Pergi ke kandungan

Malaysia Airports

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Malaysia Airports Holdings Berhad)
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiMYX: 5014
ISINMYL5014OO005
IndustriPengurusan lapangan terbang
Ditubuhkan3 Mac 1991; 33 tahun yang lalu (1991-03-03)
Ibu pejabatLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingDatuk Mohd Shukrie Mohd Salleh (pemangku)
HasilRM 3,870 juta
Pendapatan kendalianRM 777.3 juta
Pendapatan bersihRM 40.1 juta
Bilangan kakitangan10,000
Syarikat indukKhazanah Nasional
Tapak webwww.malaysiaairports.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Malaysia Airports Holdings Berhad (MYX: 5014) merupakan syarikat lapangan terbang Malaysia yang menguruskan kebanyakan lapangan-lapangan terbang di Malaysia. Mereka juga diberi tugas menguruskan beberapa lapangan terbang di luar negara.

Am/Perihal

[sunting | sunting sumber]

Malaysia Airports Holdings Berhad (MYX: 5014) ialah syarikat lapangan terbang Malaysia yang menguruskan kebanyakan lapangan terbang di Malaysia. Firma itu baru-baru ini dianugerahkan kewajipan untuk menguruskan lapangan terbang di destinasi antarabangsa. Ia mempunyai ibu pejabat di Pejabat Korporat Malaysia Airports di Persiaran Korporat KLIA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.[1]

Malaysia Airport Berhad dikorporatkan pada tahun 1991 apabila Parlimen Malaysia meluluskan satu kertas kerja untuk mengasingkan Jabatan Penerbangan Awan (DCA) kepada dua entiti masing-masing mempunyai perspektif tugas yang berbeza. DCA masih berfungsi sebagai badan yang mengawal industri penerbangan dan lapangan terbang di Malaysia manakala entiti baru yang ditubuhkan, Malaysia Airports Berhad akan memberi lebih fokus kepada operasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan-lapangan terbang. Pada bulan November 1992, badan ini telah diberi lesen untuk menjalankan tugasnya sebagai pengurus lapangan terbang.

Syarikat pemegangnya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah dikorporatkan sebagai syarikat awam berhad pada bulan November 1999 dan telah disenaraikan dalam saham Papan Utama di Bursa Saham Kuala Lumpur dan menjadi syarikat pengurusan lapangan terbang yang pertama disenaraikan di Asia dan keenam di dunia.

Lapangan terbang utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. KLIA merupakan hasil strategi bermatlamat untuk memenuhi keperluan pesawat yang lebih besar dan permintaan trafik yang akan meningkat pada abad ke 21. KLIA telah merintis penggunaan teknologi pengurusan lapangan terbang serba canggih yang dikenali sebagai Total Airport Management Systems (TAMS). Teknologi ini diuruskan oleh Malaysia Airport (technologies) Sdn Bhd yang terdiri daripada lebih 40 sistem dan fungsi lapangan terbang termasuk kawalan trafic udara, pengendalian bagasi, daftar masuk penumpang dan papan pameran maklumat penerbangan.

MAHB menggunakan struktur korporat yang merangkumi 10 badan subsidi; Malaysia Airports Sdn Bhd, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd, Malaysia Airports Management & Technical Services Sdn Bhd,Sepang International Circuit Sdn Bhd, Malaysia Airports (Technologies) Sdn Bhd, Malaysia Airports (Properties) Sdn Bhd, KL Airport Hotel Sdn Bhd, MAB Agriculture-Horticulture Sdn Bhd dan Asia Pacific Auction Centre Sdn Bhd. Antara syarikat-syarikat yang bersekutu adalah Urusan Teknologi Wawasan Sdn Bhd, Kuala Lumpur Aviation Fuelling System Sdn Bhd, dan Cambodia Airport Management Services Limited. Kumpulan ini mempunyai jumlah kakitangan lebih 5,000 orang dalam 39 pejabat di seluruh negara.

MAHB juga menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang untuk Lapangan Terbang Siem Reap dan Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh di Kemboja melalui kerjasama dengan Aéroports de Paris Management S.A.

