Laporan Permainan Hoki
Laporan Permainan Hoki
Laporan Permainan Hoki
1.Nama kelab :Permainan Hoki Bilangan ahli:80 orang ahli Kekerapaan perjumpaan : Rabu Masa dan waktu : 3.10 hingga 4.10 petang 2.Jawatan kuasa : Penasihat : Pn.Meharbanu ( Penolong kanan kokurikulum) Pengerusi : En.Ganesh Setiausaha : Pn. Ten Moli Rajoo 3. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan: 3.1 Pada hari perjumpaan pertama ahli-ahli kelab hoki berkumpul di bilik darjah 6 UTM. Perjumpaan pertama telah diadakan pada bulan januari.Guru-guru penasihat permainan hoki mengadakan pemilihan jawatankuasa permainan. Pengerusi dipilih dari tahun 6 iaitu G,Tharani tharan dari 6UM. Penolong pengerusi adalah S.Pricilla dari tahun 6UM. 3.2 Pada hari perjumpaan minggu kedua guru memperkenalkan sejarah dan perkembangan permainan Hoki.Guru telah memberi nota-nota penting tentang permainan Hoki dan kedudukan posisi di padang Hoki. Murid-murid dapat mengenali sejarah dan perkembangan hoki serta kedudukan posisi.Guru telah mengadakan aktiviti soal jawab antara murid-murid mengenai permainan dan murid-murid melukis gambar padang hoki di atas kertas mahjong. 3.3 Pada minggu seterusnya guru-guru mengajar kemahiran asas seperti cara-cara memegang kayu hoki dan teknik hantaran bola dengan betul. Guru-guru juga telah mengajar aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan dalam permainan hoki. Dengan ini, murid-murid dapat mengenali dan mempelajari serta berlatih untuk menghantar bola dengan betul. Pada minggu berikutnya guru telah membahagikan murid-murid dalam 10 kumpulan bagi melatih hantaran yang di ajar. 3.4 Seterunya guru-guru permainan hoki telah mengajar teknik menggelecek bola dengan betul. Selain itu, murid-murid juga dibahagikan mengikut kumpulan untuk melatih menggelecek bola dengan menggunakan kon . Selepas setiap latihan guru mengadakan pertandingan mengikut kumpulan untuk menilai kemahiran murid dalam permainan hoki. Ini memudahkan guru untuk mengenali kesalahan yang dilakukan oleh murid. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid itu dapat diatasi pada masa itu juga. Keadaan ini mewujudkan murid-murid memberi perhatian yang penuh semasa bermain.
3.5 Pada bulan Mac pasukan hoki telah mengambil bahagian dalam Sukan MSSD . Seramai 18 pemain (kumpulan lelaki) dan 18 pemain dalam( kumpulan perempuan) telah terlibat dalam pertandingan tersebut. Peserta dapat menunjukkan bakat mereka dan tidak putus asa. Pertandingan ini telah memberi pengalaman yang baik kepada pemain hoki.Kami berasa bangga kerana kumpulan lelaki mendapat tempat kedua dan kumpulan perempuan mendapat tempat ketiga.Pemain-pemain kelab hoki juga telah diberi peluang untuk bermain dalam MSSS.Antara pemain-pemain tersebut adalah: 1.G.Tharanitharan 6UM 2.R.Harish 6UM 3.Sangaralinges 6 USM 4.Komagan 6 UKM 5.Suresh 6 USM 6.Sasitharan 6 USM 7.Omkumaran 6 UTM 3.6 Pada bulan Mei kelab hoki juga mengadakan permainan persahabatan secara peringkat sekolah. Setiap kumpulan dapat menunjukkan bakat mereka. Pemenang yang dapat tempat pertama, kedua dan ketiga diberi hadiah. Semasa bermain murid-murid dapat mematuhi peraturan permainan yang sedia ada. 3.7 Disini kami kelab hoki mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada PK Ko-kurikulum yang sudi membantu kelab hoki dalam setiap aktiviti yang dijalankan.Dengan ini kami dapat menjalankan aktiviti tanpa sebarang halangan.Sekian Terima Kasih.