Tokong Ho Ann Kiong
Tokong Ho Ann Kiong Ho Ann Kiong Temple 护安宫 | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Kuala Terengganu |
Koordinat geografi | 5°19′57.803″N 103°7′58.285″E / 5.33272306°N 103.13285694°EKoordinat: 5°19′57.803″N 103°7′58.285″E / 5.33272306°N 103.13285694°E |
Agama | Taoism |
Daerah | Daerah Kuala Terengganu |
Negeri | Terengganu |
Negara | Malaysia |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Tokong, Kuil Cina |
Tokong Ho Ann Kiong (Cina: 护安宫) merupakan tokong terletak di Kampung Cina, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Ia telah dibina pada 1801 oleh komuniti Hokkien dan merupakan tokong tertua di Terengganu.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembinaan
[sunting | sunting sumber]Kuil ini dibina para pendatang Cina yang mahu memenuhi keperluan anutan mereka. Pendirian Tokong Tian Hou Gong yang berdekatan lama-kelamaan menarik para pengunjung dari beribadah di sana sehingga tokong ini semakin terabai rosak.[1]
Pada 1915, suatu wabak yang hebat melanda Kuala Terengganu sehingga melenyapkan setengah bilangan penduduk kota;[1] para penganut yang tinggal merayu meminta bantuan kepada dewa-dewi disembah.[1] Para pemuja ini mendapat petanda di mana permintaan mereka akan ditunaikan selagi bangunan tokong dapat dicantikkan semula, di mana mereka akur. Wabak ini segera menghilang dengan ajaibnya sebaik tokong itu siap cantik berhias kembali.[1]
Insiden kebakaran 2010
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Februari 2010, seminggu selepas keraian Tahun Baru Cina; tokong tua ini terbakar disebabkan puntung sebatang colok yang terjatuh ke lantai.[3] Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan 80 % daripada binaan tokong itu hangus dalam insiden kejadian pada 9.30 malam. Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd. Shukri Dahlan menyatakan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang unsur-unsur jenayah, sabotaj mahupun khianat tetapi cuma terjadi dengan sendirinya.[4]
Kuil itu dipulihkan sepenuhnya pada 2012 dengan kos keseluruhan RM1.3 juta.[5]
Bantuan
[sunting | sunting sumber]Adun Bandar, Toh Chin Yaw berjanji, kerajaan negeri akan memberi bantuan bagi membaik pulih tokong itu.Struktur bangunan masih lagi kukuh dan hanya dalaman sahaja yang telah hangus.[6]Jumlah kerugian belum diterima kerana ia masih dalam siasatan. [7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Alan Teh Leam Seng (13 Februari 2019). "Cultural melting pot in Kampung Cina". New Straits Times. Dicapai pada 18 Mac 2019.
- ^ Fire damages 200-year-old
- ^ Sazali M. Noor (23 February 2010). "Fire damages 200-year-old Ho Ann Kiong temple". The Star. Dicapai pada 18 March 2019.
- ^ Tokong terbakar akibat colok jatuh ke lantai – Polis
- ^ Farik Zolkepli (29 January 2012). "Centuries-old temple fully restored". The Star. The Buddhist Channel. Dicapai pada 18 March 2019.
- ^ Tokong Terbakar Akibat Colok Jatuh Ke Lantai: Polis
- ^ Tokong terbakar akibat colok jatuh ke lantai: Polis