Pergi ke kandungan

Keratitis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keratitis
PengkhususanOftalmologi
GejalaSakit mata, gangguan penglihatan, kepekaan cahaya, mata merah dan sensasi "berpasir"[1]
KerumitanKeradangan kornea kronik, parut, ulser kornea, buta[2]
PuncaJangkitan baketria, kulat, virus atau parasit, luka, sumber air[2]
Pemeriksaan melalui alat lampu celahan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Keratitis ialah suatu keadaan di bahagian kornea mata, kubah yang jernih yang terdapat pada permukaan hadapan mata menjadi meradang.[3] Keadaan ini sering ditandakan dengan kesakitan yang sederhana sehingga teruk dan kebiasaannya melibatkan mana-mana siptom yang seperti berikut, sakit mata, gangguan penglihatan, kepekaan cahaya, mata merah dan berasa sensasi "berpasir".[1] Diagnosis keratitis yang berjangkit kebiasaannya dibuat secara klinikal berdasarkan tanda dan gejala pesakit dan pemeriksaan mata; tetapi penggeseran kornea boleh terjadi dan dinilai dengan menggunakan kultur mikrobiologi atau ujian perubatan yang lain untuk mengenal pasti patogen penyebab bagi keratitis.[4]

Jenis-jenis

[sunting | sunting sumber]

Penyebab paling biasa bagi jangkitan keratitis yang disebabkan oleh jangkitan virus ialah virus herpes simpleks (HSV) dan virus varisela zoster (VZV), yang di mana masing-masing menyebabkan keratitis herpes simpleks dan keratitis herpes zoster (subjenis herpes zoster oftalmikus).[4] Keratitis hepes simpleks berlaku akibat pengaktifan semula virus HSV yang terpendam dalam saraf oftalmik (cawangan V1 dalam saraf trigeminal).[4] Keratitis herpes secara klasiknya dikaitkan dengan corak penyusupan yang bercabang (iaitu dendritik) dalam epitelium kornea dan boleh menyebabkan kekeruhan pada permukaan kornea mata.[4]

Keratitis juga berpunca daripada bakteria; ia dikenali sebagai keratitis bakteria. Jangkita bakteria yang berlaku pada bahagian kornea mata adalah disebabkan oleh kecederaan di bahagian kornea mata ataupun pemakaian kanta sentuh. Bakteria yang terlibat akibat kecederaan ialah Staphylococcus aureus manakala Pseudomonas aeruginosa pula muncul akibat pemakaian kanta sentuh di bahagian kornea mata. Pseudomonas aeruginosa mengandungi enzim yang mampu mencerna kornea.[5]

Bagi mereka yang memakai kanta sentuh, bakteri amerupakan agen biasa bagi penyebab keratitis, dengan 90 peratus oleh patogen bakteria. Daripada 90 peratus kes itu, bakteria Pseudomonas aeruginosa mengarap sebanyak 40 peratus darippada jumlah keseluruhan kes.[4] Selain itu juga, bakteria Staphylococcus aureus dan Streptococcus juga merupakan patogen bakteria lain yang umum yang mampu menyebabkan keratitis melalui pemakaian kanta sentuh di kornea mata.[4]

Keratitis kulat pula disebakan oleh kulat yang bernama Aspergillus fumigatus dan Candida albicans.[6] Selain itu juga, ameba juga mempu menyebabkan keratitis, ia dikenali sebagai keratitis Acanthamoeba. Jangkitan ameba pada bahagian kornea mata merupakan jangkitan kornea yang serius, yang biasanya terdampak kepada pemakai kanta sentuh.[7][8] Ia kebiasaannya disebabkan oleh genus ameba, Acanthamoeba..[9]

Tahap kronik

[sunting | sunting sumber]
Tahap akut
Tahap kronik

Tahap penyakit

[sunting | sunting sumber]

Etiologi persekitaran

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Ophthalmology & Visual Sciences". Chicago Medicine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-29.
  2. ^ a b "Keratitis - Symptoms and Cause" [Keratitis - Simptom dan Punca]. Mayo Clinic (dalam bahasa Inggeris). 15 September 2023. Dicapai pada 5 Februari 2024.
  3. ^ Singh, Prabhakar; Gupta, Abhishek; Tripathy, Koushik (2021), "Keratitis", StatPearls, Treasure Island (FL): StatPearls Publishing, PMID 32644440, dicapai pada 2021-11-02
  4. ^ a b c d e f Durand, Marlene L.; Barshak, Miriam B.; Sobrin, Lucia (21 December 2023). "Eye Infections". New England Journal of Medicine. 389 (25): 2363–2375. doi:10.1056/NEJMra2216081.
  5. ^ Tang A, Marquart ME, Fratkin JD, McCormick CC, Caballero AR, Gatlin HP, O'Callaghan RJ (2009). "Properties of PASP: A Pseudomonas Protease Capable of Mediating Corneal Erosions". Invest Ophthalmol Vis Sci. 50 (8): 3794–801. doi:10.1167/iovs.08-3107. PMC 2874894. PMID 19255155.
  6. ^ Epstein, Arthur B (December 2007). "In the aftermath of the Fusarium keratitis outbreak: What have we learned?". Clinical Ophthalmology. 1 (4): 355–366. ISSN 1177-5467. PMC 2704532. PMID 19668512.
  7. ^ Lorenzo-Morales, Jacob; Khan, Naveed A.; Walochnik, Julia (2015). "An update on Acanthamoeba keratitis: diagnosis, pathogenesis and treatment". Parasite. 22: 10. doi:10.1051/parasite/2015010. ISSN 1776-1042. PMC 4330640. PMID 25687209. penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca
  8. ^ Martín-Navarro, M.; Lorenzo-Morales, J.; Cabrera-Serra, G.; Rancel, F.; Coronado-Alvarez, M.; Piñero, E.; Valladares, B. (Nov 2008). "The potential pathogenicity of chlorhexidine-sensitive Acanthamoeba strains isolated from contact lens cases from asymptomatic individuals in Tenerife, Canary Islands, Spain". Journal of Medical Microbiology. 57 (Pt 11): 1399–1404. doi:10.1099/jmm.0.2008/003459-0. ISSN 0022-2615. PMID 18927419.
  9. ^ CDC Advisory Diarkibkan 2007-05-31 di Wayback Machine

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]