ISKANDAR PUTERI, 21 April 2022 – 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor telah mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. Majlis angkat sumpah tersebut diadakan di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu dilantik YB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi didahului oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (BN-Machap) diikuti dengan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan seterusnya disusuli oleh barisan ADUN Johor. YB Datuk Samsolbari Jamali (BN-Semarang) pula dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Johor.
Tahniah dan syabas
kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Dewan Negeri Johor Bagi Penggal Ke-15
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor
#KeepJohorSafe
#BerdiriBersamaJohor
#KeluargaMalaysia
#DKNmy
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
Sumber: Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor