Gboard mempunyai segala-galanya yang anda sukai tentang Papan Kekunci Google—kelajuan dan keandalan, Taipan Luncur, penaip suara, Tulisan Tangan dan pelbagai lagi
Taipan Luncur — Taip lebih cepat dengan meluncurkan jari anda dari satu huruf ke huruf yang lain
Penaip suara — Imlakkan teks dengan mudah semasa dalam perjalanan
Tulisan Tangan* — Tulis dalam tulisan sambung dan huruf cerai
Carian Emoji* — Cari emoji yang diingini dengan lebih cepat
GIF* — Cari dan kongsi GIF untuk mendapatkan reaksi yang tepat.
Penaipan berbilang bahasa — Tidak perlu menukar bahasa secara manual lagi. Gboard akan membuat autopembetulan dan cadangan daripada mana-mana bahasa yang anda dayakan.
Google Terjemah — Terjemahkan teks semasa anda menaip pada papan kekunci
* Tidak disokong pada peranti Android Go
Beratus-ratus variasi bahasa, termasuk:
Afrikaans, Amharic, Arab, Assam, Azerbaijan, Bavaria, Bengali, Bhojpuri, Burma, Cebu, Chhattisgarhi, Cina (Mandarin, Kantonis dan lain-lain), Chittagonia, Czech, Deccan, Belanda, Inggeris, Filipina, Perancis, Jerman, Greek, Gujarat, Hausa, Hindi, Igbo, Indonesia, Itali, Jepun, Jawa, Kannada, Khmer, Korea, Kurdish, Magahi, Maithili, Melayu, Malayalam, Marathi, Nepal, Sotho Utara, Odia, Pashto, Parsi, Poland, Portugis, Punjabi, Romania, Rusia, Saraiki, Sindhi, Sinhala, Somali, Sotho Selatan, Sepanyol, Sunda, Swahili, Tamil, Telugu, Thai, Tswana, Turki, Ukraine, Urdu, Uzbek, Vietnam, Xhosa, Yoruba, Zulu dan banyak lagi! Lawati https://goo.gl/fMQ85U untuk mendapatkan senarai lengkap bahasa yang disokong
Petua pakar:
• Kawalan kursor dengan gerak isyarat: Luncurkan jari anda di sepanjang bar ruang untuk menggerakkan kursor
• Pemadaman dengan gerak isyarat: Luncurkan jari anda ke kiri dari kedudukan kekunci padam untuk memadamkan beberapa perkataan dengan pantas
• Jadikan baris nombor tersedia pada setiap masa (dayakan dalam Tetapan → Pilihan → Baris Nombor)
• Pembayang simbol: Paparkan pembayang pantas pada kekunci untuk mengakses simbol dengan menekan lama (dayakan dalam Tetapan → Pilihan → Tekan lama untuk mengakses simbol)
• Mod sebelah tangan: Pada telefon berskrin besar, sematkan papan kekunci di sebelah kiri atau kanan skrin
• Tema: Pilih tema anda sendiri, yang mempunyai atau tidak mempunyai sempadan kekunci
Dikemas kini pada
21 Okt 2024