Malaysia Airports mempunyai satu Pusat Latihan (MATC), terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pusat ini dibina untuk menampung keperluan latihan semua para pegawai Malaysia Airports. MATC juga pernah digunakan sebagai pusat program berorientasikan keselamatan yang dianjurkan oleg International Civil Aviation Organisation (ICAO). Selain itu, MATC juga menyediakan khidmat pakar dari segi sekuriti dan keselamatan industri penerbangan kepada kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat penerbangan. [2][3]

Pada 10 Ogos 2022, kedua-dua pihak iaitu anak syarikat kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) iaitu Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Capital A Berhad yang merupakan syarikat induk kepada AirAsia Aviation Group Limited, telah mengumumkan pemberhentian prosiding undang-undang [4][5][6], yang melibatkan kedua belah pihak tersebut, yang dimana masing masing pemimpin dari dua belah pihak tersebut ada menyatakan dengan sebagai berikut :

  • dari pihak Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Dato’ Iskandar Mizal Mahmood berkata

“Kami dengan sukacitanya mengesahkan bahawa semua pihak menggugurkan prosiding. Tiada lagi sebarang prosiding undang-undang atau litigasi material daripada MAHB terhadap AirAsia Berhad/AirAsia X Berhad. Kami percaya bahawa kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan dalam ekosistem penerbangan adalah kunci dalam mendorong kami ke arah pertumbuhan untuk kedua-dua industri dan negara. Kami komited ke arah bekerjasama untuk manfaat bersama dan kejayaan semua pihak berkepentingan penerbangan iaitu syarikat penerbangan, lapangan terbang, penumpang dan industri.”

[4][5][6]

  • yang juga dari pihak Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes berkata

AirAsia Berhad dan AirAsia X juga telah menarik balik semua prosiding undang-undang kerana kami berharap dapat bekerjasama untuk masa depan yang lebih baik.

[4][5][6]

,lalu dilanjutkan dengan sebagai berikut

Apabila dunia pulih daripada pandemik, dan kerugian besar dalam sektor penerbangan khususnya, adalah penting untuk semua pihak berkepentingan bekerjasama untuk merangsang kebangkitan semula perjalanan udara. Sebagai dua pemain utama yang memacu ekosistem penerbangan, adalah lebih penting daripada sebelumnya bahawa MAHB dan syarikat penerbangan kami yang berpangkalan di Malaysia AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad, menunjukkan solidariti dalam menjadikan industri penerbangan Malaysia berdaya saing dan menarik semula.

[4][5][6]

,dengan penekanan dengan sebagai berikut

Kami sangat gembira kerana telah menemui titik persamaan untuk mencapai hasil yang baik mengenai penyelesaian sebarang perkara tertunggak dengan MAHB, melalui dialog yang menyokong dan membina dalam semangat perkongsian. Ini memberi petanda baik untuk menyokong pemulihan pantas industri dan merangsang pertumbuhan pelancongan dan ekonomi Malaysia.

[4][5][6]

dan diakhiri dengan sebagai berikut

Kami mengucapkan terima kasih kepada MAHB atas sokongan mereka untuk menjadikan perjalanan udara keluar dari hab utama kami di klia2 bukan sahaja mampu milik berjuta-juta penumpang setiap tahun tetapi juga dengan komitmen bersama untuk bekerjasama dengan kami dalam perkhidmatan yang lebih baik bagi membina industri pelancongan yang lebih baik di Malaysia untuk masa depan, yang merupakan kemenangan untuk kita semua.

[4][5][6]

Naik Taraf Lapangan Terbang

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2024, kos penyelengaraan lapangan terbang di seluruh Malaysia, yang dibawah kendali MAHB dijangka meningkat sebanyak 34 peratus, lalu dari pihak kementerian pengangkutan juga berkata yang pihak MAHB telahpun mengeluarkan sebanyak RM 546 juta pada tahun 2023, untuk membiayai kos penyelengaraan dengan memastikan lapangan terbang yang dibawah kendali syarikat itu dalam keaadan yang baik [7].

