Pergi ke kandungan

Rumah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumah di England

Rumah (Tulisan Jawi: رومه) merupakan sebuah tempat kediaman manusia yang mempunyai dinding dan bumbung yang dapat menahan dari kerpasan, angin, kepanasan, kesejukan dan penceroboh. Kadangkala rumah juga didiami haiwan, namun tempat tinggal yang khusus untuk haiwan biasanya dipanggil kandang atau sarang.[1]

Terdapat beberapa jenis-jenis rumah yang ada di dunia ini iaitu Rumah tunggal seperti Banglo, Rumah berkembar seperti semi-D,Rumah bersambung, seperti rumah teres atau rumah panjang, Rumah pangsa seperti Pangsapuri flat dan Rumah Tradisional.

Bahan binaan rumah

[sunting | sunting sumber]

Bahan yang boleh digunakan untuk membina sebuah rumah seperti jerami, kayu,[2] pasir, simen, batu-bata, kaca[3] dan logam[4]. Pada zaman kuno dan pada Zaman Pertengahan, kebanyakan orang bekerja di tempat yang sama di mana mereka tinggal: di rumah mereka, atau di sebelahnya: di sebidang tanah, halaman lembu, di bengkel atau di kedai runcit. Dalam abad XVII, pemisahan rumah tangga yang semakin meningkat dari kerja, kraf atau perniagaan bermula, disebabkan oleh Revolusi Perindustrian.[5]

Ruang rumah

[sunting | sunting sumber]

Ruang yang biasa terdapat di sesebuah rumah adalah seperti berikut :

  • Ruang tamu
  • Ruang makan
  • Bilik tidur
  • Bilik air
  • Dapur
  • Tandas
  • Balkoni
  • Tempat letak kereta
  • Padang
  • Taman
  • Tangga
  • Kolam renang
  • stor

dan sebagainya...

Jenis rumah

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.