Portal:Hal semasa di Asia/2009
Penampilan
2009
[sunting sumber]- 27 Disember - Penemuan makam seorang pemimpin zaman Tiga Kerajaan di China, Cao Cao (gambar potret) diumumkan.
- 30 November - Dalam proses menilai semula won Korea Utara, wang kertas kini tidak lagi sah diperlakukan, dan perniagaan ditutup sehingga wang baru dikeluarkan pada 7 Disember.
- 24 November - Lebih 300,000 haiwan disembelih bersempena perayaan Gadhimai di selatan Nepal, dalam korban haiwan terbesar di dunia.
- 23 November - Kandungan laporan mengenai pemusnahan Masjid Babri (gambar) yang bocor menyebabkan perbalahan di parlimen India.
- 14 November - Mesyuarat APEC ke-21 diadakan di Singapura.
- 9 November - Di Forum Kerjasama China–Afrika ke-4 di Mesir, Republik Rakyat China berjanji memberikan pinjaman mudah AS$10 juta untuk hubungan China-Afrika.
- 2 November - Hamid Karzai (gambar) kekal sebagai Presiden Afghanistan selepas pencabarnya Abdullah Abdullah menarik diri daripada pusingan kedua.
- 30 Oktober - Sukan Dalam Dewan Asia 2009 bermula di Hanoi, Vietnam.
- 28 September - Taufan Melor melanda Jepun.
- 16 September - Yukio Hatoyama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-60.
- 11 September - Bekas Presiden Republik China di Taiwan Chen Shui-bian (gambar) dihukum penjara seumur hidup kerana rasuah.
- 31 Ogos - Parti Demokratik Jepun pimpinan Yukio Hatoyama (gambar) memenangi pilihan raya umum Jepun, mengakhiri pemerintahan berterusan hampir setengah abad oleh LDP.
- 17 Ogos - Kapal dagang MV Arctic Sea yang hilang sejak dirampas pada akhir Julai, dijumpai berhampiran Tanjung Verde oleh Tentera Laut Rusia.
- 12 Ogos - Qari Iraq Usamah Abdullah dan qariah Malaysia Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman memenangi Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2009.
- 9 Ogos - Taufan Morakot (gambar) mengorbankan lebih 100 orang di Filipina dan Taiwan selepas menghasilkan rekod hujan 2,777 mm.
- 6 Ogos - Ketua baru Harimau Pembebasan Tamil Eelam K.Pathmanathan tertangkap.
- 4 Ogos - Persidangan Rangkaian Pemimpin Wanita APEC ke-14 diadakan di Singapura.
- 31 Julai - Mahkamah Agung Pakistan mendapat bahawi darurat November 2007 yang diisytiharkan bekas Presiden Pervez Musharraf tidak sah.
- 31 Julai - Gazprom melancarkan pembinaan saluran paip gas asli Sakhalin–Khabarovsk–Vladivostok.
- 31 Julai - Kapal kargo Rusia MV Arctic Sea hilang di Laut Baltik, kononnya dirampas lanun.
- 30 Julai - Pameran Setem Phila Korea 2009 diadakan di Seoul, Korea Selatan.
- 28 Julai - Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China mengadakan Dialog Ekonomi dan Strategik AS.-China yang pertama.
- 24 Julai - Kelahiran Panda Gergasi pertama yang ibunya dibuntingi dengan sperma beku diumumkan di Sichuan, China.
- 21 Julai - Gerhana matahari penuh paling lama abad ke-21 berlaku di sebahagian Asia dan Lautan Pasifik (gambar gerhana separa).
- 9 Julai - Satu siri serangan siber terancang menyerang tapak web awam dan persendirian utama Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
- 5 Julai - Sekurang-kurangnya 197 orang terbunuh dan 1,680 lagi cedera dalam rusuhan di Ürümqi, Republik Rakyat China (gambar).
- 2 Julai - Diplomat Jepun Yukiya Amano dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (gambar bendera).
- 30 Jun - Taliban menarik diri dari perjanjian damai dengan kerajaan Pakistan, membunuh kira-kira 30 askar Pakistan tidak lama selepas mengumumkannya.
- 25 Jun - Mesyuarat Kerjasama Serantau Persisiran Lautan Hindi ke-9 diadakan di Sana'a, Yaman.
- 22 Jun - Presiden Republik Rusia Ingushetia Yunus-bek Yevkurov cedera parah dalam satu cubaan pembunuhan.
- 16 Jun - Negara-negara BRIC mengadakan sidang kemuncak pertama mereka di Yekaterinburg, Rusia.
- 7 Jun - Perikatan 14 Mac pimpinan Saad Hariri memenangi pilihan raya umum Lubnan 2009.
- 25 Mei - Korea Utara mendakwa berjaya meletupkan ujian senjata nuklear di bawah tanah.
- 23 Mei - Madhav Kumar Nepal dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Dewan Perwakilan Nepal.
- 23 Mei - Bekas Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun membunuh diri.
- 18 Mei - Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan kemenangan dalam Perang Saudara setelah pemimpin Harimau Tamil Velupillai Prabhakaran dilaporkan terbunuh.
- 16 Mei - Pasukan hoki Korea Selatan menjuarai Hoki Piala Asia 2009.
- 28 April - 9 warga Pakistan lemas dalam tragedi Teluk Ramunia di perairan Pengerang, Johor.
- 20 April - Satu kajian arkeologi kerajaan China menemui 290 km lagi Tembok Besar China.
- 17 Mei - Pasukan badminton China mengekalkan kejuaraan Piala Sudirman, menewaskan Korea 3-0.
- 16 Mei - Dalam pilihan raya umum India 2009, Parti Bharatiya Janata mengaku kalah kepada Perikatan Progresif Bersatu, parti kerajaan campuran kini.
- 4 Mei - Perdana Menteri Nepal Prachanda meletakkan jawatan setelah tindakannya memecat ketua tentera Rookmangud Katawal ditentang Presiden Ram Baran Yadav.
- 20 April - Satu kajian arkeologi kerajaan China menemui 290 km lagi Tembok Besar China.
- 7 April - Costa Rica, Filipina, Malaysia dan Uruguay tidak lagi disenaraihitamkan sebagai syurga cukai yang tidak bekerjasama dengan OECD.
- 4 April - OECD menyenaraihitamkan Costa Rica, Filipina dan Malaysia sebagai syurga cukai tidak bekerjasama.
- 23 Februari - Slumdog Millionaire memenangi lapan Anugerah Akademi termasuk "Gambar Terbaik".