D163 - Durian Hor Lor

D163 - Durian Hor Lor




Menurut PVPM Buah D163 Hor Lor berbuah sederhana besar dan bentuk bujur panjang. Ulas sederhana tebal, pejal, berwarna kuning, iranya halus dan mutunya sangat baik. Rasanya lemak manis.

Merujuk kepada Infografik di atas, gambar dikongsikan oleh saudara Zaman Jamil menunjukkan buah D163 Hor Lor bersaiz sederhana yang buahnya tidak begitu lonjong namun bentuk labu masih kelihatan ketara. Perbezaan dengan gambar buah bersaiz besar ini amat bergantung kepada lokasi penanaman, kaedah penjagaan dan ianya turut mempengaruhi warna isi durian itu sendiri. 



Berikut adalah gambar durian D163 Hor Lor yang dimuat naik oleh Ah Seng Durian menunjukkan buah bersaiz besat dengan bentuk labu yang amat jelas dan sedikit lonjong. Selain daripada itu, warna juga kelihatan lebih kuning.


Sememangnya kualiti dan perbezaan warna isi dan kualiti buah ini boleh terjadi namun ciri-ciri asal buah seperti bentuk labu, duri, pangkal dan pangsa tetap dilihat sama untuk setiap buah yang berbeza. Ini dibuktikan dengan gambar buah yang dimuat naik oleh Bangi Golf Resort Durian Festival and Awards seperti berikut :


Oleh yang demikian, identiti yang mudah untuk mengingati durian ini ialah pada bentuk isinya yang 'Ramping' bagi buah bersaiz besar, manakala bagi buah bersaiz kecil atau sederhana dapat dilihat pada bentuk pangkal yang sedikir membonjol seperti labu, dan duri bertapak besar serta jarang. 

Sekiranya anda ingin menyumbang gambar untuk melengkapkan infografik di atas, sila   sila klik link ini Semoga sumbangan anda dapat memeriahkan lagi industri durian negara yang kian mendapat tempat di dalam dan luar negara. 
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top