Jean Nicot
Jean Nicot |
---|
Jean Nicot de Villemain (Perancis: [niko], 1530 - 4 Mei 1604) adalah diplomat dan sarjana Perancis.
Beliau terkenal kerana memperkenalkan tanaman tembakau ke Perancis setelah kembali dari Portugal pada tahun 1559 atas suruhan Raja Charles IX untuk merundingkan perkahwinan Puteri Margaret dari Valois dengan Raja Sebastião dari Portugal.[1] Pengambilan tanaman ini yang dipercayai dapat membantu melindungi dari penyakit terutama semasa wabak; maka ia diterapkan dalam simpanan ubat kerabat wangsa Medici baginda.[2][3] Tumbuhan tembakau ini diberi nama Nicotina atas sumbangan ini oleh Carl Linnaeus,[1] bahan penagih nikotin yang diperoleh dari tumbuhan ini turut terlanjut dari penamaan ini.[4]
Beliau turut menyusun salah satu kamus bahasa Perancis pertama iaitu Thresor de la langue françoyse tant ancienne que moderne yang terbit tahun 1606.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Kara Rogers, Jean Nicot: French diplomat and scholar, Encyclopedia Britannia
- ^ Austin, Gregory. "Chronology of Psychoactive Substance Use". Teachers College Columbia University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-09. Dicapai pada 2014-02-08.
- ^ Dale MM, Ritter JM, Fowler RJ, Rang HP. Rang & Dale's Pharmacology (ed. 6th). Churchill Livingstone. m/s. 598. ISBN 978-0-8089-2354-1.
- ^ Taylor, R. B.: White Coat Tales – Medicine's Heroes, Heritage and Misadventures, Springer, 2007, p. 96