[Dikemaskini Feb 2025]
Klik nama jawatan untuk lebih maklumat.
Pereka Grafik [Sepenuh Masa]
Minat graphic design? Nak rasa dihargai dan disanjung oleh setiap bahagian kat Soscili? Jangan berlengah dan mohon jawatan ni! Sebagai pereka grafik kitorang, korang akan balut setiap konten kitorang dalam bungkusan lawa untuk dilihat dan digemari orang ramai.
Tanggungjawab
- Buat rekaan konten media sosial macam infografik, post bergambar, thumbnail untuk video dan artikel, dan lain-lain yang sedap mata memandang mengikut stail kami.
- Sekali-sekala bantu bahagian pemasaran dan strategi untuk reka cenderahati, papan tanda, dan lain-lain kerja rekaan.
- Reka dan guna acuan untuk posting media sosial.
- Mungkin kena kerja luar masa, bergantung pada keperluan.
Kelayakan
- Boleh guna perisian macam Adobe Illustrator, Photoshop, Canva, and cantikkan gambar guna AI.
- Pengetahuan asas dalam rekaan grafik. Sekurang-kurangnya tahu tentang kontras, hierarki, dan sebagainya.
- Boleh berkomunikasi dan berbincang tentang rekaan dan garis masa dengan pelbagai bahagian.
- Boleh kerja sendiri dengan pengawasan yang sedikit.
Berminat? Hantar resume dan portfolio korang ke [email protected] hari ni jugak!
Penulis BM [Sepenuh Masa]
Pernah tak korang baca benda menarik kat Internet pastu fikir, kan best kalau ada orang tulis benda ni dalam BM supaya korang boleh share dengan member? Jadi orang tu! Sebagai penulis BM, korang akan bantu kitorang jadikan maklumat lebih terbuka bagi sebahagian besar rakyat Malaysia.
Tanggungjawab
- Bekerjasama dengan pasukan editorial untuk buat kajian dan tulis artikel, skrip video, serta teks infografik yang menarik bagi topik-topik yang pelbagai.
- Terjemah dan tulis semula kandungan Bahasa Inggeris kami kepada Bahasa Melayu.
- Buat kajian yang teliti dan semak fakta untuk pastikan kualiti maklumat yang diterbitkan.
- Cadangkan perspektif yang unik dan menarik untuk tangani isu-isu semasa.
- Sertai sesi perbincangan untuk kandungan editorial dan berbayar.
Kelayakan
- Fasih dalam BM dan Bahasa Inggeris – boleh tulis dalam BM secara santai, dan pada masa yang sama boleh faham maklumat dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
- Teliti dari segi kajian dan penulisan (ejaan, tanda bacaan, dll).
- Boleh memahami topik-topik yang rumit dan terangkan balik dengan cara yang mudah sampaikan budak sekolah rendah pun boleh faham.
- Boleh berfikir secara kritis dan adil, dan ada logik akal. Paling penting, boleh bezakan antara fakta dan pendapat.
- Markah tambahan kalau boleh buatkan editor gelak kat korang.
Berminat? Hantar resume dan contoh penulisan korang ke [email protected] hari ni jugak!
Editor Video [Sepenuh Masa]
Korang suka tengok video kat media sosial, dan ada idea untuk jadikan video-video tu lagi best? Kami nak korang! Sebagai editor video untuk Soscili, korang akan menzahirkan idea-idea video korang ke dunia nyata, dengan sokongan editor berpengalaman kami.
Tanggungjawab
- Sunting video untuk platform media sosial macam TikTok, YouTube, Instagram dan Facebook.
- Berbincang dengan pasukan Editorial untuk idea konten dan pelaksanaan.
- Cakna dengan trend-trend media sosial.
- Boleh host dan muncul dalam video kitorang.
Kelayakan
- Ada Ijazah/Diploma dalam Mass Communication, Media/Film, Multimedia atau bidang-bidang berkaitan.
- Handal menggunakan Adobe Premiere Pro, Adobe Photoshop dan Capcut.
- Tahu serba sedikit tentang produksi, dan ada pengetahuan asas tentang cara guna kamera (DSLR, Mirrorless, etc.), pencahayaan, dan audio.
- Fasih berbahasa Inggeris dan Melayu (bercakap dan menulis)
- Ada pengangkutan sendiri.
Berminat? Hantar resume dan portfolio korang ke [email protected] hari ni jugak!