Peranan &amp Kepentingan Deria

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang

memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal. Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau kanakkanak luar biasa sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala Garciulo (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di bawah; "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006). Kanak-kanak berkeperluan khas adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta perkembangan kognitif mereka (Abd. Rahim 2006). 2.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
1

Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanakkanak istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi keperluan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Terencat akal. Kurang upaya dalam pembelajaran. Kecelaruan emosi atau tingkah laku Pintar cerdas dan berbakat Masalah bahasa dan pertuturan Masalah pendengaran Masalah penglihatan Kecelaruan spektrum autism Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan

2.1.1 Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan

Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut: i. ii. iii. Tidak dapat melihat langsung. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.

2.1.2 Tahap Kecacatan Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut: Sederhana dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya Teruk menggunakan alat bantu khas seperti kanta. Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan khas. Sangat teruk Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain.

2.1.3 Tingkah laku Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv.

Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan tulis ataupun objek. Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata. Kerap bercakap. Kerap menggosok mata. Selalu menutup sebelah mata. Selalu terlanggar objek. Keliru dengan huruf. Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak yang terlalu dekat. Memegang kepala dengan cara luar biasa. Kerap menangis Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun paa sudut berlainan. Sering mencari-cari ayat yang dibaca. Meniru kerja kawan. Tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi.

Disebabkan kekurangan yang mereka ada, timbul perasaan kurang keyakinan diri dan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada mereka (bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa berbeza dengan orang normal ,Jamila 2005).

3.0 TAKRIF DERIA

Deria bermaksud alat perasa yang lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh) dan alat Dewan Edisi Empat). Seorang kanak-kanak normal mempunyai semua fungsi deria dan mampu untuk melihat, menyentuh, mendengar, merasa dan menentukan bau sesuatu benda. Kekurangan yang dimiliki oleh individu bermasalah penglihatan ialah tidak memiliki fungsi deria lihat yang sangat penting di dalam kehidupan seharian. Dengan penglihatan yang terhad atau tidak boleh melihat sepenuhnya, insan istimewa ini sebenarnya memiliki keistimewaan tersendiri di mana mereka mempunyai keupayaan luar biasa menggunakan pelbagai deria lain untuk meneruskan rutin harian. Contohnya ialah penggunaan deria sentuhan, deria pendengaran dan juga deria bau. Semua deria ini adalah sangat penting dan berkait rapat di antara satu sama lain dari aspek peranan dan kepentingannya kepada individu bermasalah penglihatan. Keupayaan persepsi adalah berkaitan dengan penggunaan deria. Oleh yang lidah, hidung, telinga, mata dan tangan (Kamus

demikian adalah tepat jika dikatakan bahawa penggunaan deria bagi kanak-kanak cacat penglihatan perlu dimaksimumkan untuk mendapatkan tahap perseptual yang terbaik (Kain, 2004).

4.0 PERANAN

DAN

KEPENTINGAN

DERIA

SENTUHAN

KANAK-KANAK

BERMASALAH PENGLIHATAN

Apabila menyebut Orang Kurang Upaya (OKU) bermasalah penglihatan atau buta, terbayang di fikiran kita ialah orang yang langsung tidak dapat melihat. Bagi mereka yang buta rantau akan mendapati di sekeliling mereka gelap. Ramai juga di kalangan orang buta yang dapat melihat cahaya dan bayang-bayang. menggunakan daya pandangan seperti manusia normal. Kanak-kanak Walau yang bagaimanapun penglihatan begini masih tidak dapat membantunya bergerak dengan mempunyai masalah penglihatan sejak lahir tidak dapat menanggapi konsep gelap dengan tepat. Seandainya ditanya mungkin mereka boleh menjawab dengan jitu. Penjelasan yang diberikan mungkin berdasarkan pembacaan dan cerita yang didengari daripada orang lain. Sebenarnya mereka sendiri tidak pernah berhadapan dengan keadaan yang gelap dan terang dalam erti kata yang sebenar. Pastinya konsep warna tiada dalam fikiran mereka. Setiap manusia mempunyai keinginan dan nafsu untuk mengetahui bentuk dan keadaan sesuatu sama ada dalam bentuk konkrit atau abstrak. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan boleh mengetahui sesuatu benda konkrit melalui deria lain yang ada padanya. Salah satunya ialah deria sentuhan. Deria sentuhan atau deria rasa ini memainkan peranan yang penting untuk membantu kanak-kanak bermasalah penglihatan membuat sesuatu persepsi dengan betul dan tepat. Sepuluh jari di tangan kanan dan kiri amat berharga kepada mereka. Penerokaan melalui daya sentuhan ini mampu memberikan jawapan terhadap sesuatu perkara yang ingin diketahui dan sentuhan insan istimewa ini amat peka dan sensitif. Itulah kelebihan dan anugerah yang sangat berharga dan tidak ternilai sebenarnya. Mereka akan mengenali sesuatu objek setelah benda itu disentuh separuh atau secara keseluruhannya bergantung kepada situasi dan keadaan.

Penggunaan deria sentuhan ini juga memerlukan pengamatan. Sebagai manusia normal, adakah kita mengenali semua orang yang berada di sekeliling kita?. Hakikatnya, kita hanya mengenali orang tertentu yang dirasakan perlu dalam kehidupan seharian. Dunia ini memang dipenuhi dengan objek dan peristiwa yang bergabung
6

untuk membentuk maklumat.

Mungkin kita lebih mudah mengenali orang lain

menggunakan deria penglihatan yang tidak terbatas dengan hanya melakukan pengecaman. Masa yang diperlukan juga amat pendek untuk menentukan memberikan jawapan atau sesuatu keputusan. bermasalah penglihatan? Manusia sebenarnya mempunyai satu kebolehan kognitif di mana mereka memilih rangsangan tertentu yang boleh memberi makna kepada dirinya. Pemilihan dilakukan dengan memberikan tumpuan kepada sebahagian entiti yang terdapat pada rangsangan. Setelah itu, barulah sesuatu rangsangan kederiaan itu diamati oleh manusia. Kanak-kanak bermasalah penglihatan menggunakan keupayaan yang ada iaitu deria sentuhan untuk merasai fizikal sesuatu objek. Pada langkah ini, mereka menggunakan sepenuhnya fungsi deria rasa atau sentuhan serta mengamati objek yang dipegang serta melakukan pengecaman untuk memperoleh satu konsep baru. Titik sentuhan mereka adalah seperti meletakkan tanda pada sesuatu objek dan menjadikan tanda tersebut sebagai panduan untuk mengenali objek pada masa akan datang. Berdasarkan pembacaan, di Sekolah Princess Elizabeth, Johor Bahru. Guruguru di sekolah tersebut sering berkata "kamu semua ni tak ada kerja lain ke, asyik nak meraba je. Jika diamati frasa ini sebenarnya tidak harus dilemparkan kepada kanakkanak bermasalah penglihatan. Dalam konteks kehidupan normal, perkara tersebut mungkin dilihat sebagai satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan, tetapi kita perlu lihat rasionalnya mengapa kanak-kanak ini melakukan tindakan sedemikian. Kita perlu menyelami dan memahami kehidupan sebenar insan istimewa ini dan begitulah cara yang mampu dilakukan dengan keupayaan penglihatan yang terhad atau tidak pernah berpeluang melihat keindahan alam ini. Dalam hal ini, kita perlu memainkan peranan membantu kanak-kanak bermasalah penglihatan mengguna dan mengaplikasikan deria sentuhan secara positif. Anggota masyarakat atau sesiapa sahaja perlu didedahkan dengan penggunaan deria sentuhan kanak-kanak bermasalah penglihatan dan membuang persepsi negatif tentang kanak-kanak yang bermasalah penglihatan yang
7

Bagaimana pula dengan kanak-kanak yang

suka meraba.

Emosi dan perkembangan kanak-Kanak ini akan terganggu dan

terbantut. Pengetahuan mereka terhadap sesuatu benda juga akan terhad. Jadi tidak hairanlah dalam masyarakat Melayu ada peribahasa yang mengatakan seperti orang buta meraba Gajah. Bila meraba telinga gajah, begitulah bentuknya. Jelas sekali deria sentuhan ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam membentuk konsep dan persepsi kanak-kanak bermasalah penglihatan. Berdasarkan pengalaman dan cerita yang pernah didengar, berkenaan orang bermasalah penglihatan yang suka meraba. Salah satu frasa yang kerap didengar ialah "suka raba perempuan". Semestinya perbuatan ini dilakukan oleh seorang lelaki kurang upaya penglihatan yang sering dikaitkan dengan perkataan meraba. Dalam hal ini, kita perlu menerima hakikat bahawa insan istimewa ini juga adalah manusia biasa yang mempunyai naluri ingin tahu bentuk badan perempuan dan sebagainya. Nafsu ini normal dan tidak boleh dihalang. Remaja lelaki celik boleh melihat badan perempuan dengan mata mereka tanpa meraba. Bagi orang buta yang mudah berasa malu dan tahu memelihara harga diri, perbuatan meraba perempuan tidak akan dilakukan oleh mereka. Jauh di sudut hati sebenarnya timbul keinginan untuk mengetahui bentuk badan perempuan seperti manusia normal. Langkah yang perlu diambil ialah pihak sekolah sewajarnya menyediakan patung yang menyerupai bentuk badan perempuan. Mereka boleh mengenali dengan lebih tepat badan seorang perempuan supaya tidak timbul perkara negatif dikemudian hari. Kebanyakan mereka yang celik mengakui hakikat bahawa kanak-kanak bermasalah penglihatan perlu meraba jika hendak mengenali seseorang. Dapat kita perhatikan seseorang celik akan datang secara senyap dan menghulurkan lengannya kepada orang buta. Objektifnya ialah untuk memastikan sama ada orang buta yang disasarkannya mengenalinya ataupun tidak. Jika orang yang menghampirinya sudah rapat dan biasa dengannya, dengan hanya memegang lengan sudah dapat dikenali. Sekiranya dengan meraba lengan belum boleh dikenali, orang buta berkenaan akan meraba anggota-anggota badan yang lain sehingga dikenali. Jika masih sukar dipastikan orang yang diraba orang buta akan melakukan sesuatu sehingga rakannya
8

atau kenalannya membunyikan suara. pendengaran. Penggunaan deria rasa atau

Deria seterusnya yang digunakan ialah deria

sentuhan

ini

adalah

sangat

penting

dan mempunyai peranannya tersendiri kepada kanak-kanak bermasalah penglihatan. Penerokaan mereka melalui teknik sentuhan ini memberikan kepuasan apabila menemui jawapan. Jelaslah di sini bahawa sesuatu yang dilakukan oleh manusia mestilah berdasarkan kepada keperluan, kelebihan dan kekurangan panca indera yang ada pada seseorang manusia. Bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan, situasi yang betul ialah dari sentuhan terus ke otak. Otak akan menjanakan input ke dalam fikiran. Fikiran pula yang akan menentukan tingkah laku mereka. Atas kesedaran dan tanggungjawab membantu insan istimewa ini, golongan masyarakat yang normal perlu memahami dan menyesuaikan diri dengan naluri dan perasaan kanak-kanak bermasalah penglihatan. Sikap berprasangka buruk harus dihindarkan dan kita seharusnya sedaya upaya membantu atas sikap ihsan dan kasih sesama manusia.

5.0 PERANAN DAN KEPENTINGAN DERIA PENDENGARAN KANAK-KANAK

BERMASALAH PENGLIHATAN Pendengaran ialah deria pencerapan bunyi. Dalam tubuh manusia, pencerapan ini dicetuskan oleh gentian rambut halus dalam telinga yang mengesan pergerakan membran yang bergetar untuk membalas perubahan dalam tekanan dari zarah-zarah atmosfera dalam julat 20 hingga 22000 Hertz.
9

Fizikalnya tidak dapat disentuh.

Sebaliknya, ia hanya bergantung kepada ketajaman pancaindera pendengaran jika berlaku sebarang masalah. Senario itu mungkin agak ganjil tetapi ia sudah menjadi sebahagian daripada rencah kehidupan mereka yang bergelar jurutera bunyi. Dianggap sebagai genius belakang tabir, mereka banyak menggunakan deria pendengaran untuk menjelmakan sesuatu bunyi yang dapat memberi kepuasan kepada pendengar. Begitulah pentingnya deria pendengaran yang berperanan untuk mengesan dan menentukan arah bunyi kepada seorang pemuzik. Deria ini juga adalah sangat penting kepada mobiliti seorang kanak-kanak bermasalah penglihatan. sebagai penunjuk arah untuk berjalan bagi orang buta. Jika diperhatikan kepada gaya dan perlakuan seseorang kanak-kanak Bunyi berperanan

bermasalah penglihatan, mereka sering menunjukkan tingkah laku atau emosi takut. Perasaan takut ini akan lebih menonjol pada keadaan atau situasi yang baru dilaluinya. Mereka akan sukar untuk melakukan pergerakan jika tiada pemandu celik di sampingnya. Ini adalah disebabkan mereka tidak menguasai konsep ruang. Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema, orientasi dan mobiliti (Jacobson, 1993). Latihan mengenal gema adalah dengan melatih kanak-kanak mengenal balikan gelombang pantulan pada objek seperti dinding agar mereka mengetahui kedudukan mereka adalah berhampiran dengan sesuatu objek. Dalam hal ini, kanak-kanak bermasalah penglihatan gelombang. Deria pendengaran kanak-kanak bermasalah penglihatan juga adalah untuk menginterpretasi tentang sesuatu gema dan untuk mengenal jarak seperti di dalam bangunan. Kanak-kanak perlu diajar menggunakan pantulan bunyi dengan menggunakan tepukan tapak tangan. Pantulan gema yang dihasilkan akan membantu mereka mengenal jarak diri dengan sesuatu objek. Jika kuat gema yang dihasilkan maka menandakan kepada mereka persekitaran lebih atau dekat real-world dengan sesuatu akan objek. dapat Pendedahan environment menggunakan deria pendengaran untuk mengesan hasil balikan

meningkatkan pemahaman kanak-kanak bermasalah penglihatan tentang persepsi dan konsep spatial. Kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan bagi memperoleh
10

pengukuhan secara semulajadi. Pendedahan tentang warna perlu dilakukan kepada kanak-kanak buta konginental agar mereka tidak membuat salah tafsiran atau anggapan (Moore, 1997). Sebagai contoh kanak-kanak diajar untuk mengenal kehidupan sesuatu komuniti di persisiran pantai. Dengan fungsi deria pendengaran yang baik, kanak-kanak boleh diajar tentang perbezaan bunyi ombak, angin, konsep pasang dan surut air selain mereka dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dengan membezakan cengkerang dan daun serta membina istana pasir (Bishop, 1991). Secara tidak langsung kemahiran-kemahiran lain juga akan dapat dikembangkan. Selain itu, kanak-kanak bermasalah penglihatan juga melakukan latihan orientasi dan mobiliti dalam pelbagai situasi dengan menggunakan deria pendengaran. Bentuk latihan yang diberikan adalah mengenal situasi, cuaca, jenis laluan, menggunakan pengangkutan awam dan tindakan yang sewajarnya dilakukan jika berlaku kecemasan. Mereka perlu didedahkan dengan bunyi-bunyi yang biasa didengar apabila berada di bandar seperti bunyi kenderaan, siren polis, bomba dan sebagainya. tangan, tongkat dengan bantuan pemandu celik. Kemahiran mobiliti perlu disertakan dengan latihan menggunakan anggota badan seperti halangan Keyakinan akan dapat dipupuk apabila kanak-kanak ini sudah dapat menggunakan kemahiran yang diajar. Walau bagaimanapun tahap latihan yang diberikan perlulah mengikut peringkat keupayaan dan umur kanak-kanak tersebut. Keunikan kanak-kanak Latihan ini perlu diberikan secara sistematik. penglihatan juga adalah mereka mampu bermasalah

menentukan nilai duit syiling yang jatuh dengan hanya mendengar bunyinya sahaja. Pendengaran mereka sangat tajam dan jelaslah bahawa apabila mendengar sesuatu mereka akan mendengar dengan penuh teliti. Keupayaan ini juga membantu mereka dalam kemahiran menggunakan wang selain meraba wang tersebut menggunakan deria sentuhan. penglihatan. Deria pendengaran kanak-kanak bermasalah penglihatan berfungsi sebagai pengganti deria penglihatan. Pendengaran memainkan peranan dan mempunyai
11

Gabungan aplikasi kedua-dua deria ini akan memberikan jawapan

terhadap sesuatu persoalan yang timbul dalam rutin harian kanak-kanak bermasalah

kepentingannya yang tersendiri di dalam membantu insan istimewa ini menguruskan kehidupannya. Walaubagaimanapun, sebagai manusia normal kita perlu membantu mereka sebaik mungkin dan tidak mengambil kesempatan di atas kekurangan yang dialami.

6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya kurniaan pancaindera yang sempurna adalah anugerah yang tidak terhingga. Kekurangan yang dimiliki oleh mereka yang tidak mampu melihat keindahan dunia merupakan satu rahmat yang mengandungi seribu satu makna. Kanak-kanak bermasalah penglihatan bukanlah buta sepenuhnya seperti yang dianggap oleh sesetengah golongan masyarakat. Mereka memiliki kelebihan di dalam menggunakan pelbagai deria lain yang ada. Sentuhan dan pendengaran merupakan dua jenis deria yang membantu untuk memberikan sinar baru kepada golongan istimewa ini. Mereka mampu menjalankan kehidupan menggunakan deria ini untuk membentuk sikap berdikari dan yakin diri. Peranan serta kepentingan deria sentuhan
12

dan pendengaran ini sangat banyak kepada kanak-kanak bermasalah penglihatan. Kedua-dua deria ini membantu mereka meneroka untuk mengenali bentuk sesuatu objek dan memandu arah untuk pergerakan yang lebih lancar dengan hanya mendengar bunyi-bunyi tertentu.

13

You might also like