Pergi ke kandungan

Telekomunikasi di Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Komunikasi di Filipina)

Filipina mempunyai sebuah industri telefon bimbit yang canggih dengan tumpuan pengguna yang tinggi. SMS merupakan kaedah komunikasi yang popular di mana tinjauan 2016 mendapati kira-kira 400 juta pesanan SMS dikirim di Filipina setiap hari.[1] Lebih 5 juta pengguna telefon bimbit juga menggunakan telefon sebagai "dompet maya", menjadikan Filipina antara negara yang membangun dalam menawarkan transaksi kewangan melalui rangkaian selular.[2][3][4] Philippine Long Distance Telephone Company (PLDT) merupakan penyedia telekomunikasi terulung dan juga syarikat terbesar di negara.[2][5]

Suruhanjaya Telekomunikasi Negara (National Telecommunications Commission) ialah agensi yang bertanggungjawab menyelia, mengawal dan membuat keputusan ke atas segala perkhidmatan telekomunikasi di negara.[6] Terdapat kira-kira 383 buah stesen radio AM, 659 stesen, dan 297 stesen televisyen udara dan 873 stesen televisyen kabel.[7] Pada 29 Mac 1994, Filipina menaiki Internet melalui sambungan 64 kbit/s daripada router layanan PLDT kepada router Sprint di California.[8] Anggaran bagi penembusan Internet di Filipina berbeza-beza dari serendah 2.5 juta hingga setinggi 24 juta orang.[9][10] Rangkaian sosial dan menonton video adalah antara aktiviti Internet utama warga Filipina.[11]

Perangkaan

[sunting | sunting sumber]
Telefon - talian tetap digunakan
6.782 juta (2011)
  • 9 gerbang antarabangsa; stesen bumi satelit - 3 Intelsat (1 Lautan Hindi dan 2 Lautan Pasifik); kabel dasar laut ke Hong Kong, Guam, Singapura, Taiwan, dan Jepun

Mudah alih

[sunting | sunting sumber]
SIM digunakan
103 juta (2012)[12]

Radio dan televisyen

[sunting | sunting sumber]
Stesen penyiaran radio
AM 369, FM 583, gelombang radio 5 (2003)
Set radio
11.5 juta (1997)
Stesen penyiaran televisyen
233 + 1373 rangkaian CATV
Televisyen
3.7 juta (1997)
Pembekal khidmat Internet (ISP)
320 (2011)
Pengguna Internet
30 juta (2011)
Kod negara (Domain tahap teratas)
.ph
  1. ^ "The Philippines: Texting Capital of the World". Text Engine. 16 Januari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-30. Dicapai pada 2018-06-04.
  2. ^ a b "Asia's Fab 50 Companies: PLDT-Philippine Long Distance Telephone". Forbes. September 3, 2008. Retrieved 2009-13-14.
  3. ^ Francisco, Rosemarie. (March 4, 2008). Filipinos sent 1 billion text messages daily in 2007. The Philippine Daily Inquirer. Reuters. Retrieved December 18, 2009.
  4. ^ Teves, Oliver. (October 29, 2007). Cell phones double as electronic wallets in Philippines. USA Today. Associated Press. Retrieved December 11, 2009.
  5. ^ Special Report: The Global 2000. (April 2, 2008). Forbes. p.10. Retrieved December 14, 2009.
  6. ^ "Laws, Rules & Regulations". National Telecommunications Commission. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-25. Dicapai pada October 5, 2014.
  7. ^ Republic of the Philippines. National Telecommunications Commission. [c. 2010]. "Broadcast (AM, FM, TV, CATV) – Number of Broadcast and CATV Stations by Region". Diarkibkan daripada yang asal pada June 28, 2010. Dicapai pada January 16, 2010.
  8. ^ Guerrero, Alora Uy (March 20, 2014). "#20PHnet: A timeline of Philippine Internet". Yahoo. Dicapai pada October 5, 2014.
  9. ^ Republic of the Philippines. National Telecommunications Commission. [c. 2010]. "Internet Service Providers – Internet Service". Diarkibkan daripada yang asal pada January 25, 2009. Dicapai pada January 16, 2010.
  10. ^ Internet World Stats. (2009). Philippines: Internet Usage Stats and Marketing Report Diarkibkan Julai 27, 2011, di Wayback Machine. Miniwatts Marketing Group. Retrieved January 22, 2009.
  11. ^ Liao, Jerry (May 9, 2008). "The Philippines – Social Networking Capital of the World". Cnet Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2008. Dicapai pada November 8, 2009.
  12. ^ Telcos report record number of customers