Showing posts with label Aneka Mee. Show all posts
Showing posts with label Aneka Mee. Show all posts

9 May 2012

Mee Rebus Cik Ani (Bonda Chef Wan)


Assalammualaikum 
Nak sharekan n3 tertunggak lagi..lately ni asyik tayang menu tertunggak jer kan apa nak buat kalau dah busy terpaksalah beri laluan pada hal yang lebih penting dulu. Tapi tak kisah la... bagi saya lambat atau cepat sesuatu n3 tu tak jadi masalahnya untuk saya kongsikan disini dan yang paling penting sekali untuk simpanan rujukan saya dimasa akan datag juga.


Oklah ceter pasal mee rebus cik Ani ni adalah resepi bonda Chef  Wan yang telah dikongsikan bersama resepi ni oleh CMG. Ramai dah yang mencuba resepi mee rebus ni , saya pernah ternampak didapur Kak YatieMas Duniaku, dan Kak Madihaa. Maaflah kalau ada yang dah buat saya terlepas pandang. Memang sekarang ni saya jarang bw. Kalau sempat pun hanya berkunjung balas pada yang singgah sini dan tinggalkan jejak saja itupun kekadang ada juga yang tertinggal. Bukan tak nak bw tapi kekadang masa tak mengizinkan saya. InsyaAllah kalau ada masa akan saya terjah juga nanti. Terima kasih pada CMG dan semua yang telah berkongsi resepi mee rebus yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Resepi : Chef Wan
Sumber CMG
Bahan :
1 kg mee kuning
150 g taugeh - buang ekor
2 keping tauhu - goreng terendam dan hiris nipis
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
4 - 5 biji telur rebus - kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi - belah 2
Bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah Mee Rebus :
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco - tumbuk lumat
500 g daging lembu - sedap yang ada lemak sikit
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas -  dititik
1/3 cawan kacang tanah -  goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato - belah 4
7 biji bawang merah kecil - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 cm halia - tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa 

Cara memasak :
Untuk Kuah Mee Rebus : 
1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu). 
2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus. 
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. 
4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. 
Masak perlahan selama 20 minit. 
5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
Penyediaan Mee Rebus :
1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan. 
2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee. 
3. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau @ merah, tauhu, hirisan daun sup @ daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. 
Hidangkan segera.

25 Oct 2011

Koey Teow Haufan


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Menu dinner malam ni, layan koey teow haufan ni jer. Resepi Mas ni, dah lama simpan masa Mas buat n3 hari tu lagi. Tapi masa tu tak cukup bahan saya peramkan dulu. So..hari ni baru berkesempatan nak cuba. Resepi ni saya ada tambah sikit bahannya iaitu saya ada masukkan sotong dan candawan shitake...hmm...makan masa panas-panas memang sedapla. Koey teow ni pula saya beli yang dlm paket jenis kering dan kena rebus dulu..tak ada jual yg basah mcm kat Malaysia tu..tapi bolehla lebih kurang sama jer. 


Sebelum ni pernah tgk kat dapur kak Madihaa dan Quinnie...ptng tadi nampak lak kat dapur Mama Hawa. Maafla kalau ada lagi yg dah buat dan saya terlepas pandang tapi memang bestla resepi koey teow dan kicap campur ni...sedap dan saya suka. Terima Kasih pada Mas dan semua yang telah berkongsi resepi koey teow haufan ni dan izinkan saya berkongsi disini pula..:D

Bahan A :
  • 500gm kuetiaw 
  • 3 sudu besar kicap campur 
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan B :
  • 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh 
  • 1 pokok sawi - basuh dan potong2
  • 12 ekor udang 
  • sedikit sotong (nieza tambah)
  • sedikit Cendawan shitake (nieza tambah)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar kicap campur
  • 2 biji telur
  • sedikit lada sulah

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. 
  2. Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau,
  3.  Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
  4. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.

Kicap Campur
Resepi : MasDuniaku
Bahan  :
  • 1 cawan kicap pekat
  • 1 cawan kicap cair
  • 1 cawan sos ikan
  • 1cawan sos tiram
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan garam
  • 1/2 cawan ajinamoto
Cara membuatnya :
  • Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
  • Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.

26 Jun 2011

Laksa Penang


Assalammualaikum dan salam dihari minggu buat semua. Semoga hari minggu ini dimanfaatkan sepenuhnya bersama family tersayang. Menu laksa Penang/ Asam laksa ni buat dinner semlm....siang tadi agak busy sikit...dah malam baru teringat nak snap photo ni....so layan jer lah yer.


Actually dah banyak kali dah saya buat laksa ni sejak dok Finland ni....kira menu ulang tayang tu pasal malas nak snap photo tapi tak pe la share jugalah. Kalau dok Malaysia tak pernah buat laksa pun tapi bila dok merantau ni teringin nak mkn kena buat sendirila jawabnya.. mana nak carikan...kalau kat Malaysia tu senang cari jer kat kedai ataupun pasar mlm kan....hmmm...rindu lak nak pi pasar malam..:D 


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan :
Sebungkus laksa..direndam beberapa jam, direbus sehingga lembut dan toskan

Kuah Laksa:
10 ekor ikan sardin....resepi ni saya gunakan ikan sardin kalau nak gunakan ikan kembung pun boleh
5 ulas bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
Sedikit belacan, dibakar dan dihancurkan
3 sudu besar cili kisar
4 keping asam gelugur/asam keping
2 tangkai bunga kantan, dibelah dua
secekak daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
1-2sb otak udang

Bahan-bahan hiasan
Timun
Bawang besar
Daun selom
Bunga kantan
Telur rebus
Cili api jika suka
Perahan limau nipis
nenas 


Cara-cara :
1. Ikan sardin/ikan kembung dibersihkan, direbus, dibuang tulang dan dikisar halus dengan sedikit air. Air rebusan ikan jangan dibuang. Tapis dan gunakan semula untuk kuahnya.
2. Panaskan semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yg dikisar.
3. Bila mendidih, masukkan semua bahan2 yang lain. Masak semua bahan mesra. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan bolehlah dihias dengan bahan2 tabur. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya.

22 Jun 2011

Kuey Teow Goreng with Smoked Oysters


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Menu dinner yang simple jer hari ni. layan kuey teow goreng pedas.....lagi pedas lagi sedap. Bagi yang tak makan pedas boleh kurangkan cilinya tapi kalau kena ngan cili api lagi best ni. Saya makan ngan smoked oysters yang segera tu memang sedap.


Oklah resepi simple jer ni...semua org pandai buatkan tapi tak apa la saya share  juga resepi style saya buat pulak...bahan-bahan terpulang dan boleh adjust ikut selera masing-masing juga.


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-Bahan:
300 gm kuey teow
100gm udang basah
100 gm daging  (optional)
1 cawan tauge
4 sudu cili mesin
4 ulas bawang putih diketuk
4 ulas bawang kecil dimayang halus
2 biji telur
4 sudu besar kicap manis
2 s/b  sos tiram
2 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
1 kiub ayam
smoked oyster
sedikit minyak
dan garam secukup rasa


Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin, sos cili dan kicap.
3. Masukkan daging, tomato sos dan sos tiram. 
4. Masukkan udang, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.
5. Masukkan taugeh dan  Kacau sebentar dan tutup api.hidangkan bersama smoked oysters jika suka.

ni ler kotak smoked oysters segera yg dijual disini...memang sedap kalau ratah gitu jer.

26 Apr 2011

Mee Bandung Muar


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...kembali bersiaran dgn n3 msk2 semula...bukannya saya tak masak tapi masa tak mengizinkan untuk saya bersiaran coz 2-3 hari yg lepas amatlah membusykan....busy dgn tetamu dan busy juga dgn aktiviti ronda-ronda dgn mr.hubby kebetulan mr.hubby pula cuti 4 hari sampai isnin. Cuaca sekrang pula dah semakin panas..dah masuk spring dh pun.. semakin hari semakin cerah...dan bermula waktu siang yg agak panjang sehingga ke summer nanti jam 10-11 mlm masih cerah dgn matahari lagi.Seronok kalau berjalan-jalan time ni terasa mcm berada kat Malaysia jer...sebelum ni kalau winter cuaca gelap jer...nk keluar umah pun malas.

Oklah ceter pasal n3 hari ni menu ringkas jer...saya masak mee bandung Muar...jauh terbang sampai ke Finland dah ni...haha terima kasih pada mereka yang telah berkongsi resepi yg sedap ni...izinkan saya berkongsi disini pula. Kalau mee berkuah ni memanglah my fav....tak mkn nasi pun tak pe..memang suka. Bagi peminat-peminat mee berkuah bolehlah mencuba resepi yang sedap ni.


Resepi : Sabrina

Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah

3 ulas bawang puteh

10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut

segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
300 gram daging ~ potong nipis
sedikit udang fresh (nieza tambah)
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili 
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula 
air secukupnya 
1 ikat sawi ~ dicelur
2 bungkus mee kuning ~ dicelur 
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional


 Bahan-bahan untuk cili jeruk
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal 
1 sudu cuka


Cara-cara:

1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.  

2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.

3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging 
4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.
6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe
9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk.




11 Apr 2011

Mee Lidi Goreng Hijau


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Dah lewat malam baru dapat bersiaran....lately ni weekend selalu sgt bz tak sempat nk ngadap lappy dan bw...mcm-mcm aktiviti ada sekarang ni. Jemputan mkn pun boleh dikatakan every week ada...tapi seronok juga bila dapat berkumpul ramai-ramai dgn kwn-kwn kat sini..tak la terasa sunyi sgt bila dapat berkumpul tu kan....Alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberi. 

Oklah bercerita n3 hari ni pula resepi mee yang simple tapi sedap....bagi sesiapa yang suka mkn mee dan suka pula yang pedas haruslah mencuba resepi ni. Terima kasih yer pada tuan punya resepi iaitu Kak Ummi yang telah sudi berkongsi dgn kita semua terutama bila kak Ummi menulis dan berkongsi resepi tu di blog utk tatapan meraka yang dok jauh merantau yang tak dapat memiliki majalah jelita tu.

So...mee ni memang sedap sgt dgn kepedasan cili padi hijau tu lagi ler meletop. Kak Ummi bubuh udang besar tapi saya gunakan udang kecil dan saya tambah dgn smoked oysters hmm...lagi ler sedap. Resepi yang telah dilamar majalah jelita ni memang bestlah kak..tqvm dan izinkan saya berkongsi disini pula.



Bahan:-
  • 1 1/2 paket mee lidi
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 10 ekor udang basah
  • 2 sudu besar kicap cair/masin
  • 1 kiub pati ayam maggie
  • 1/2 biji kobis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • minyak untuk menumis
  • 1 kotak kecil smoked oysters (nieza tambah)
Bahan Dikisar Dengan Sedikit Air:-
  • 2 biji cili hijau
  • 6 biji cili padi hijau
  • 4 tangkai daun sup
  • 2 pokok daun bawang


Cara Memasak:-
  1. Masak air secukupnya dan bila mendidih, masukkan mee lidi dan masak hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak jagung. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan kicap cair, kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau.
  5. Masukkan udang dan diikuti dengan sayur kobis. Kacau sebentar.
  6. Akhir sekali, masukkan mee lidi yang direbus tadi dan kacau hingga rata dan masak. Hidangkan dengan taburan serbuk lada sulah jika suka.

23 Mar 2011

Mee Ketam


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...abis dah ceter pasal bercuti...kembali dgn n3 masak memasak pula. Dah  byk hari dapur ni bercuti rehat so..kenalah panaskan blk kan. Masa kat Oslo hari tu terasa rindu pula nk msk-msk coz kat sana hanya dapat mkn roti dan kebab kat kedai arab tu jer....actually susah juga kalau travel kalau tak jumpa kedai mkn yg sesuai tapi apa nk buat tak boleh nk memilih mkn sgt kena juga alaskan perut kan...so..layan jer lah apa yg ada.

Oklah berbalik pada n3 hari ni masak mee ketam yg simple jer lah kalau kat utara mee ketam ni yg best kat Juru...saya kalau blk kg mesti singgah mkn kat sana. restaurant tu bkn saja ada jual mee ketam tapi mee udang dan mcm2 menu lain pun ada. So...nk mkn kalau nk tunggu blk kg lambat lagi kan....masak sendiri ler jawabnya. Actually dah pernah buat dah sebelum ni dan byk kali buat dah pun..resepi ni ikut style MIL...pernah tgk MIL masak dulu tapi ada juga yg saya tambah bahan-bahannya ikut citarasa sendiri.


Source: Nurniezza.blogspot.com

Bahan-bahannya
300gm Mee kuning dicelur
1/2 kg ketam (dibersihkan dan belah 2)
8 biji cili merah (mengikut kepedasan masing2)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 tin tomato soup
1 ltr air
1 biji telor (dipukul sedikit) nieza tambah 2 biji telur yg tdk dipukul
2 kiub ayam
2 sudu makan kicap
2 sudu makan oyster sauce
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili sos
2 biji tomato dibelah 4
Daun bawang dipotong 1"
sedikit sayur sawi
1 batang carrot dipotong nipis
Bawang goreng
Garam secukup rasa




Cara-cara
1.Cuci bersih ketam dan toskan
2. Blend cili merah + bawang putih +bawang merah
3. Tumiskan bahan blend tadi dan masukkan soup tomato, kicap, oyster sos, tomato sos dan cili sos. masakkan sekejap.
4. Masukkan air dan kiub ayam.
5. Bila kuah mula mendidih, masukkan telor dan kacau.
6. Kemudian masukkan ketam, tomato yg dibelah 4 tadi, carrot dan sayur sawi.
7. Rasakan kuah...boleh tambahkan garam jika perlu
8. Tutup api...dan hidangkan bersama mee yang dicelur tadi.
9. Taburkan daun bawang yg dipotong dan bawang goreng sebagai hiasan.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers