Kampung Sungai Lurus
Penampilan
Kampung Sungai Lurus merupakan sebuah kampung yang terletak di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Ia dibuka sebagai kawasan pertanian pada 1909. Kampung Sungai Lurus terletak hanya kira-kira 800 meter dari pekan Senggarang, 16 kilometer dari Rengit dan 20 kilometer dari Batu Pahat. Ia mempunyai 2,400 penduduk membabitkan lebih 1,000 keluarga (2007).
Kampung Sungai Lurus terbentuk dari lapan kampung rangkaian dan satu taman perumahan iaitu:
- Kampung Parit Raja Darat
- Kampung Parit Raja Laut.
- Kampung Parit Lapis.
- Kampung Parit Lebar Timur.
- Kampung Parit Lebar Barat.
- Kampung Parit Rasip.
- Kampung Parit Lapis Aman.
- Kampung Parit Lapis Paloh.
- Taman Senggarang.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Pencapaian pada pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan.
- Johan Pengurusan Masjid Cemerlang Negeri Johor 2004.
- Johan Program Pencahayaan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2005.
- Tempat keempat Program Pencahayaan dan Keindahan Kampung Bulan Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2005.
- Johan Anugerah Desa Cemerlang Negeri Johor 2007.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- http://sungailurus.com/home.php Diarkibkan 2008-10-28 di Wayback Machine