Tukar seting audio pada Apple TV
Pada Apple TV, anda boleh melaraskan seting audio secara sementara semasa main balik, atau anda boleh membuat pelarasan dalam Seting untuk mengesetkan keutamaan lalai anda.
Tukar seting audio semasa main balik
Anda boleh melaraskan seting audio Apple TV tertentu semasa video atau audio sedang bermain.
Semasa main balik, tunjukkan kawalan main balik, kemudian pilih .
Pilih pilihan audio daripada menu timbul:
Tingkatkan Dialog: Pilih Tingkatkan Lagi untuk menjadikan dialog lebih menonjol (ini mungkin menukar campuran audio asal), Tingkatkan untuk menjadikan dialog lebih menonjol dengan kesan minimum kepada campuran audio asal, atau Tak Aktif.
Petua: Untuk kejelasan yang maksimum, anda boleh menambahkan Asingkan sebagai pilihan menu dengan mengaktifkannya dalam Seting Kebolehcapaian. Lihat Tambah Pengasingan Suara sebagai pilihan Tingkatkan Dialog pada Apple TV.
Kurangkan Bunyi Kuat: Kurangkan paras bunyi secara keseluruhan dengan mengurangkan julat dinamik supaya muzik lantang dan kesan bunyi tidak sekuat bunyi lain.
Trek Audio: Aktifkan perihalan audio (AD) atau pilih bahasa yang anda ingin bertukar.
Nota: Pilihan tersedia bergantung pada perkara yang dimainkan, speaker atau fon kepala yang digunakan, dan model Apple TV yang anda ada.
Untuk menutup menu timbul, tekan atau pada kawalan jauh anda.
Setkan keutamaan seting audio lalai
Secara lalai, Apple TV menggunakan format audio terbaik yang tersedia, termasuk Dolby Atmos jika peralatan audio anda menyokongnya. Anda boleh melaraskan format audio anda secara manual serta seting audio lain yang berkaitan dengan bahasa, kesan bunyi dan banyak lagi.
Pergi ke Seting pada Apple TV.
Pergi ke Video dan Audio, kemudian laraskan mana-mana seting yang disenaraikan di bawah.
Nota: Sesetengah pilihan hanya kelihatan jika ia disokong oleh TV anda.
Pilihan
Perihalan
Output Audio
Pilih untuk memainkan audio menerusi speaker TV anda atau fon kepala atau speaker lain.
Apple TV 4K: Jika anda menyambungkan satu atau dua speaker HomePod ke Apple TV untuk bunyi keliling teater rumah, semua audio, termasuk klik navigasi, dihalakan ke speaker HomePod. Lihat Gunakan HomePod untuk bunyi stereo dan teater rumah pada Apple TV.
Format Audio
Untuk menyahaktifkan Dolby Atmos, pilih Format Audio, kemudian nyahaktifkan Dolby Atmos.
Jika anda mengalami masalah main balik dengan peralatan yang hanya menyokong format audio khusus, pilih Tukar Format dan pilih sama ada Dolby Digital 5.1 atau Stereo.
Tingkatkan Dialog
Pilih seting lalai untuk main balik filem dan rancangan TV. Tingkatkan Lagi menjadikan dialog lebih menonjol, tetapi mungkin menukar campuran audio asal, Tingkatkan menjadikan dialog lebih menonjol dengan kesan minimum kepada campuran audio asal dan Tak Aktif menyahaktifkan peningkatan dialog.
Nota: Untuk kejelasan yang maksimum, anda boleh menambahkan Asingkan sebagai pilihan menu dengan mengaktifkannya dalam Seting Kebolehcapaian. Lihat Tambah Pengasingan Suara sebagai pilihan Tingkatkan Dialog pada Apple TV.
Kurangkan Bunyi Kuat
Hidupkan untuk mengurangkan paras bunyi secara keseluruhan untuk semua audio dengan mengurangkan julat dinamik.
Klik Navigasi
Aktifkan untuk mendengar klik apabila menavigasi ke item berbeza dalam Apple TV.
Kesan Bunyi dan Muzik
Aktifkan untuk mendengar kesan bunyi semasa melaksanakan tindakan pada Apple TV seperti membuka atau menutup app.
Mod Audio
Pilih Auto untuk membenarkan Apple TV bertukar ke mod audio untuk output audio terbaik secara automatik. Pilih 16 bit jika TV anda memerlukan audio 16 bit.
Bahasa Audio
Pilih Auto untuk membenarkan video bermain secara automatik dalam bahasa lalai atau asalnya. Pilih bahasa berbeza untuk mendengar audio yang dialih suara dalam bahasa itu apabila tersedia.