Lalu syarikat itu juga memperuntukan sebanyak RM 191.1 Juta untuk kos penyelengaraan pada kesemua Lapangan Terbang dan Padang Terbang di Wilayah Sarawak pada tahun 2023, dan pada tahun 2024 adanya tambahan peruntukan sebanyak RM 27.1 juta dengan kenaikan sebanyak 41.9 peratus berbanding tahun 2023 [7].

Lalu syarikat pengurus lapangan terbang tersebut dan pihak kementerian pengangkutan telah mengenal pasti sebanyak 8 lapangan terbang di seluruh Malaysia [7], yang perlu dinaik taraf dengan rincian senarai lapangan terbang sebagai berikut:

1. Padang Terbang Bario [7],
2. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) [7],
3. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) [7],
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) [7],
5. Lapangan Terbang Miri [7],
6. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) [7],
7. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah [7] &
8. Lapangan Terbang Tawau [7].

Senarai anak syarikat

[sunting | sunting sumber]
Logo Syarikat Nama Syarikat Tarikh
penubuhan
Operator/Perkhidmatan
KL Airport Hotel Sdn. Bhd. 16 Januari 1995 Memiliki dan Mengoperasikan Sama Sama Hotel LTA KL, yang merupakan hotel 5-bintang di KLIA
MAB Agriculture-Horticulture Sdn. Bhd. (MAAH) 1998 Mengusahakan dan mengurus ladang kelapa sawit, kelapa dan hasil pertanian lain di sekitar KLIA
Malaysia Airports Sdn. Bhd. pengendali semua lapangan terbang di Malaysia kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
MA Consultancy Services Sdn. Bhd. (MACS) 1994 Menawarkan perkhidmatan pengurusan, penyelenggaraan dan teknikal dalam operasi lapangan terbang, pembangunan dan perkhidmatan
MA Technologies Sdn Bhd.
Malaysia Airports (Niaga) Sdn. Bhd. pengendali bebas cukai Eraman Bebas Cukai
MA Properties Sdn. Bhd.
Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Urusan Teknologi Wawasan Sdn. Bhd. (UTW)
Malaysia International Aerospace Centre Sdn. Bhd. (MIAC)

Peta Lokasi Lapangan Terbang MAHB

[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Malaysia Airports yang terletak di Malaysia
BKI
BKI
KUL
KUL
KCH
KCH
LGK
LGK
PEN
PEN
lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa yang diurus oleh MAHB di Malaysia Malaysia.
Negeri/Wilayah Bandar Nama Lapangan Terbang
Kedah Kedah Pekan Kuah Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) [8]
Pulau Pinang Pulau Pinang George Town Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) [9]
Sabah Sabah Kota Kinabalu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) [10]
Sarawak Sarawak Kuching Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH) [11]
Selangor Selangor Kuala Lumpur Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) [12]

Lapangan Terbang Domestik

[sunting | sunting sumber]
Malaysia Airports yang terletak di Malaysia
AOR
AOR
BTU
BTU
IPH
IPH
KBR
KBR
TGG
TGG
KUA
KUA
LBU
LBU
LDU
LDU
LMN
LMN
MKZ
MKZ
MYY
MYY
MZV
MZV
MKM
MKM
SDK
SDK
SBW
SBW
SZB
SZB
TWU
TWU
lokasi Lapangan Terbang Domestik yang diurus oleh MAHB di Malaysia Malaysia.
Negeri/Wilayah Bandar Nama Lapangan Terbang
Kedah Kedah Alor Setar Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) [13]
Kelantan Kelantan Kota Bharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) [14]
Labuan Labuan Bandar Victoria Lapangan Terbang Labuan (LBU) [15]
Melaka Melaka Bandaraya Melaka Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (MKZ) [16]
Pahang Pahang Kuantan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (KUA) [17]
Perak Negeri Perak Ipoh Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (IPH) [18]
Sabah Sabah Lahad Datu,
Sandakan,
Tawau
Lapangan Terbang Lahad Datu (LDU),
Lapangan Terbang Sandakan (SDK),
Lapangan Terbang Tawau (TWU) [19]
Sarawak Sarawak Bintulu,
Limbang,
Bandar Miri,
Mukah,
Mulu,
Sibu
Lapangan Terbang Bintulu (BTU),
Lapangan Terbang Limbang (LMN),
Lapangan Terbang Miri (MYY),
Lapangan Terbang Mukah Baharu (MKM),
Lapangan Terbang Mulu (MZV),
Lapangan Terbang Sibu (SBW) [20]
Selangor Selangor Kuala Lumpur dan • Subang Jaya Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB) [21]
Terengganu Terengganu Kuala Terengganu Lapangan Terbang Sultan Mahmud (TGG) [22]

Lapangan Terbang STOLport

[sunting | sunting sumber]
Malaysia Airports yang terletak di Malaysia
BKM
BKM
BBN
BBN
BLG
BLG
KPI
KPI
KUD
KUD
LWY
LWY
LKH
LKH
LBP
LBP
LGL
LGL
GSA
GSA
LSM
LSM
ODN
ODN
MUR
MUR
PKG
PKG
RDN
RDN
SMM
SMM
TOD
TOD
lokasi Lapangan Terbang STOLport yang diurus oleh MAHB di Malaysia Malaysia.
Negeri/Wilayah Bandar Nama Lapangan Terbang
Pahang Pahang Pulau Tioman Lapangan Terbang Tioman (TOD) [23]
Perak Negeri Perak Pulau Pangkor Lapangan Terbang Pangkor (PKG) [24]
Sabah Sabah Kudat,
Long Pasia,
Semporna
Lapangan Terbang Kudat (KUD),
Lapangan Terbang Long Pasia (GSA),
Lapangan Terbang Semporna (SMM) [25]
Sarawak Sarawak Ba'kelalan,
Bario,
Belaga,
Kapit,
Lawas,
Long Akah,
Long Banga,
Long Lellang,
Long Semado,
Long Seridan,
Marudi
Lapangan Terbang Bakelalan (BKM),
Lapangan Terbang Bario (BBN),
Lapangan Terbang Belaga (BLG),
Lapangan Terbang Kapit (KPI),
Lapangan Terbang Lawas (LWY),
Lapangan Terbang Long Akah (LKH),
Lapangan Terbang Long Banga (LBP),
Lapangan Terbang Long Lellang (LGL),
Lapangan Terbang Long Semado (LSM),
Lapangan Terbang Long Seridan (ODN),
Lapangan Terbang Marudi (MUR) [26]
Terengganu Terengganu Pulau Redang Lapangan Terbang Redang (RDN) [27]

Lapangan Terbang Luar Negara

[sunting | sunting sumber]
Malaysia Airports yang terletak di Turki
SAW
SAW
lokasi Lapangan Terbang Luar Negara yang diurus oleh MAHB di Turki Turki.
Negeri/Wilayah Bandar Nama Lapangan Terbang
Wilayah Istanbul Istanbul Lapangan Terbang Sabiha Gökçen (SAW) [28]

Lapangan terbang yang diuruskan

[sunting | sunting sumber]

versi kini

[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini menguruskan 39 lapangan terbang di Malaysia [29]. Antaranya ialah:

versi bekas

[sunting | sunting sumber]

Selain dari Malaysia, syarikat ini juga menguruskan 4 lapangan terbang di luar negara[74] iaitu:

versi kini

[sunting | sunting sumber]

Selain Malaysia, syarikat itu kini menguruskan satu lapangan terbang antarabangsa di luar Malaysia.[75]

  • Chartered Institute of Logistics and Transports Malaysia - Syarikat terbaik tahun 2007[77]
  1. ^ "Contact Info." Malaysia Airports. Retrieved 15 July 2019. "Malaysia Airports Holdings Berhad Malaysia Airports Corporate Office Persiaran Korporat KLIA 64000 KLIA, Sepang Selangor, MALAYSIA"
  2. ^ https://www.emis.com/php/company-profile/MY/Malaysia_Airports_Holdings_Berhad_en_1662120.html
  3. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-profile
  4. ^ a b c d e f "Malaysia Airports, Capital A batal prosiding perundangan bagi perkukuh industri penerbangan dan pelancongan di Malaysia". AirAsia Newsroom (AirAsia). 10 Ogos 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  5. ^ a b c d e f g h i j k BERNAMA (30 Julai 2024). "Kos selenggara lapangan terbang naik 34 peratus - MOT". www.hmetro.com.my. Harian Metro (Malaysia). Dicapai pada 27 Oktober 2024. Menjelaskan selanjutnya, MOT berkata sehingga 2024, pihaknya menerusi MAHB telah mengenal pasti lapan lapangan terbang yang perlu dinaik taraf termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
    Kemudahan lain adalah Lapangan Terbang Miri, Padang Terbang Bario, Lapangan Terbang Tawau, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  6. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  7. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  8. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  9. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  10. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  11. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  12. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  13. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  14. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  15. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  16. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  17. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  18. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  19. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  20. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  21. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  22. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  23. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  24. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  25. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  26. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  27. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  28. ^ "Sultan Abdul Halim Airport, RMAF Alor Setar (AOR), Alor Setar". Dicapai pada 13 April 2022.
  29. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  30. ^ "Langkawi International Airport (LGK), Langkawi". Dicapai pada 13 April 2022.
  31. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  32. ^ "Sultan Ismail Petra Airport, RAF Kota Bharu (KBR), Kota Bharu". Dicapai pada 13 April 2022.
  33. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  34. ^ "Labuan Airport, RMAF Labuan (LBU), Labuan". Dicapai pada 13 April 2022.
  35. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  36. ^ "Malacca International Airport (MKZ), Batu Berendam". Dicapai pada 13 April 2022.
  37. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  38. ^ "Sultan Haji Ahmad Shah Airport, RMAF Kuantan (KUA), Kuantan". Dicapai pada 13 April 2022.
  39. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  40. ^ "Tioman Airport (TOD), Tioman Island, Pulau Tioman". Dicapai pada 13 April 2022.
  41. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  42. ^ "Sultan Azlan Shah Airport (IPH), Ipoh". Dicapai pada 13 April 2022.
  43. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  44. ^ "Pangkor Airport (PKG), Pangkor Island, Pulau Pangkor". Dicapai pada 13 April 2022.
  45. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  46. ^ "Penang International Airport (PEN), Bayan Lepas, George Town". Dicapai pada 13 April 2022.
  47. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  48. ^ "Keningau Airport (KGU), Keningau". Dicapai pada 13 April 2022.
  49. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  50. ^ "Kota Kinabalu International Airport (BKI), Kota Kinabalu". Dicapai pada 13 April 2022.
  51. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  52. ^ "Lahad Datu Airport (LDU), Lahad Datu". Dicapai pada 13 April 2022.
  53. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  54. ^ "Sandakan Airport (SDK), Sandakan". Dicapai pada 13 April 2022.
  55. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  56. ^ "Tawau Airport (TWU), Tawau". Dicapai pada 13 April 2022.
  57. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  58. ^ "Bintulu Airport (BTU), Bintulu". Dicapai pada 13 April 2022.
  59. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  60. ^ "Kuching International Airport, RMAF Kuching (KCH), Kuching". Dicapai pada 13 April 2022.
  61. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  62. ^ "Limbang Airport (LMN), Limbang". Dicapai pada 13 April 2022.
  63. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  64. ^ "Miri Airport (MYY), Miri". Dicapai pada 13 April 2022.
  65. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  66. ^ "Sibu Airport (SBW), Sibu". Dicapai pada 13 April 2022.
  67. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  68. ^ "Kuala Lumpur International Airport (KUL), Kuala Lumpur, Sepang". Dicapai pada 13 April 2022.
  69. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  70. ^ "Sultan Mahmud Airport (TGG), Kuala Terengganu". Dicapai pada 13 April 2022.
  71. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  72. ^ Malaysia Airports eyes China contract
  73. ^ Malaysia Airports eyes China contract
  74. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  75. ^ Malaysia Airports wins Company of the Year Award

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]