Assalammualaikum semua
Nak sharekan resepi ikan bakar dan air asam yang saya buat untuk bersahur semalam ni. Latelyla ni selera makan masa bersahur dah berkurang. Tapi nak kena makan juga sebab berpuasa panjang disini perut cepat masuk angin pula kalau tak makan. So..bila buat lauk simple macam ni baru lah saya rasa selera makan tu bertambah. Ya la lain orang lain citarasanya kan...maybe bagi orang lain lauk biasa jer kan tapi bagi saya kat sini lebih suka makan ikan dengan air asam mcm ni jer. Tak perlu lauk lain dah kalau ada masak ikan bakar mcm ni. Tu sebab sekali masak sampai 2 ekor. Suka sangat meratah ikan gitu saja.
Ikan ni pula dapat masa mr.hubby pergi memancing minggu lepas. Alhamdulillah rezeki kami dibulan ramadhan ni mr.hubby bawa balik ikan ni sampai 6 ekor. ikan ni namanya ikan hauki..ikan biasa yg ada di Finland ni. Isinya sangat putih dan rasanya juga sgt sedap. Memang ikan fav saya kat sini.
Oklah jom kita semak resepi ikan bakar dan air asam kat bawah.
Sumber: http://Nurniezza.blogspot.com
Resepi Ikan Bakar
Bahan-bahannya
2 ekor ikan bersaiz sederhana besar (Boleh guna apa-apa saja ikan yang disukai)
sedikit garam
daun pisang atau daun kunyit untuk membakar ikan.
Cara membuatnya:
1. Ikan dicuci bersih kemudian lumurkan dengan sedikit garam
2. Panaskan oven atau boleh juga dibakar dengan menggunakan kuali diatas dapur.
3. Bungkus ikan yang dicuci bersih tadi dengan daun pisang atau daun kunyit.
4. Masukkan ke dalam oven dan masaklah sehingga ikan masak sepenuhnya. Bila ikan dah masak bolehlah diangkat dan siramkan dengan air asam dan sedia dimakan bersama dengan nasi putih.
resepi air asam ni pula menggunakan resepi kak Liza..memang suka resepi air asam bubuh kerisek ni. tq sharing resepi ni yer kak...saya sharekan kat sini pula.
Sumber Resepi : Kak Hanieliza
Resepi Air Asam
Bahan A
Asam jawa [sebesar telur ayam]
(direndam 1/2 cawan air dan buang biji)
10 cili padi [nak pedas boleh tambah]
1 biji tomato
1 inci belacan bakar
1 sudu kecil kerisik [jika suka]
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Bahan B
2 biji tomato buah
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau nipis [ambil jus]
mangga muda
Cara
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan A ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis.
5. Mangga muda dicincang atau sagat. (Nieza tak bubuh sebab tak ada stok)
6. Gaulkan Bahan A bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan.