Berita
Aminuddin rasmi Balai Raya Kampung Laka
JEMPOL: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah merasmikan Balai Raya Kampung Laka.
Aminuddin berkata, kawasan kampung tersebut memerlukan sebuah tempat bagi mengadakan aktiviti sosial dan sebagainya.
“Balai raya tersebut mempunyai kemudahan yang cukup lengkap termasuk sebuah dewan yang luas, pantri dan tandas yang selesa.
“Besarlah harapan saya, agar balai raya ini dapat memberikan impak positif kepada pembangunan kampung dan kesejahteraan penduduk, Insya Allah,” kata Aminuddin.
Foto: Nabil Syafik