Bank Simpanan Nasional (Bahasa Inggeris: National Savings Bank) (BSN) ialah sebuah bank milik kerajaan yang berpusat di Malaysia. BSN menawarkan perkhidmatan perbankan melalui cawangan BSN dan Agen Perbankan BSN (EB BSN). BSN telah diperbadankan pada 1 Disember 1974 di bawah Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.
Bank BSN merupakan salah satu bank yang mempunyai pelanggan yang ramai, oleh itu BSN sentiasa berusaha untuk memberikan kemudahan transaksi kepada pelanggannya.
BSN telah melancarkan perkhidmatan perbankan internet melalui aplikasi myBSN. Iaitu perkhidmatan perbankan internet daripada BSN yang mempunyai pelbagai faedah seperti semakan baki, pemindahan, pembayaran dan pembelian yang boleh dilakukan hanya melalui telefon pintar/laptop Anda tanpa perlu meluangkan masa ke pejabat BSN.
Bagi Anda sebagai pelanggan Bank BSN yang mungkin tiada akaun BSN online (myBSN). Di kesempatan ini kami akan cuba kongsikan panduan cara daftar BSN online untuk Anda.
Apa itu myBSN?
MyBSN ialah portal internet yang mengandungi segala-galanya tentang BSN termasuk maklumat syarikat dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.
Terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan dengan MyBSN seperti di bawah:
- Pertanyaan Baki.
- Pemindahan Dana.
- Pembayaran Bil.
- Pembayaran Kad Kredit.
- Pembelian SSP.
- Pembelian Pin.
- dan banyak lagi.
Cara Daftar BSN Online Dengan Mudah (First Time User myBSN)
Sebelum mendaftar BSN online (myBSN), pastikan Anda mempunyai syarat-syarat berikut:
- Anda mempunyai Debit/Credit Card Number.
- Anda mempunyai Debit/Credit Card Number PIN (Debit Card Only).
- Nombor telefon Anda sudah terdaftar di bank BSN (Daftar segera jika anda belum melakukannya).
Sekiranya Anda telah memenuhi terma/syarat di atas, sila ikuti langkah-langkah cara daftar BSN online (myBSN) di bawah:
- Sila layari laman web MyBSN online banking di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/
- Kemudian klik Register.
- Sila baca Terms & Conditions terlebih dahulu, kemudian pilih Accept dan tekan butang Next.
- Seterusnya, sila masukkan nombor Debit / Credit Card, CVV2 dan Expiry Date kad.
- Masukkan juga IC Number atau Passport Number atau Military No.
- Kemudian cipta ID Pengguna dan Password yang Anda inginkan.
- Setelah itu, kod OTP akan dihantar ke nombor telefon Anda melalui SMS. Sila Anda masukkan kod tersebut untuk meneruskan pendaftaran.
- Lalu pilih Online Image yang Anda mahu.
- Tahniah, cara daftar BSN online telah berjaya.
Nota: Jika Anda mendapat mesej bahawa permintaan Anda tidak dapat diproses, ini mungkin kerana Anda mungkin pernah mendaftar untuk BSN online sebelum ini tetapi tidak berjaya/gagal. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menghubungi 1 300 88 1900. Nombor ini adalah nombor untuk pengesahan sekali dalam meneruskan transaksi perbankan online Anda.
Dan jika semasa proses pendaftaran Anda tidak mendapat kod OTP, boleh jadi kerana nombor telefon Anda belum didaftarkan di Bank BSN. Penyelesaiannya adalah Anda boleh datang ke pejabat cawangan BSN yang berhampiran untuk memperbaharui nombor telefon bimbit lama Anda dengan yang baharu (daftarkan nombor Anda yang masih aktif digunakan).
Baca juga: Panduan cara daftar Agrobank online.
Cara Login BSN Online
Jika Anda telah berjaya mendaftar BSN secara online dan Anda sudah mempunyai akaun myBSN, Anda boleh login untuk mencuba pelbagai perkhidmatan aplikasi myBSN.
- Sila layari laman web MyBSN online banking di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/
- Kemudian klik Login > myBSN.
- Seterusnya, masukkan Username dan Password kemudian klik Login.
- Tahniah, sekarang Anda berjaya login ke system myBSN.
Sila lihat ulasan yang lebih lengkap tentang: Cara login BSN online.
Faedah myBSN
Antara kelebihan aplikasi myBSN online bank yang Anda boleh dapat:
- Cek saldo akaun BSN, bayar bil, transfer duit, print bank statement BSN dan banyak lagi mengikut kehendak Anda sendiri.
- Tidak perlu lagi beratur di bank.
- Urus niaga dalam talian yang selamat.
Dengan mengetahui cara daftar BSN online, Anda kini dapat membuka akaun bank BSN dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu pergi ke cawangan bank.
Pastikan Anda mematuhi semua syarat dan langkah-langkah yang diberikan oleh bank untuk memastikan pendaftaran anda berjalan lancar.
Segera daftarkan akaun bank BSN Anda hari ini untuk menikmati pelbagai perkhidmatan perbankan yang disediakan oleh bank. Terima kasih kerana telah membaca artikel cara daftar BSN online ini.