Sate sememangnya menjadi makanan kegemaran ramai. Ada sate daging, sate ayam, sate rusa dan pelbagai lagi. Cicah pula dengan kuah kacang, berulamkan timun dan bawang merah yang dihiris. Sedapnya.
Tapi, lagi sedap kalau buat sendiri. Lebih-lebih lagi untuk menjamu keluarga besar, buat family gathering ataupun jamuan meraikan sesuatu perayaan. Seronok juga mencucuk sate beramai-ramai dengan ahli keluarga dan bakar bersama-sama. Nikmati pula dengan kuah kacang. Sepuluh cucuk seorang pun belum tentu cukup.
Nak tahu resipi buat sate dan kuah kacang yang ringkas tapi sedap? Jom ikuti resipi perkongsian daripada Noorlaili Zainal ini. Cubalah. Pasti teringat-ingat keenakannya.
Cara mudah buat sosej homemade guna bahan segar dan paling penting tak perlu bahan pengawet. Sesuai untuk hidangan sekeluarga dan anak kecil. Jika kamu seorang ibu bekerjaya, resipi ini sangat sesuai dibuat untuk simpanan waktu-waktu kecemasan kerana ianya sudah cukup berkhasiat. Selamat mencuba.
SOSEJ HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Sebiji ubi kentang
4-5 ketul dada ayam
2 biji telur
Apa2 sayuran ( saya letak lobak & brokoli)
Sebiji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit lada sulah, lada hitam ( ikut rasa)
Garam
Tepung ubi 4 sudu dibancuh dengan setengah cawan air
CARA MEMASAK:
1.Campurkan kesemua bahan dan blendkan
2.Masukkan bahan bahan tadi kedalam plastik aiskrim.
3. Plastik aiskrim diikat kiri dan kanan.
4. Kemudian rebuskan dalam 5-8 minit & toskan.
5. Biarkan sejuk seketika (suhu bilik)
6. Goreng jika nak makan, selebihnya bole simpan dalam peti 😋
Hujung minggu sajian sebegini memang sesuai di sajikan untuk keluarga tercinta. Set lengkap nasi ayam sos lemon ini sangat lazat dan mudah disediakan, sekaligus melengkapkan hidangan makan tengahari kamu. Selamat mencuba.
Resipi Nasi Ayam Pusa Gold Planta
CARA MEMASAK:
Basuh beras dalam penapis.
Tumis Planta secukupnya. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis dan 3 sekawan.
Setelah bawang garing, masukkan 3 hirisan halia, 2 helai daun pandan dan 1 batang serai yang diketuk.
Masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau seketika sebelum ditutup apinya.
Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup secukupnya mengikut sukatan yang betul.
Masak nasi seperti biasa.
Selepas nasi masak, boleh tambahkan sedikit lagi Planta untuk rasa yang lebih sedap.
Resipi Sup Ayam Ringkas
Tumis 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis hingga kekuningan.
Masukkan 3 hirisan halia.
Masuk sekali 1 sudu besar serbuk lada sulah dan 1 kiub pati ayam.
Pilih sedikit bahagian ayam yang bertulang. Biarkan sehingga ayam mengeluarkan minyaknya sendiri.
Kemudian masukkan 5-6 cawan air.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam. Boleh masukkan bebola untuk penambahan rasa.
Tutup api selepas rasa sebati.
Resipi Air Cili
Kisar hancur 3 tangkai lada merah, 1 tangkai daun ketumbar dan 1/4 tomato
Masukkan dalam periuk. Tambahkan 2 senduk sup ayam. Guna api perlahan sahaja.
Tambahkan 3 sudu besar cili sos Thai dan 1/2 sudu halia parut.
Tambahkan garam gula sekiranya perlu.
Tutup api selepas sos mula mendidih perlahan.
Resipi Sos Kicap
Ambil 2 senduk sup.
Tambahkan 1/2 senduk kicap Jalen Lemak Manis dan 2 hirisan halia, 1 ulas bawang putih yang diketuk dan 1 sudu kecil sos ikan.
Tambahkan sedikit perasa.
Tutup api selepas sos mendidih perlahan.
Resipi Ayam Goreng Crispy
BAHAN-BAHAN:
Hiris nipis 1 ketul dada ayam
Perapkan bersama bahan dalam gambar ( gandakan untuk depan belakang )
1 sudu besar sunquick
1/2 sudu kecil kicap Jalen
1 titik sos ikan
secubit garam
secubit perasa
1/2 sudu kecil lada sulah
secubit lada hitam kisar
Lumurkan putih telur.
Lumurkan tepung goreng ayam depan belakang.
* boleh guna Tepung Bestari original/ tepung jagung dengan serbuk roti putih.
Perap selama 1 jam.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak.
Sebelum digoreng, golekkan lagi sekali dalam tepung ayam goreng kering.
* kalau nak kulit luar tebal, boleh ulang 2 kali.
Goreng dalam api sederhana perlahan sahaja supaya isinya tidak kering dan masak sekata.
Kepingan isi ayam goreng yang sedia untuk ditoskan.
Resipi Sos Madu Lemon
Cedok 2 senduk sup ayam. Masukkan dalam periuk lain.
Tambahkan 1/2 senduk sunquick dan 1/2 sudu besar perahan buah lemon.
Masukkan 1 sudu besar madu.
Tuang bancuhan air tepung jagung.
( 1 sudu besar tepung jagung +1 senduk sup ayam)
Masukkan secubit garam/ secukup rasa.
Masukkan hirisan lemon tanpa biji setelah kuah mula suam.
Resipi turun temurun adalah resipi yang selalu dimasak dan pelajari oleh seisi keluarga. Meminati soto, membuatkan Datin Fadzillah binti Mat Idin menghasilkan rempah sendiri. Baginya sesuatu yang sedap perlu dikongsi dengan orang ramai.
RASA bertuah kerana beliau sudi muncul dalam live di facebook majalah RASA bagi menunjukkan cara membuat Soto Tok Mak.
Tok Mak adalah panggilan mesra untuk Datin Fadzillah. Beliaulah Pengasas Rempah Soto Serbaguna Tok Mak dan Puding Raja Tok Mak. Aktif berniaga online di facebook dan instagram. Pernah viral dengan dua produk tersebut. Rempah sotonya menembusi pasaran luar negara seperti Arab Saudi, Abu Dhabi, Qatar, Jepun dan Korea Selatan. Sejak puding raja viral, beliau menjadi ikutan dan muncul peniaga puding raja di atas talian. Kini beliau aktif menjadi tenaga pengajar dan membuat personal class masakan.
Jom tengok resipi yang beliau hasilkan.
KUAH SOTO AYAM
BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 cm halia
3 biji buah keras
CARANYA: Kisar semua bahan dengan sedikit air menjadi semangkuk.
BAHAN LAIN
1 cawan minyak masak untuk menumis
3 sudu besar rempah soto
2 keping dada ayam
2 jag air
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Sedikit lada sulah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan rempah soto dan tumis lagi.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan santan. Perlahankan api. Biarkan sampai mendidih.
4. Masukkan garam dan lada sulah. Kacau sehingga benar-benar masak.
Inilah rempah Soto Tok Mak yang power tu.
BERGEDEL DAGING
BAHAN-BAHAN
500 gram daging
5 biji kentang
Sedikit garam
Sedikit daun bawang (racik halus)
Sedikit lada sulah
1 sudu kecil rempah sup
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur ayam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Kisar daging hingga lumat.
2. Potong kentang, gaul dengan garam dan goreng. Tunggu sejuk. Kemudian tumbuk lumat.
3. Gaul kentang yang sudah ditumbuk bersama daging, daun bawang, garam, lada sulah, rempah sup dan tepung gandum.
4. Bulatkan adunan dan celup ke dalam telur.
5, Panaskan minyak masak dan goreng adunan yang telah dibulatkan tadi.
6. Angkat dan toskan.
Bahan pelengkap hidangan soto.
Selamat mencuba!
Nak saksikan video masak Soto Tok Mak? Jom klik tengok LIVE di sini (Live Soto Tok Mak)