Pergi ke kandungan

Penindasan umat Islam di Turkestan Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Penindasan Di Turkestan Timur)
Kekejaman Komunis China Terhadap Umat Islam Turkistan Timur

Kebuasan yang Disorokkan oleh kerajaan Komunis China

[sunting | sunting sumber]

Spabila kita memperkatakan tentang ideologi-ideologi yang menyebarkan kesengsaraan di serata dunia, maka komunisme mendapat tempat paling atas. Dengan berdasarkan kepada idea-idea dua orang ahli falsafah Jerman, Karl Marx dan Friedrich Engels, sistem kepercayaan ini telah pun dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin yang kejam seperti Lenin, Stalin, dan Mao, dan seterusnya membawa kepada penyembelihan dan pembunuhan yang amat kejam sepanjang sejarah peradaban dunia.

Walaupun kita bersetuju bahawa rejim komunis telah tumbang dengan pecahnya Kesatuan Soviet, namun ideologi dan amalan komunisme sebenarnya masih terus wujud, sama ada secara terbuka mahupun sulit. Umat Islam Turki di Turkestan Timur masih terus berada di bawah penindasan Maoist Red China. Pencabulan hak asasi manusia di Turkestan Timur tidak boleh diabaikan sama sekali.


Kekejaman China di Turkestan Timur

[sunting | sunting sumber]

Umat Islam Turki di Turkestan Timur yang dikenali sebagai Uighurs, telah hidup di bawah dominasi kerajaan China selama lebih kurang 250 tahun. China telah memberikan nama kepada wilayah Islam tersebut sebagai "Xinjiang" ataupun "tanah yang ditawan," dan menganggapnya sebagai tanah milik mereka sendiri. Berikutan dengan pengambilalihan China oleh komunis pada tahun 1949 oleh Mao, pe­ninda­san yang berlaku di Turkestan Timur semakin menjadi-jadi. Rejim ko­mu­­nis mula melakukan penghapusan umat Islam yang enggan untuk diasi­mi­lasikan.

Bilangan umat Is­lam yang dibunuh amat mengejutkan. Di antara tahun 1949 dan 1952, 2.8 juta umat Islam mati, sama ada dibunuh oleh tentera China ataupun mati akibat kebuluran. Di antara tahun 1952 dan 1957, lebih 3.5 juta nyawa terkorban, kemudian 6.7 juta di antara 1958 dan 1960, dan kemudian di antara tahun 1961 dan 1965 pula, seramai 13.3 juta manusia mati.