Pergi ke kandungan

anjing: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikikamus
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Interwicket (bincang | sumb.)
k iwiki +ko:anjing
Alamnirvana (bincang | sumb.)
Baris 58: Baris 58:
* Armenia: շուն (šun)
* Armenia: շուն (šun)
* Assiniboine: šunga
* Assiniboine: šunga
* Banjar: kuyuk, hadupan, duyu
* Basque: txakur, etxe-txakur
* Basque: txakur, etxe-txakur
* Belanda: hond {{m}}
* Belanda: hond {{m}}

Semakan pada 16:29, 6 April 2010

Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai rencana mengenai:

Bahasa Melayu

Anjing (baka Foxhound Amerika)

Takrifan

anjing

  1. sejenis binatang yang menyalak dari genus Canis (ada yang jinak dan ada yang liar).
  2. Ralat Lua pada baris 360 di Modul:parameters: Parameter 1 should be a valid language or etymology language code; the value "kiasan" is not valid. See WT:LOL and WT:LOL/E.. barua, tali barut, angsama, muncikari, jaruman, pinang muda.
    Dia menjadi anjing musuh kerajaan.

Kata majmuk

  • anjing ajak: anjing geladak anjing yang tidak dipelihara.
  • anjing-anjing:
  1. buah betis.
  2. sejenis tumbuhan (pokok), Cynometra cauliflora.
  3. = anjing perahu (lihat bawah).
  • anjing hitam: Ralat Lua pada baris 360 di Modul:parameters: Parameter 1 should be a valid language or etymology language code; the value "kiasan" is not valid. See WT:LOL and WT:LOL/E.. orang jahat yang sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kepada umum.
  • anjing laut: sejenis mamalia laut, Halichoerus grypus.
  • anjing perahu: alat untuk menggulung layar pada perahu.
  • anjing tanah: sejenis serangga, Gryllotalpa vulgaris.
  • burung anjing: burung pekaka, raja udang.

Peribahasa

  • anjing galak, babi berani: berani sama berani, kuat sama kuat.
  • anjing diberi makan nasi bilakan kenyang: sia-sia memberi nasihat yang baik kepada orang jahat.
  • anjing ditepuk menjungkit ekor: orang yang tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong.
  • anjing itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yang banyak tulang: orang yang tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman).
  • anjing itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis: orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya.
  • anjing mengulangi bangkai: lelaki yang mengulangi perbuatan yang tidak senonoh (perempuan jahat dll).
  • anjing menyalak bukit mahukah runtuh, beberapa pun anjing menyalak bukit bolehkah runtuh: bagaimanapun orang yang jahat mencela orang yang baik tidak akan ada akibatnya.
  • anjing tiada bercawat ekor: sesuatu yang hina dan tidak berguna tidaklah indah pada mata sekalian orang.
  • bagai anjing beranak enam: dikatakan kepada perempuan yang kurus sekali kerana melahirkan anak.
  • bagai anjing melintang denai: seseorang yang sombong menunjukkan kesombongannya.
  • bagai anjing menyalak di ekor (di pantat) gajah: orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa.
  • bagai anjing tersepit di pagar: seseorang yang dalam kesusahan serba salah halnya.
  • bangsa anjing kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga: orang yang biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yang jahat.
  • bagai disalak anjing bertuah: tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (berkenaan anak-anak yang tidak dapat ditolak kehendaknya).
  • melepaskan anjing tersepit (sesudah lepas dia menggigit): menolong orang yang tidak tahu membalas budi.

Etimologi

Sebutan

Kamus Dewan: an·jing

Terjemahan

Tulisan Jawi

انجيڠ

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.