Aplikasi Teori Konstruktivisme Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

APLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dari perspektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

Implikasi daripada teori Konstruktivisme ini, sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar kerana beberapa sebab iaitu guru berperanan sebagai penolong, pemudah cara, perancang, dan pereka bentuk sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Selain itu, model pengajaranpembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secara koperatif dan kolaberatif. Kaedah dan teknik mengajar tradisi seperti syarahan, menghafal dan mengingat tidak sesuai digunakan dalam pembentukan ilmu. Penilaian tradisi tidak sesuai lagi digunakan. Bentuk dan alat penilaian dibentuk bersama oleh guru dan murid. Di samping itu, pengalaman dan kesediaan belajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu.di mana pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan kepada murid. Oleh itu, guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.

Justeru itu, melalui teori Konstruktivisme ini terdapat ciri-ciri pembelajaran

yang perlu

diketahui. Pertama, menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya

sebagai panduan untuk merancang pengajaran. Kedua, ianya mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid. Ketiga, ianya juga mengambil kia dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar melalui idea atau soalan. Keempat, menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Kelima, menggalakkan murid bertanya dan berdialog antara murid dan guru. Keenam, menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Ketujuh, menyokong pembelajaran secara koperatif dan menggalakkan serta menerima daya usaha dan autonomi murid. Kelapan, memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahamimnya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.

Apabila sudah mengenal pasti ciri-ciri pembelajaran teori Konstruktivisme ini, pastinya terdapat kelebihan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Ini boleh ditinjau daripada beberapa aspek iaitu aspek berfikir. Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, mencari ide dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Aspek kefahaman pula membolehkan murid memahami tentang sesuatu konsep dan ide dengan lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Aspek ingatan adalah penting di mana apabila murid memahami sesuatu konsep, mereka akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Dari aspek keyakinan, murid menjadi lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Di samping itu, murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Dan akhirnya akan timbul keseronokan untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemugkinan dan cabaran.

Di dalam Teori Konstruktivisme ini sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar kerana guru dan murid sama-sama memainkan peranan yang aktif. Seyugianya ditinjau peranan yang dimainkan oleh murid secara ringkas. Pertama, murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu membuat analisis dan menjawab soalan. Kedua, murid selalu berbincang dengan guru dan pengetn sesama mereka. Perbincangan ini akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan ide-ide mereka. Ketiga, murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak peluang dan ruang untuk menguji hipotesis melalui perbincangan dalam kumpulan. Keempat, murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana ide dan pengetahuan.

Peranan guru juga tidak kurang pentingnya. Guru menggalakkan murid menerangkan ide mereka serta menghargai pandangan mereka. Guru juga menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.

Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar.

Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.

KESIMPULAN

Kesimpulannya pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme akan memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan murid dapat menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, beban guru sebagi pengajar akan berkurangan di mana guru lebih bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator.

You might also like