) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine