Ramadan Yang Hilang
Ramadan Yang Hilang | |
---|---|
Genre | Drama |
Ditulis oleh | Shahrulezad Mohameddin |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Seperti Dia" oleh Amylea Azizan |
Lagu penutup | "Seperti Dia" oleh Amylea Azizan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 18 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Tini Arshad |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Radius One |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 26 Jun 2013 – 6 Ogos 2013 |
Kronologi | |
Mengikuti | Epilog Cinta Khirana |
Diikuti oleh | Asmara Luna |
Ramadan Yang Hilang merupakan siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Shahrulezad Mohameddin terbitan Radius One, dan bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 26 Jun 2013 hingga 6 Ogos 2013 menggantikan Epilog Cinta Khirana. Drama ini merupakan salah satu daripada enam siri drama bertemakan Ramadan yang disiarkan di TV3.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan konfilk antara dua beradik, Zafirah (Eira Syazira) dan Delisha (Syatilla Melvin) apabila Delisha yang juga anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang. Ibu kandung Delisha, Rahimah meninggal dunia akibat asma sewaktu Delisha berumur 10 tahun. Bapa tiri Delisha, Bidin pula dipenjara kerana membunuh tanpa niat.
Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya menjadi seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan disebabkan Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah.
Hidup Zafirah dan Delisha berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandungnya. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur oleh ibu bapanya jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah. Lama-kelamaan, Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak emas oleh ibu bapa dan juga neneknya, Maryam. Dia mula memendam perasaan serta membesar menjadi seor ang yang pend iam dan suka menyendiri.
Selepas 10 tahun, Zafirah dan Delisha belajar di universiti yang sama tetapi jurusan yang berbeza. Zafirah mengambil jurusan perakaunan manakala Delisha mengambil jurusan pemasaran seperti kehendak Zubir yang mengharapkan anak-anaknya boleh mengambil alih syarikatnya kelak.
Mereka masih meneruskan tradisi keluarga untuk berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan. Delisha yang pandai mengambil hati menjadi lebih rapat dengan Zubir dan Saadiah memandangkan Zafirah selalu sibuk dengan aktiviti dan majlis ilmu di universiti. Tambahan pula, kelahiran adik bongsunya, Zayyad menyebabkan keluarganya mengabaikan Zafirah secara tidak langsung.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Eira Syazira sebagai Zafirah
- Syatilla Melvin sebagai Delisha
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Zamarul Hisham sebagai Zubir
- Zila Bakarin sebagai Saadiah
- Noryati Taib sebagai Maryam
- Arja Lee sebagai Ramadhani
- Zulin Aziz sebagai Ayu
- Zack Idris sebagai Mamat
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Alis Mariya sebagai Zafirah kecil
- Melly Amalin sebagai Delisha kecil
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Sherie Merlis sebagai Rahimah
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Habis segulung tisu, ini 5 drama Ramadan sedih yang betul-betul buat anda menangis Media Hiburan (29 Mei 2018). Dicapai pada 29 Mei 2018.