Academia.eduAcademia.edu

ADAB MAKAN

Key takeaways

  1. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan o Setiap murid mencabut satu undi dan guru hendaklah memastikan satu kumpulan terdiri daripada pelbagai kaum.
  2.  Setiap kumpulan hendaklah mempunyai murid yang pelbagai budaya.
  3. o Guru menyediakan kertas sebak/ mahjong kepada setiap kumpulan o Murid secara kumpulan dikehendaki mencari persamaan dan perbezaan adab makan yang telah mereka pelajari  Wakil kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
  4.  Guru membimbing dan menyemak hasil kerja murid.
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Matapelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tema : Kenali Budaya Malaysia Tajuk : Kenali dan Apresiasi Adab Sosial Warisan Budaya Malaysia Sub Tajuk : Adab Makan Tarikh :18 Februari 2010 Masa : 8.30 pagi-9.30 pagi Tahun : 4 Kencana Bilangan Murid : 30 Orang (14 lelaki dan 16 perempuan) Pengalaman Sedia Ada : Murid membesar dalam latar belakang sosiobudaya masing-masing. Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: Mengenalpasti warisan budaya setiap kaum Membandingbezakan adab-adab makan setiap kaum Menyenaraikan amalan budaya kaum lain. Penerapan Nilai : Menghormati amalan budaya kaum lain Memupuk kesedaran terhadap nilai positif yang dibawa dalam setiap budaya Menggalakkan kerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Pengajaran : KBKK Kecerdasan Pelbagai Koperatif Kajian Masa Depan Kontekstual Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) Tayangan video bertajuk “Amalan Kunjung-Mengunjung di Kampung” Guru menunjukkan tayangan video tentang aktiviti masyarakat bertajuk “Amalan Kunjung-Mengunjug di Kampung.” KBKK Langkah 1 (10 minit) Perbincangan tentang adab-adab makan setiap kaum Kaum Cina menggunakan Chopstick ketika makan Kaum Melayu dan India menggunakan tangan ketika makan Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid Murid diminta memilih adab-adab makan setiap kaum dengan betul Guru meminta murid mengenalpasti adab makan setiap kaum. Guru berbincang dan menerangkan adab makan bagi setiap budaya Rujuk lampiran A Kecerdasan Pelbagai - interpersonal Langkah 2 (10 minit) Demonstrasi adab makan masyarakat Malaysia - Murid Melayu mendemonstrasikan adab makan kaum India, -Murid Cina mendemonstrasikan adab makan kaum Melayu, -Murid India pula mendemonstrasikan adab makan kaum Cina. Beberapa orang wakil murid dikehendaki mendemonstrasikan adab makan masyarakat Malaysia Guru membimbing murid untuk melakukan demonstrasi adab makan masyarakat Malaysia. Rujuk lampiran B Kecerdasan Pelbagai - kinestetik Langkah 3 (15 minit) Praktik adab makan Guru meminta murid membawa makanan tradisional kaum masing-masing. Murid bertukar makanan dan makan mengikut adab jenis makanan tradisional tersebut. Rujuk lampiran C Kontekstual Langkah 4 (15 minit) Membandingbeza adab makan Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan mengikut nama kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Murut dan Kadazan. Setiap kumpulan mempunyai murid yang pelbagai budaya. Guru meminta murid membandingbezakan adab-adab makan setiap kaum. Wakil kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru membimbing dan menyemak hasil kerja murid. Rujuk lampiran D Koperatif Kecerdasan Pelbagai - interpersonal -verbal-linguistik KBKK Penutup (5 minit) Rumusan tajuk pelajaran. Guru membuat rumusan tentang tajuk kenali dan apresiasi adab sosial warisan budaya Malaysia. Murid diminta meramalkan masyarakat yang tidak mempunyai adab dalam sistem sosial mereka. Kajian Masa Depan 4.1 Lampiran A Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid Aktiviti dilakukan secara individu Dilakukan untuk menguji kefahaman awal murid terhadap budaya lain Murid diminta memilih adab-adab makan setiap kaum dengan betul Murid perlu memilih adab makan setiap kaum berdasarkan gambar yang ditunjukkan Guru meminta murid mengenalpasti adab makan setiap kaum. Berdasarkan lampiran kerja yang diberi murid-murid perlu mengecam gambar dan menjawab soalan mengikut pengalaman sedia ada murid. Guru berbincang dan menerangkan adab makan bagi setiap budaya Guru membincangkan latihan bersama-sama murid. Mengapa kaum Cina menggunakan Chopstick ketika makan? Apakah persamaan adab makan kaum Melayu dan Kaum India? 4.2 Lampiran B Beberapa orang wakil murid dikehendaki mendemonstrasikan adab makan masyarakat Malaysia Guru memilih beberapa orang wakil murid untuk menunjukkan cara makan mengikut adab setiap kaum Tiga orang wakil murid Melayu melakukan demonstrasi adab makan kaum India Tiga orang wakil murid India melakukan demonstrasi adab makan kaum Cina Tiga orang wakil murid India melakukan demonstrasi adab makan kaum Melayu Guru membimbing murid untuk melakukan demonstrasi adab makan masyarakat Malaysia. Guru membetulkan cara murid-murid melakukan demonstrasi adab makan tersebut 4.3 Lampiran C Guru meminta murid membawa makanan tradisional kaum masing-masing. Guru meminta murid membawa makanan tradisional pada minggu lalu Murid bertukar makanan dan makan mengikut adab jenis makanan tradisional tersebut. Murid Melayu bertukar makanan dengan murid Cina dan murid India Murid Cina bertukar makanan dengan murid Melayu dan murid India Murid India bertukar makanan dengan murid Melayu dan murid Cina Mana-mana murid yang mendapat makanan kaum Melayu dikehendaki makan dengan adab makan kaum Melayu begitu juga dengan makanan kaum Cina dan kaum India. 4.4 Lampiran D Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan mengikut nama kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Murut dan Kadazan. Guru menyediakan kertas undian yang tertulis Melayu, Cina, India, Iban, Murut dan Kadazan pada setiap kertas undi. Setiap murid mencabut satu undi dan guru hendaklah memastikan satu kumpulan terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap kumpulan hendaklah mempunyai murid yang pelbagai budaya. Guru meminta murid membandingbezakan adab-adab makan setiap kaum. Guru menyediakan kertas sebak/ mahjong kepada setiap kumpulan Murid secara kumpulan dikehendaki mencari persamaan dan perbezaan adab makan yang telah mereka pelajari Wakil kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru membimbing dan menyemak hasil kerja murid. Guru menilai dan memberikan markah kepada setiap kumpulan yang berjaya mempersembahkan hasil kerja mereka dengan baik dan kerjasama dalam kumpulan yang ditunjukkan.