Pergi ke kandungan

Marin Diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Royal Marines)
Kor Marin Diraja
Lambang Komando Marin Diraja
Ditubuhkan pada28 Oktober 1664 (360 tahun dahulu)
Negara United Kingdom
KesetiaanRatu Elizabeth II
JenisAskar marin
PerananAmfibia dan Peperangan ekspedisi
Saiz8,430 Marin Diraja
66 buah kapal
Sebahagian daripadaPerkhidmatan Laut, Angkatan Tentera British
Nama samaranRoyals
Bootnecks
The Commandos
Jollies
Moto"Per Mare, Per Terram"
"Melalui Laut, Melalui Darat"
WarnaBlue
Gold
Green
Red
Blue
KawatQuick: "A Life on the Ocean Wave"
Slow: "Preobrajensky"
Pertempuran
Laman webwww.royalnavy.mod.uk/royalmarines
Komander
Kapten JeneralPutera Philip
First Sea LordLaksamana Sir George Zambellas
Komandan JeneralMejar Jeneral Ed Davis

Kor Marin Diraja (Royal Marine Corps), atau Royal Marines (RM), adalah kor marin dan infantri amfibia dalam United Kingdom, dan membentuk sebahagian daripada Perkhidmatan Laut (bersama-sama dengan Tentera Laut Diraja dan organisasi yang berkaitan). Marin Diraja telah ditubuhkan pada tahun 1755 sebagai infantri marin bagi Tentera Laut Diraja. Walau bagaimanapun, asal-usulnya dikesan dari pembentukan "Rejimen maritim askar berjalan kaki Duke of York dan Albany" di dalam Kompeni Artileri Kehormat pada 28 Oktober 1664.

Marin Diraja adalah pasukan maritim, amfibia, infantri ringan khas pasukan komando. Mereka mampu digerakkan dalam masa yang singkat bagi menyokong tentera Kerajaan United Kingdom dan objektif diplomatik di luar negara. Marin Diraja disusun menjadi briged infantri ringan (Briged 3 Komando) dan beberapa unit yang berasingan seperti Perkhidmatan Bot Khas, Grup 1 Tempur Marin Diraja, Grup Perlindungan Armada Marin Diraja (sebelum ini dikenali Grup Comacchio), dan sebuah kompeni dalam Grup Gerak Khas. Kor ini beroperasi dalam semua persekitaran dan iklim, walaupun kepakaran dan latihan tertentu dikhaskan untuk peperangan amfibia, peperangan artik, peperangan gunung, peperangan ekspedisi, Pasukan Aturgerak Cepat dan menyokong Pasukan operasi khas.

Disepanjang sejarahnya, Marin Diraja sering terlibat dalam beberapa peperangan besar disamping Tentera Darat British - termasuk Perang Tujuh Tahun, Perang Napoleon, Perang Krimea, Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Sejak kebelakangan ini Kor tersebut sebahagian besarnya telah digunakan dalam peranan peperangan ekspedisi ​​seperti Perang Falkland, Perang Teluk, Perang Bosnia, Perang Kosovo , Perang Saudara Sierra Leone, Perang Iraq dan Perang di Afghanistan. Marin Diraja mempunyai hubungan antarabangsa yang rapat dengan pasukan-pasukan marin bersekutu, terutamanya Kor Marin Amerika Syarikat dan Kor Marin Belanda/Korps Mariniers.

Lencana pangkat

[sunting | sunting sumber]
Pangkat General officers Senior officers Junior officers
Captain General Royal Marines General Lieutenant General Major General Brigadier Colonel Lieutenant Colonel Major Captain Lieutenant Second Lieutenant Officer Cadet
Marin Diraja
Singkatan pangkat CGRM Gen Lt Gen Maj Gen Brig Col Lt Col Maj Capt Lt 2Lt OCdt
Kod NATO OF-10 OF-9 OF-8 OF-7 OF-6 OF-5 OF-4 OF-3 OF-2 OF-1 OF-D

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • A Brief Chronology of Marines History 1664-2003 Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine, Royal Marines Museum
  • Historical Records of the Buffs, East Kent Regiment, 3rd Foot, Formerly Designated the Holland Regiment, by H. R. Knight, 1905.
  • The Whitefoord Papers; Being the Correspondence and Other Manuscripts of Colonel Charles Whitefoord and Caleb Whitefoord, from 1739 to 1810, by Charles Whitefoord, Clarendon press, 1898. Searchable full text available on-line at Google Books. Charles Whitefoord served in Wynyard's (4th Marines), Gooch's, and the 5th Marines in the 1740s.
  • Historical record of the Royal marine forces, by Paul Harris Nicolas, Thomas and Boone, London, 1845. Searchable full text available on-line at Google Books.
  • Per Mare, Per Terram: Reminiscences of Thirty-two Years' Military, Naval, and Constabulary Service by William Henry Poyntz, Economic Print. & Publ. Co. (1892). Searchable full text available on-line at Google Books.
  • Britain's sea soldiers : a history of the Royal Marines and their predecessors and of their services in action, ashore and afloat, and upon sundry other occasions of moment, by Cyril Field, Liverpool:The Lyceum Press, 1924, (2 vol.) Covers British Marines until around 1900.
  • Britain's Sea Soldiers: A Record of the Royal Marines during the War 1914-1919, by General Sir H.E. Blumberg, Devonport, 1927. Very detailed with excellent maps. The USMC used the maps from this book for their studies of Gallipoli in the 1920s and 30s that led to the formation of US amphibious doctrine in 1935.
  • By Sea and Land by Robin Neillands, 1987, Cassell Military Paperbacks, ISBN 0-304-35683-2. Traces the history of the Corps until the end of the Falkands Campaign in 1982.
  • Uniforms of the Royal Marines by Charles Stadden, 1997, ISBN 0-9519342-2-8
  • International Institute for Strategic Studies; Hackett, James (ed.) (3 Februari 2010). The Military Balance 2010. London: Routledge. ISBN 1-85743-557-5.CS1 maint: extra text: authors list (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]