Penggemar Nasi Goreng yang pedas dan padu, mesti cuba resipi Nasi Goreng Cili Padiperkongsian saudari Har Ryeayang sangat ringkas ni. Bahan-bahannya sangat ‘simple’ dan kebanyakannya memang sedia ada di dapur kita. Jadi, jom masak menu ini untuk keluarga. Jika ada anak kecil, mungkin boleh kurangkan bilangan cili padinya. Selamat mencuba!
Asyik nasi goreng kampung je, apa kata kali ni kita cuba resipi nasi Goreng Ketam yang mudah dan rasa lain dari yang lain. Cara penyediaannya juga sangat mudah dan ringkas. Nama pun Nasi Goreng Ketam, haruslah ada isi ketam bukan crabsticks tau! Jangan derhaka resipi.
Buat sendiri di rumah lagi puas hati, nak letak extra isi ketam pun takde hal. Resipi penuh Nasi Goreng Ketam ini telah di kongsikan oleh Fizalgk.
Jom kita cuba resipi lengkap ini.
NASI GORENG KETAM
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar minyak masak 4 ulas bawang putih dicincang 1 biji telur 2 cawan nasi sejuk – di peroi 1/2 cawan isi ketam yang direbus 2 sudu teh kicap cair 1 sudu teh kicap sotong 1/2 sudu teh gula 1/2 sudu teh lada sulah 1 tangkai daun bawang dihiris nipis sedikit serbuk cili Thai
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna. Pecahkan pula telur sambil dikacau.
Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.
Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga semua bahan bercampur dan sebati.
Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur. Lalu, matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai. potongan limau dan cili padi.
Untuk topping macam dalam gambar, goreng telur aadd-on secara berasingan dan tambahkan isi ketam.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedapnya lemang! Kalau makan dengan rendangatau serunding, memang terbaik. Bagi anda yang nak cuba hasilkan lemang secara homemade, resipi perkongsian Chef Sue M Arukin ni boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, anda tidak perlukan buluh dan tak perlu bakar. Hanya guna periuk kukusan dan juga cawan kertas. Mudah kan? Malah boleh hasilkan dalam kuantiti yang sedikit. Barulah tak membazir. Jom lihat cara-caranya. Selamat mencuba!
LEMANG CAWAN KERTAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
600ml santan pekat
1 sudu teh garam halus
5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya.
Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut citarasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap.
Resipi Soto Ayam bersama Bergedil Kentang perkongsian saudari Fara Lome ni memang padu. Nak buat pun senang. Sesuai dinikmati sebagai sajin makan tengahari atau pun jika nanti ada bercadang nak buat makan-makan, menu ini boleh disajikan. Lengkap dengan resipi Sambal Kicappadu. Sangat sedap dan mudah nak masak. Kanak-kanak dan orang dewasa juga gemarinya. Jom cuba!
CARA MASAK KUAH SOTO SEDAP (RESIPI UNTUK 2 LITER AIR/ 6 ORG MAKAN)
BAHAN-BAHAN: Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti 2 batang serai – ketuk Minyak untuk menumis 1/2 paket kecil Serbuk Sup – beli online disini 1/2 paket kecil Serbuk Kurma – beli online disini 1 kiub pati ayam – beli online disini Akar daun sup – potong & cuci bersih 2 liter air
BAHAN-BAHAN KISAR: 1 inci lengkuas 1 inci halia 4 biji bawang merah besar (lagi banyak lebih sedap) 1 ulas bawang putih – beli online disini 1 biji buah keras – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga betul-betul naik bau, masak dan sedikit garing. Ia bertujuan supaya bawang tidak berasa mentah dalam kuah nanti. 2. Masukkan serbuk sup dan serbuk kurma. Jika tiada, boleh letak rempah soto. 3. Masukkan ayam. Agak-agak air ayam sudah hampir kering, baru masukkan air. 4. Masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan gula serta garam dengan secukupnya. 5. Renehkan kuah sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan. Ketepikan ayam untuk dicarikkan nanti. 5. Kuah Soto siap!
BAHAN BEGEDIL KENTANG 5-6 biji ubi kentang – buang kulit, potong kecil & rebus – beli online disini Hirisan daun sup Bawang goreng – beli online disini 1 biji telur Lada sulah secukupnya – beli online disini Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Ubi kentang dibuang kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk. 2.Kemudian lenyekkan hingga halus. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Sebatikan. 3. Cubit adunan Begedil dan bulat-bulatkan adunan. Leperkan sedikit. 4. Pecahkan telur dan masukkan lada sulah dan garam. Pukul kembang supaya bila digoreng nanti, begedil kelihatan bersarang. 5. Cara goreng begedil supaya tidak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil sahaja. Jangan penuh. 6. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas. 7. Celup begedil dalam bancuhan telur kemudian goreng. 8.Bila sudah garing dan kekuningan, barulah balikkan. Jangan balikkan terlalu awal kerana begedil akan pecah.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga garing. Masukkan juga cili padi. Goreng bersama bawang putih tadi. 2. Angkat bahan gorengn tadi dan jangan dibuang minyaknya kerana minyak gorengan bawang putih akan membuatkan sambal jadi lebih sedap. 3. Tumbuk bahan gorengan tadi dan tambahkan gula, sos cili dan kicap dengan secukupnya. Masukkan juga 1 sudu makan minyak gorengan tadi. Gaul rata. 4. Sambal isi tidak perlu diisi garam kerana kicap itu sudah berasa masin. 5. Sambal Kicap sedia untuk dinikmati.
INFO: Kalau tak nak guna serbuk sup & serbuk kurma, boleh guna rempah soto. Bahan lain kekalkan, cuba tukar serbuk sup & serbuk kurma kepada rempah soto sahaja.