Pergi ke kandungan

Surah As-Saff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Surah As-Saff (سورة الصف) (Barisan) merupakan surah ke-61 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah dan terdiri atas 14 ayat. Dinamakan Ash Shaff, kerana pada ayat 4 surat ini terdapat kata Shaffan yang bererti satu barisan. Ayat ini menerangkan apa yang diredhai Allah sesudah menerangkan apa yang dimurkai-Nya. Pada ayat 3 diterangkan bahawa Allah murka kepada orang yang hanya pandai berkata saja tetapi tidak melaksanakan apa yang diucapkannya. Dan pada ayat 4 diterangkan bahawa Allah menyukai orang yang mengamalkan apa yang diucapkannya iaitu orang-orang yang berperang pada jalan Allah dalam satu barisan.

Isi Kandungan

[sunting | sunting sumber]
  • Semua yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya
  • Anjuran berjihad pada jalan Allah.
  • Pengikut-pengikut Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. pernah mengingkari ajaran-ajaran nabi mereka. Demikian pula kaum musyrik Mekkah ingin hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam).
  • Ampunan Allah dan syurga dapat dicapai dengan iman dan berjuang menegakkan kalimat Allah dengan harta dan jiwa.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini



Surah Sebelumnya:
Surah Al-Mumtahanah
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Jumu’ah
Surah 61