Ada yang keliru dengan harga emas 1 gram Public Gold. Ini kerana terdapat beberapa jenis keluaran (design) dan cara belian pun lain²
Kali ini saya cuba ungkaikan 2 perkara dalam belian simpanan gold bar 1 gram ini. Ada 2 perkara yang perlu kita faham sekiranya mahu membeli emas 1 gram dari Public Gold.
#1 – Cara Belian
Di Public Gold, ada 3 cara belian semuanya;
- Outright Purchase – Kita buat order di website, buat bayaran secara online (FPX) dan collect di branch atau minta diposkan (bayaran tambahan)
- EPP – Kita order di website, buat bayaran pertama dan sistem akan paparkan jadual bayaran bulanan. Setelah selesai bayaran, kita boleh collect di branch atau minta diposkan
- GAP, Gold Accumulation Program – Kita kumpul emas sikit² dalam akaun emas dan bila² masa kita withdraw (keluarkan di branch) atau minta diposkan (GIT)
Sebagai tambahan, ada juga beberapa produk emas Public Gold yang kita boleh beli di PG Mall.
Jadi untuk kita membeli sekeping emas bar 1 gram, kita boleh gunakan #1, #3 ataupun order terus di PG Mall. Harga pula lain² dan ini telah saya hurai kelebihan membeli emas dengan akaun emas GAP (berbanding retail)
#2 – Design Gold Bar 1 gram
Public Gold sepanjang masa ada mengeluarkan emas bar 1 gram “standard”. Ini biasanya kita panggil design “Classic”, dan edisi ini sudah di-revise 2 kali tak silap saya.
Namun, kadang² Public Gold juga ada mengeluarkan emas 1 gram “Limited Edition” dan design pada kad ketulenannya adalah berbeza². Kenapa ia terhad? kerana pengeluarannya terhad kadang² sehingga 10,000 keping sahaja.
Ada pula design kadnya bersempena dengan peristiwa khas, contohnya sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, sambut bayi, pengantin baru dsb. Juga pengeluaran terhad, dan ada yang boleh kita withdraw dari GAP.
#3 – Emas 1 gram “RARE”
Ini sebenarnya, hype yang timbul di kalangan warga pengumpul. Sama macam pengumpul syilling lama, dalam komuniti pengumpul emas, kadangkala terdapat “keistimewaan” pada design kad emas 1 gram ini sehingga menjadi rebutan.
Pastinya, bila ada demand harganya kadang kala boleh cecah harga yang tak masuk akal. Ada yang mencari no siri special, no siri timbul, kad design lama yang susah dicari, emas dalam seal yang boleh “goncang”, ralat pada design kad (cetakan, laminate dsb)
Apapun, tentukan dahulu posisi kita sebelum mahu membeli emas. Jika baru sahaja memulakan simpanan emas, target kumpul berat sahaja dulu. Fokus kepada target pertama kita, contohnya “Dalam masa 6 bulan pertama, saya mahu mendapatkan 1 dinar”.
Setelah selesa dan faham, terpulang saja. Memang ada manusia, naluri dia suka kumpul barang. Saya contohnya, memang suka mengumpul emas. Hobi ini nampak gila, namun hakikatnya duit saya “terselamat” juga dari dibelanjakan ke minat saya yang lain.
Tepuk dada tanya selera saja, begitulah.