MENJELANG Hari Gawai yang bakal tiba, pelbagai persiapan pastinya sedang diatur bagi memeriahkan sambutan terbesar di Sarawak itu.
Persediaan bukan sahaja merangkumi acara ketika Hari Gawai, malah persediaan daripada segi makanan pasti telah bermula sejak awal bulan ini.
Ini kerana masyarakat Dayak amat menitikberatkan tetamu yang bakal disambut ketika Hari Gawai. Simpanan makanan haruslah mencukupi kerana sanak-saudara dan kaum keluarga yang datang dari jauh pastinya ramai dan semuanya akan sibuk meraikan sambutan itu.
Berikut ialah antara senarai makanan dan kuih tradisi menarik yang boleh didapati pada Hari Gawai:
1. Kuih Acuan
Nama panggilannya mungkin berbeza mengikut daerah. Ada yang memanggilnya Kuih Bunga Ros dan ia memang terkenal dalam kalangan masyarakat Iban.
Rasanya manis dan ranggup. Bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada tepung beras, santan dan kelapa.
2. Kuih Sarang Semut/ Penganan Jala/ Sarang Engkerawai
Kuih ini sememangnya terkenal. Terutamanya ketika Gawai dan Krismas. Boleh didapati dengan mudah ketika anda berkunjung ke rumah panjang untuk meraikan sambutan Gawai.
Kuih ini antara hidangan menarik yang disajikan kepada tetamu. Ini mungkin versi kuih jala, namun ia ranggup.
Ketelitian dan kesabaran amat diperlukan ketika proses pembuatannya.
3. Penganan Chuan/ Penyaram
Antara campuran utamanya adalah tepung beras dan gula nila. Bahan-bahan adunannya lebih kurang sama dengan Kuih Sarang Semut, namun teknik pembuatannya berbeza.
Kelembutan dan rasa manisnya sesuai dijadikan santapan waktu petang.
Menariknya, kuih ini juga ada ketikanya dipersembahkan bersama-sama kuih lain di atas piring bagi upacara Miring.
Selain itu, pansuh dan tuak juga antara yang sinonim dengan masyarakat Dayak.
Nantikan perkongsian selanjutnya!
Nickyson Nyambar
Sat May 18 2019
Kuih tradisi akan dihidangkan untuk menambat tetamu atau temuai yang datang berkunjung
'Tiba masa wujudkan CEO FAM'
Afizal menyifatkan kewujudan posisi itu kelak akan merancakkan lagi proses pembaharuan ekosistem bola sepak negara secara keseluruhan.
Ketua perisikan Syria umum bubarkan institusi kejam era Assad
Anas Khattab mengumumkan rancangan untuk membubarkan institusi keselamatan yang dahulunya sangat digeruni.
Srikandi Bersatu desak PDRM segera siasat Hannah Yeoh
Nolee Ashilin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha yang mengancam keharmonian dan kestabilan negara.
Polis tahan suspek pukul lelaki di kedai makan
Menurut polis, punca kejadian berkaitan perselisihan faham isu peribadi dan tiada kaitan dengan isu perkauman.
'Sampai bila Kedah FC nak berhutang, pemain ada anak bini nak tanggung'
Miza mendakwa suaminya sudah tidak menerima gaji selama sembilan bulam dan meminta kelab ditutup jika sudah tidak mempunyai kewangan.
Prabowo arah kos haji 2025 lebih murah
Prabowo meminta supaya usaha merasionalkan kos itu dibuat tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji.
Benteng takungan air pecah: Penduduk dengar dentuman kuat
Hafifi tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan dalam rumahnya berikutan kejadian berlaku amat pantas dan air yang deras.
Insiden Jeju Air disifat nahas udara terburuk di Korea Selatan
Kemalangan itu berpunca daripada kerosakan gear pendaratan yang mungkin disebabkan oleh serangan burung dan cuaca buruk.
Pelancong maut diserang ikan yu di Mesir
Seorang pelancong maut dan seorang lagi cedera dalam serangan ikan yu di pusat peranginan Laut Merah Mesir di Marsa Alam.
ASEAN komited untuk penglibatan bermakna dengan semua rakan kongsi, termasuk Iran
Duta Besar Malaysia ke Iran telah menekankan komitmen tidak berbelah bahagi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) terhadap penglibatan konstruktif dengan semua rakan kongsi, termasuk Iran.
Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong
Isu ketiadaan mesin ATM di kawasan itu hangat diperkatakan apabila penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh demi khidmat perbankan ini.
RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak
Peruntukkan ini dilaksana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sebagai langkah proaktif Sarawak dalam menyelesaikan masalah bekalan air.
Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang
Bertemakan Glow Tree of Life, tikar ini dihasilkan oleh Abot Gudang dengan kerjasama komuniti Bidayuh di Serikin, Sarawak.
"Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu..."
Penyakit dihidapi membuatkan Aunty Ngu tidak kuat mencari rezeki sehingga memaksanya untuk bergantung harap dengan ihsan orang ramai.
Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB
Tindakan keluar parti 200 ahli PSB Ngemah, Sibu dilihat sebagai tamparan hebat buat PSB meneliti semula kepimpinan di akar umbi.
Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak
Dua menara akan dibina untuk memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat Dayak di Sarawak
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS dilengkapi pam minyak, tempat pengisian gas hidrogen serta kemudahan mengecas kenderaan hybrid, seiring usaha ke arah teknologi hijau.
COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI
Tindakan ini susulan daripada kes positif COVID-19 melibatkan dua warga Indonesia seperti yang dilaporkan oleh JPBN pada Khamis.
JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 dan pasukan pengesanan kontak rapat.
COVID-19: Satu kes import di Sarawak, dua kluster kekal aktif
Satu kes yang dilaporkan pada hari ini dicatatkan di Kota Samarahan. Kes tiba dari Kota Kinabalu, Sabah.