Kelicap jantung
Penampilan
(Dilencongkan daripada Arachnothera)
Kelicap jantung | |
---|---|
Kelicap jantung kecil Arachnothera longirostra | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Passeriformes |
Keluarga: | Nectariniidae |
Genus: | Arachnothera Temminck, 1826 |
Spesies | |
Lihat teks |
Kelicap jantung atau kelicap sabit ialah burung genus Arachnothera, yang merupakan sebahagian daripada keluarga kelicap, Nectariniidae. Genus ini mengandungi tiga belas spesies yang dijumpai di hutan-hutan Asia selatan dan tenggara. Ia wakil besar keluarga kelicap, dengan bulu kusam dan paruh kuat yang panjang melengkung. Ia memakan nektar serta pelbagai jenis artropod kecil.
Arachnothera membawa erti pemburu labah-labah.
Spesies
[sunting | sunting sumber]Genus ini mengandungi 13 spesies:[1]
- Kelicap jantung kecil, Arachnothera longirostra
- Kelicap jantung jumbai jingga, Arachnothera flammifera – terpisah daripada kelicap jantung kecil
- Kelicap jantung pucat, Arachnothera dilutior – terpisah daripada kelicap jantung kecil
- Kelicap jantung paruh tebal, Arachnothera crassirostris
- Kelicap jantung paruh panjang, Arachnothera robusta
- Kelicap jantung besar, Arachnothera flavigaster
- Kelicap jantung telinga kuning, Arachnothera chrysogenys
- Kelicap jantung muka licin, Arachnothera clarae
- Kelicap jantung dada kelabu, Arachnothera modesta
- Kelicap jantung bukit, Arachnothera affinis
- Kelicap jantung Borneo, Arachnothera everetti – terpisah daripada kelicap jantung bukit
- Kelicap jantung gunung, Arachnothera magna
- Kelicap jantung kepala putih, Arachnothera juliae
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Gill, Frank; Donsker, David, penyunting (2019). "Dippers, leafbirds, flowerpeckers, sunbirds". World Bird List Version 9.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 30 Januari 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kelicap jantung |
- Spiderhunter videos on the Internet Bird Collection