Wikipedia:Bengkel/Rencana contoh/Azizulhasni Awang
Maklumat peribadi | |
---|---|
Nama peribadi | Muhammad Azizulhasni bin Awang |
Nama julukan | The Pocket Rocketman |
Kelahiran | Kuala Dungun, Terengganu, Malaysia[1] | 5 Januari 1988
Ketinggian | 1.68 m (5 ka 6 in)[2] |
Maklumat Pasukan | |
Disiplin | Trek |
Peranan | Penunggang |
Jenis penunggang | Pemecut |
Pasukan amatur | |
Pasukan Berbasikal Dungun | |
Pasukan profesional | |
2009 | Bike Technologies Australia |
Rekod pingat |
Yang Berbahagia Dato' Muhammad Azizulhasni bin Awang DPMT KMN AMN (lahir 5 Januari 1988) ialah seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia.[3][4] Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008.[5] Beliau merupakan pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau diberi jolokan Azizul the pocketrocketman kerana tubuh badannya yang kecil. Azizul merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.[6]
Selain kejayaannya, Azizul juga terkenal dengan sikap tidak mengaku kalah apabila meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20cm ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011.[7] Beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga.[8][9]Pada 2017, anak kelahiran Terengganu ini adalah atlet Malaysia pertama mendapat pingat emas di kejohanan dunia Hong kong dalam acara keirin dan menerima baju rainbow sebagai tanda kemenangan.
Azizul bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam kelayakan keirin Lelaki, beliau telah hilang kelayakan kerana berbasikal mendahului motosikal derny yang digunakan sebagai pacer sebelum ia meninggalkan trek. Ketua jurulatih trek kebangsaan John Beasley menyifatkan ia satu kesilapan besar, dan berkata: "Peraturannya jelas dan kami berada lebih daripada satu jarak di hadapan dan ia tidak memberi saya ruang untuk berhujah mengenainya.[10]
Kehidupan awal
[sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 5 Januari 1988 di Dungun, Terengganu, dan merupakan anak kelapan daripada sembilan adik-beradik. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun, dan meneruskan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun, sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Negara di Bukit Jalil. Azizul melanjutkan pelajaran di Universiti Deakin, Australia dalam Sarjana Muda Perdagangan, pengkhususan dalam Pengurusan Sukan.
Azizul memulakan kerjayanya selepas menonton perlumbaan abangnya. Beliau telah dilatih oleh Pasukan Berbasikal Dungun sebelum memasuki Sekolah Sukan. Beliau berterima kasih kepada arwah bapanya yang memberinya basikal terpakai sebagai ganjaran selepas beliau mendapat 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Azizul menerima tiga tawaran dari MRSM, Sekolah Sains dan Sekolah Sukan selepas itu. Oleh kerana minat berbasikal, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Kerjaya
[sunting sumber]Pencapaian terbesar Azizulhasni ialah memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017[11] dan pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Brazil dalam acara keirin. Antara pencapaian beliau yang lain ialah memenangi pingat perak pada dalam kategori pecut dan pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 dalam kategori keirin. Beliau dinamakan Sportsman Malaysia pada tahun 2009 dan 2010.
Pada Februari 2011, Azizul terlibat dalam kemalangan semasa perlawanan akhir acara keirin dalam Kejuaraan Dunia pertama di Manchester di mana dia mengalami kecederaan serius apabila 20 cm serpihan kayu menembusi kakinya. Dia diketepikan daripada Kejohanan Dunia tahun itu.[12]
Pada Sukan Asia Tenggara 2017, Azizul berjaya ke tangga ke-111 untuk Malaysia kerana negara akhirnya mencapai sasaran pingat Sukan Sea keseluruhannya selepas memenangi kategori pecut lelaki di Velodrom Nasional di Nilai. Azizul juga pemain bendera untuk Malaysia pada Sukan Asia Tenggara 2017 bersama dua juara dunia juara Cheong Jun Hoong dan eksponen silat Mohd Al-Jufferi Jamari.[13][14]
Isu dan kontroversi
[sunting sumber]Pada 25 Julai 2014, pelumba basikal Malaysia ini telah mengenakan sarung tangan bertulis 'Save Gaza' semasa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, UK. Tindakan itu sebagai bersimpati dengan pembunuhan lebih 5000 rakyat Gaza di Palestin pada bulan Ramadan 2014. Dari segi sejarah, Kerajaan British menjadi punca membenarkan Yahudi dari Jerman dan Rusia membina sebuah penempatan kekal di Palestin pada 1948. Selepas diberi amaran, beliau meminta maaf.[15]
Kehidupan peribadi
[sunting sumber]Dato' Azizul mengikuti sains sukan (Sarjana Muda Sukan Gerakan) di Universiti Victoria, Melbourne, Australia.[16] Pada tahun 2015, beliau menjadi atlet bukan warga Australia yang pertama untuk menerima Anugerah Biru dari Universiti Victoria.[3][17]
Beliau berkahwin dengan To' Puan Athiah Ilyana Abd Samat pada 30 Januari 2010. Pasangan ini menetap di Melbourne bersama empat anak mereka, Amna Maryam dan Amna Khadeeja.[18]
Dalam budaya masyhur
[sunting sumber]Beliau bakal dijayakan oleh pelakon Shaheizy Sam dalam filem biopik arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin bertajuk The Pocket Rocketman,[19][20] yang diterbitkan oleh UniTalent Sdn Bhd dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama syarikat pengurusan Azizulhasni, ThreeSixty Management.[21]
Pencapaian
[sunting sumber]Track Cycling World Ranking
[sunting sumber]- 2008/09 – Keirin pertama
- 2010/11 – Keirin pertama
Kejohanan Dunia
[sunting sumber]- 2010 – Pecut berpasukan (bersama Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin)
- 2014 – Keirin
Anugerah dan pencapaian
[sunting sumber]- Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) - Anugerah Atlet Terbaik 100Plus: 2009, 2017[22]
- Universiti Malaysia Terengganu - Ijazah Kehormat Sarjana Sains Sosial[23]
Penghargaan
[sunting sumber]Penghargaan Malaysia
[sunting sumber]- Malaysia :
- Ahli Mangku Negara (AMN) (2016)[24]
- Kesatria Mangku Negara (KMN) (2017)[25][26]
- Terengganu :
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) (2021) - Dato'[27]
Rujukan
[sunting sumber]- ^ Mohd Azizulhasni Awang Diarkibkan 2 Oktober 2016 di Wayback Machine. sports-reference.com
- ^ "Athlete Biography – AWANG Mohd Azizulhasni". Beijing Olympics official website. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2008.
- ^ a b Azizulhasni Awang. nbcolympics.com
- ^ "'Pocket rocket' wins Malaysia's first track medal". New Straits Times. 17 August 2016. Dicapai pada 20 October 2016.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 2018-06-09.
- ^ https://www.olympic.org/rio-2016/cycling-track/keirin-men
- ^ http://www.uci.ch/track/news/article/thrilling-racing-day-two-track-world-championships/
- ^ Betis tembus tertusuk kayu Diarkibkan 2011-02-24 di Wayback Machine Berita Harian Online. 21 Februari 2011.
- ^ http://www.thestar.com.my/sport/cycling/2017/04/14/the-new-king-of-keirin-azizul-finally-wins-coveted-rainbow-jersey-after-a-10year-wait/
- ^ "Beasley says Azizul still in shock, admits mistake and apologises," The Star.
- ^ "Awang Azizulhasni revels in Malaysia's first world track gold". Eurosport. 13 April 2017. Dicapai pada 13 April 2017.
- ^ "Azizulhasni Awang ruled out of World Championships after surgery on splinter". Mail Online. 23 February 2011. Dicapai pada 7 August 2012.
- ^ :Lim Teik Huat (7 August 2017). "KJ: Three world champs to be flag-bearers at SEA Games opening ceremony". TheStarOnline. Dicapai pada 2 September 2017.
- ^ Azharie, Farah (29 August 2017). "Azizulhasni: Making it 111 gold medals for Malaysia at the Sea Games 2017". NSTOnline. Dicapai pada 2 September 2017.
- ^ "Sarung tangan 'Save Gaza': Azizulhasni diberi amaran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-25. Dicapai pada 2014-07-25.
- ^ "VU scholar brings home bronze in Rio". vu.edu.au. 18 August 2016. Dicapai pada 20 August 2016.
- ^ "VU Sports Awards". vu.edu.au.
- ^ "Azizulhasni's bronze medal, the fruit of family sacrifice". Malay Mail. 17 August 2016.
- ^ Hanisah Selamat (14 Februari 2018). "The Pocket Rocketman ke layar perak". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2018.
- ^ Syahirah Mokhtazar (17 Februari 2018). "(Showbiz) Shaheizy Sam delighted to portray The Pocket Rocketman". New Straits Times. Dicapai pada 2 Mac 2018.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (19 Februari 2018). "Sam jadi The Pocket Rocketman!". Harian Metro. Dicapai pada 2 Mac 2018.
- ^ Lim, Teik Huat (2 March 2018). "Azizulhasni bags his second SAM-100Plus award on the trot". The Star Online. Dicapai pada 2 March 2018.
- ^ Azizulhasni terima Ijazah Kehormat UMT, 2022
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-08-26.
- ^ Rajes Paul (10 September 2017). "Chong Wei all fired up". The Star. Dicapai pada 28 July 2018.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-08-26.
- ^ "Azizulhasni, lima doktor dikurnia gelaran Datuk". Harian Metro. 18 July 2021. Dicapai pada 18 July 2021.