Pergi ke kandungan

Ramuan China Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ramuan Cina Besar)

Ramuan China Besar merupakan pekan lama yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Pekan yang terdekat dengan kampung ini ialah Pekan Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru,dan juga Pekan Lubuk China.

Menurut penduduk sekitar Ramuan China Besar, nama Ramuan China Besar ini diambil daripada misteri kehilangan gajah. Seekor gajah yang besar bernama Ramu milik bangsawan cina telah hilang. Namun setelah dicari, gajah yang hilang itu telah dijumpai. Rentetan daripada peristiwa itu, tempat ini dinamakan Ramuan China Besar.[1]

Ramuan China Besar mempunyai struktur muka bumi yang berbukit-bukau menggalakkan akiviti penanaman pokok kelapa sawit dan getah. Pekan Ramuan China Besar yang terletak di hulu sungai mempunyai permukaan yang lebih berbukit berbanding Solok Paya Lebar yang kelihatan lebih landai dan rata. Terdapat sebatang sungai kecil yang mengalir dari Pekan Ramuan China Besar ke Solok Paya Lebar dan kemudiannya sungai ini bersambung dengan Sungai Linggi yang menjadi persempadanan di antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Pada tahun 2000-an, berlaku hujan lebat yang mengakibatkan banjir besar yang meliputi kawasan landai sepanjang Pekan Ramuan China Besar sehingga ke hujung Solok Paya Lebar. Hal ini mengakibatkan tanam-tanaman, haiwan perliharaan dan rumah-rumah penduduk musnah. Implikasinya, kerajaan mengambil inisiatif dengan mendalamkan sungai tersebut dan memperbesar terowong sungai yang kini terdapat di belakang Masjid Paya Lebar. Peristiwa ini mengakibatkan sungai menjadi cetek dan sawah-sawah tidak lagi sesuai untuk bercucuk tanam kerana keadaan tanah yang kering. Kini, saban hari sawah-sawah mula dipenuhi dengan penempatan penduduk. Kampung ini mengalami iklim hutan hujan tropika dan cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun. Musim panas dan hujannya tidak menentu tetapi boleh dianggarkan panas di awal tahun dan hujan di akhir tahun. Walaupun begitu, cuaca di kampung ini tidaklah begitu ekstrim. Hal ini memudahkan tumbuhan hidup dengan subur. Namun begitu, kampung ini tidak sesuai untuk di tanam pokok mangga atas sebab faktor tanah.

Penduduk di kampung ini kebanyakanya bekerja sebagai penoreh getah dan menanam pokok kelapa sawit. Terdapat juga pengembala lembu dan kambing di sini. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya terdapat banyak tompokan tahi lembu sepanjang jalan di sini. Dengan kepesatan ekonomi di Bandar Melaka, banyak juga anak-anak muda yang bekerja kilang di sana. Mereka menaiki Bas Kilang yang disediakan oleh pihak kilang yang terletaknya sejauh lebih 30 KM. Selain itu juga, ada yang diantara mereka bekerja sebagai nelayan di Sungai Linggi, menternak ayam dan banyak juga yang diantara mereka merupakan pesara kerajaan.

Pekan Berhampiran

[sunting | sunting sumber]
  1. Ramuan Cina Kecil
  2. Kuala Linggi
  3. Masjid Tanah
  4. Kuala Sungai Baru
  5. Sungai Baru Ilir