Jumlah pengambilan perajurit muda tidak akan dikurangkan meskipun negara sedang berdepan pandemik COVID-19, kata Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zamrose Mohd Zain.
Bagaimanapun, beliau berkata bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) termasuk aspek penjarakan sosial di bilik penginapan dipatuhi, siri pengambilan dikurangkan daripada empat siri setahun kepada dua siri.
"Tiada pengurangan pengambilan perajurit muda dan ia masih kekal 2,000 orang bagi setiap siri pengambilan.
"Namun, kali ini kemasukan bagi siri kedua hanya dibuat pada Ogos depan. Kami habiskan dahulu tempoh latihan selama enam bulan untuk satu siri kemasukan kemudian barulah akan ada kemasukan siri baharu," katanya kepada pemberita selepas acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Diraja Malaysia Lelaki Siri 191/19 di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Zamrose berkata acara perbarisan tamat latihan yang melibatkan 1,782 perajurit muda hari ini diadakan dalam kelaziman baharu dengan setiap anggota perbarisan memakai penutup mulut bercorak celoreng selain jarak anggota yang berbaris lebih jauh berbanding biasa.
Tambahnya, buat pertama kali, ahli keluarga anggota juga tidak dibenarkan hadir dan hanya melihat acara perbarisan yang dibahagikan kepada dua sesi melibatkan 891 anggota bagi setiap sesi itu, menerusi live streaming di media sosial.
"Acara ini merupakan tanda kenangan kepada mereka sebaik sahaja tamat latihan, sebab itu kami cuba sebaik mungkin mengadakan acara ini dengan mematuhi SOP ditetapkan," katanya.
Kesemua perajurit muda lelaki itu menamatkan latihan asas ketenteraan selepas menjalani latihan selama enam bulan yang bermula pada 22 Nov tahun lepas.
Pada acara itu, Muhamad Azumi Ibrahim, 21, dari Kamunting, Perak dianugerahkan Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik manakala Perajurit Muda Kawad Terbaik dinobatkan kepada Muhaymin Kadir Abd Min, 22, dari Semporna, Sabah.
Ijmal Aminy Mohamed Said, 23, dari Kuala Kangsar, Perak pula menerima anugerah Perajurit Muda Akademik Terbaik; Mohammad Noor Azrulhady Mohd Noor Azman, 20, dari Pasir Puteh, Kelantan (Perajurit Muda Kecergasan Jasmani Terbaik) dan Mohammad Ikhmal Jafpree, 24, dari Batu Pahat, Johor (Perajurit Muda Penembak Terbaik).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020
Acara perbarisan yang dibahagikan kepada dua sesi itu disiarkan secara live streaming di media sosial. -Bernama
Salji tebal, hujan lebat landa UK
Perkhidmatan meteorologi kebangsaan UK melaporkan bahawa hujan ais dan salji tebal yang mencair boleh menyebabkan banjir di beberapa tempat.
Inisiatif berani diperlukan pulih hubungan AS-China, kata pakar
Inisiatif berani dan berfikiran ke hadapan diperlukan untuk memulihkan hubungan Amerika Syarikat (AS)-China.
Lagi rakyat Malaysia ditahan di Thailand bersama dadah
Perkembangan tangkapan seorang lelaki warga Malaysia ditahan di Sungai Golok, bersama pelbagai jenis dadah.
[TERKINI] Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga malam ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 9 malam ini.
Deretan 14 rumah hangus, tinggal sehelai sepinggang
Kebakaran sederet 14 rumah di Kampung Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Tanjung Dawai, pada awal pagi Ahad, kini berulang.
30 tahun berlalu, akibat kebakaran pernah memusnahkan sederet rumah nelayan yang terletak di Kampung Tepi Laut.
30 tahun berlalu, akibat kebakaran pernah memusnahkan sederet rumah nelayan yang terletak di Kampung Tepi Laut.
Tiga pembekal masing-masing didenda RM10,000 miliki barang kawalan tanpa lesen
Tiga pembekal minyak masak dan diesel masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki barangan kawalan tanpa lesen sah pada 2023.
Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga malam ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 9 malam ini.
AWANI Borneo [5/01/2025] – Tunggu PRU | Gelap & Tidak Berturap | Tunggu Enam Tahun
Tumpuan AWANI Borneo 5 Jan 2025 bersama Assim Hassan
- Biar Anwar pimpin kerajaan sehingga tamat penggal - Abang Johari
- Jalan raya rosak teruk, keselamatan penduduk jadi taruhan.
- Impian pembeli Borneo Samariang Garden tidak kesampaian.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Biar Anwar pimpin kerajaan sehingga tamat penggal - Abang Johari
- Jalan raya rosak teruk, keselamatan penduduk jadi taruhan.
- Impian pembeli Borneo Samariang Garden tidak kesampaian.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Suara Rakyat: Impian pembeli rumah Sentoria Borneo Samariang Garden terus tidak kesampaian
2025 telah pun membuka tirai, namun impian pembeli rumah Sentoria Borneo Samariang Garden, Kuching untuk berpindah ke rumah baharu terus tidak kesampaian apabila rumah yang dijanjikan masih belum siap.
Suara Rakyat: Jalan raya rosak teruk, keselamatan penduduk jadi taruhan
Selepas aduan mengenai jambatan usang, penduduk Kampung Tambun kini meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan jalan raya utama yang didakwa semakin teruk dan tidak dibaik pulih.
Pokok pangkalnya, keselamatan lebih 500 penduduk menjadi taruhan.
Keluar masuk melalui jalan yang serba daif itu.
Pokok pangkalnya, keselamatan lebih 500 penduduk menjadi taruhan.
Keluar masuk melalui jalan yang serba daif itu.
JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.