Bukan mudah nak buang ketuat kalau tak kena dengan caranya. Ia tidak boleh dicungkil macam itu saja. Bimbang ada jangkitan lain yang terjadi.

Masalah ketuat ini boleh berlaku sama ada di tapak kaki ataupun di telapak tangan. Apabila ia terjadi, pasti anda ingin membuangnya kerana rasa tidak selesa apabila timbul rasa keras pada permukaan kulit.

Menurut Wikipedia, ketuat merupakan sejenis penyakit kulit di mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ia boleh merebak melalui sentuhan dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Runsing dengan kehadiran ketuat ini dan takut ia semakin merebak, seorang pengguna Facebook bernama Hanis Samsuddin telah berkongsi cara-cara menghilangkan ketuat yang hanya boleh dilakukan di rumah. Dengan menggunakan 4 bahan, caranya juga cukup mudah. Jom ikuti perkongsiannya.

(Cara Hilangkan Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah)

? Kongsikan untuk kebaikan semua ?

Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?

Apakah punca ketuat?

>> Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.

Bagaimana nak hapuskan ketuat?

>> Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.

[Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat]:

Wanita Kongsi Cara Buang Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Guna 4 Bahan Je!

Apple Cider Vinegar – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.

Ads

Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.

Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.

Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.

Mari lihat pada gambar di bawah untuk mengikuti langkah Rawatan Membuang Ketuat. Selamat mencuba ?

1. ☝Contoh balutan plaster pada jari.

Wanita Kongsi Cara Buang Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Guna 4 Bahan Je!

2. ☝Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat). ☝Basahkan kapas dengan cuka, letak atas ketuat dan plaster. ☝Biarkan semalaman.

Ads

Wanita Kongsi Cara Buang Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Guna 4 Bahan Je!

3. ☝Ketuat yang tidak disapu Vaseline. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan ada menyapu Vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.

Hari ketiga: ☝Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedu,a tiada rase pape sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rase sedikit pedih.

Wanita Kongsi Cara Buang Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Guna 4 Bahan Je!

4. ☝Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel² ketuat mula mati dimakan asid.

Wanita Kongsi Cara Buang Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Guna 4 Bahan Je!

Ads

5.☝Kelihatan ketuat dah mati.

Wanita Kongsi Cara Buang Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Guna 4 Bahan Je!

6. ☝Apabila ketuat jadi macam ni, boleh la korek sikit demi sedikit.

Wanita Kongsi Cara Buang Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Guna 4 Bahan Je!

7. ☝Ketuat yang berjaya dikorek.

Wanita Kongsi Cara Buang Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Guna 4 Bahan Je!

8. Kesan sekitar ketuat sudah kering.

Wanita Kongsi Cara Buang Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Guna 4 Bahan Je!

9. Ketuat sudah hilang.

Wanita Kongsi Cara Buang Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Guna 4 Bahan Je!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI