Mahkamah Atasan

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 MAHKAMAH ATASAN Mahkamah Atasan mempunyai kuasa dipanggil bidangkuasa untuk memastikan semua pihak termasuk eksekutif, negeri-negeri, parlimen, pihak berkuasa awam dan badan swasta, mengikut Perlembagaan dan semua undang-undang. Mahkamah Atasan boleh menentukan apa makna perkataan di dalam Perlembagaan atau dalam mana-mana undang-undang apabila terdapat pertikaian. Membuat deklarasi bahawa sesuatu undang-undang itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan oleh itu tidak sah dan tidak perlu diikuti. Menentukan samada tindakan eksekutif atau negeri-negeri sah atau tidak melalui semakan kehakiman, menguatkuasakan undang-undang jenayah, menyelesaikan pertikaian di antara individu-individu, di antara individu dan eksekutif, di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri atau di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Di Malaysia terdapat beberapa mahkamah atasan iaitu: 1. Mahkamah Persekutuan 2. Mahkamah Rayuan 3. Mahkamah Tinggi Had Kuasa Kehakiman Sebelum Mac 1988, kuasa Mahkamah Atasan diberikan terus oleh Perlembagaan kerana Perlembagaan menyatakan bahawa kuasa kehakiman Persekutuan tertakluk di bawah Mahkamah Tinggi. Ini bermakna Mahkamah boleh menyemak semua undang-undang untuk menentukan samada ia mengikut Perlembagaan dan juga menentukan samada apa-apa tindakan yang diambil adalah sah. Pada Mac 1988, Parlimen meminda Perlembagaan untuk mengeluarkan pernyataan bahawa kuasa kehakiman Persekutuan tertakluk di bawah Mahkamah Tinggi dan menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi hanya mempunyai bidangkuasa yang diberi oleh Parlimen di bawah undangundang persekutuan. Ada yang berpendapat bahawa pindaan tersebut menghadkan kuasa Mahkamah kerana sekarang Mahkamah-mahkamah ini hanya boleh menyemak undang-undang dan tindakan-tindakan yang Parlimen membenarkan mereka untuk menyemak. Tetapi ada

pendapat lain yang mengatakan bahawa pindaan itu adalah tidak memberi kesan kerana kuasa kehakiman yang diberikan kepada mahkamah di bawah Perlembagaan adalah sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan yang tidak boleh dikeluarkan oleh Parlimen.

MAHKAMAH PERSEKUTUAN Menurut Perlembagaan Persekutuan, antara bidangkuasa Mahkamah Persekutuan di Malaysia adalah: i. Untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya. ii. Apa-apa bidangkuasa asal atau bidangkuasa menasihat sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. iii. Apa-apa bidangkuasa lain sebagaimana yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan. Selain daripada itu, terdapat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, kebenarran daripada seorang hakim Mahkamah Persekutuan mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa prosiding untuk mendapatkan suatu penerapan atau deklarasi bahawa mana-mana undang-undang yang berkaitan adalah tidak sah yang berdasarkan kepada Perkara 4(3) Perlembagaan Persekutuan. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan Ketua Hakim Negara Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Besar Malaya Hakim Besar Sabah dan Sarawak Pendaftar mahkamah, jurubahasa, bailiff1 dan sebagainya.

Bailiff ialah pegawai pembantu sheriff, juru mahakamah.

Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan Mahkamah Persekutuan berkuasa untuk mentafsir undang-undang dan Perlembagaan iaitu berkuasa membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan setakat mana yang bercanggah. Menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang penguatkuasaan mana-mana peruntukan undang-undang. Mengendalikan kes-kes selisih faham antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri atau sesama Kerajaan Negeri dan seterusnya membicara dan memutuskan rayuan kes sivil dan jenayah dari Mahkamah Rayuan. Bagi kes rayuan dari Mahkamah Rayuan, kes itu mestilah melibatkan nilai lebih daripada RM 250 000, manakala kes sivil dan jenayah berkenaan telah dibicarakan di Makamah Rayuan.

MAHKAMAH RAYUAN Mahkamah Rayuan mula diperkenalkan dalam struktur hierarki mahkamah di Malaysia pada tahun 1994. Penubuhannya bertujuan untuk mewujudkan saluran tambahan bagi mendengar keskes rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan juga bertujuan untuk mengurangkan beban Mahkamah Persekutuan untuk mendengar kes-kes rayuan yang dibawa di hadapannya. Kenggotaan Mahkamah Rayuan Hakim Mahkamah Rayuan (dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja). Tiga hakim (atau lebih dengan bilangan ganjil) dengan ada seorang menjadi ketua biasanya Presiden Mahkamah Rayuan.

Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Mendengar kes-kes rayuan jenayah daripada Mahkamah Tinggi dan mengenakan hukuman penjara dan hukuman mati.

Mendengar kes-kes rayuan sivil daripada Mahkamah Tinggi dengan nilai tuntutan tidak kurang daripada RM 250 000.

MAHKAMAH TINGGI Mahkamah Tinggi di Malaysia adalah terikat kepada keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Walaubagaimanapun, keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi akan mengikat mahkamah bawahan (subordinate courts). Namun begitu, hakim Mahkamah Tinggi tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkmah Tinggi yang lain tetapi ia berhak mengikutinya. Keanggotan Mahkamah Tinggi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Meminta mahkamah bawahan mengadakan siasatan kehakiman. Kes sivil yang dibicarakan tuntutannya mesti lebih daripada RM 250 000. Menjatuhkan apa-apa hukuman termasuk penjara seumur hidup dan hukuman mati. Mengeluarkan writ, waran dan sebagainya. Membicarakan kes pembunuhan. Mendengar kes rayuan dari mahkamah rendah dan menyemak rekod-rekod mahkamah rendah. Mengarahkan mahkamah rendah mengadakan ulang bicara. Kes-kes didengar secara terbuka namun tidak berkuasa membatalkan keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Mendengar petisyen pilihan raya. Kes-Kes Jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kes jenayah yang dilakukan oleh sesiapa sahaja (termasuk warga asing) mengikut kuasa asal Mahkamah Tinggi.

Kes dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia di laut atau udara antarabangsa. Kes jenayah yang dilakukan sesiapa sahaja di kawasan perairan Malaysia. Kes kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah, Akta Keselamatan Negeri, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Penerbitan. Semua kes yang dikenakan hukuman mati. Kes-Kes Sivil yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kes-kes perkahwinan dan penceraian bagi bukan muslim. Kes muflis Rebutan penjagaan anak dan harta serta nafkah hidup. Pengeluaran sesuatu perintah atau pengisytiharan Lelongan hartanah

2.0 MAHKAMAH BAWAHAN Secara amnya, mahkamah-mahkamah bawahan di Malaysia tidak terikat dengan keputusan mereka sendiri. Walaubagaimanapun ianya masih terikat dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah atasan. Di Malaysia terdapat beberapa mahkamah bawahan iaitu: 1. Mahkamah Sesyen 2. Mahkamah Majistret 3. Mahkamah Penghulu

MAHKAMAH SESYEN Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahankesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).

Keanggotaan Mahkamah Sesyen Hakim Mahkamah Sesyen ( dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi tanpa melalui Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja. Bidang kuasa Mahkamah Sesyen Perbicaraan diadili oleh seorang hakim sahaja. Berkuasa mengeluarkan saman, waran dan perintah mahkamah. Memeriksa rekod kes-kes sivil yang berlangsung di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu. Mengendalikan semua kes jenayah kecuali yang melibatkan hukuman mati. Mengendalikan kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM250 000.

MAHKAMAH MAJISTRET Tiada seorangpun Majistret boleh mempunyai bidang kuasa untuk mendengar atau memutuskan apa-apa kuasa atau perkara yang berbangkit dalam mana-mana negeri yang dalamnya dan yang baginya dia tidak dilantik menjadi Majistret kecuali mengikut cara dan setakat yang diperuntukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara sivil. Keanggotaan Mahkamah Majistret Yang di-Pertuan Agong melantik majistret di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya. Ketua Negeri melantik majistret atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya di negeri-negeri lain. Akta Mahkamah Rendah 1948[4] juga menggariskan bidangkuasa yang diperuntukkan kepada Mahkamah Majistret dalam menjalankan kuasanya. Terdapat dua bahagian yang utama iaitu:

Bidang kuasa Majistret Kelas Pertama Antara tindakan guaman yang boleh dibicarakan serta diputuskan oleh Majistret Kelas Pertama adalah: Segala tindakan guaman sivil yang amaun dalam pertikaiannya adalah tidak melebihi RM25 000. Membicarakan serta memutuskan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang penghukumannya adalah tidak melebihi lima tahun penjara / denda sebanyak RM10,00000 / sebat sehingga 12 kali/ gabungan mana-mana hukuman yang disebutkan tersebut / kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sahaja/ kesalahan-kesalahan di bawah seksyen-seksyen 392 dan 457 Kanun Keseksaan Bidang kuasa Majistret Kelas Kedua Ianya termaktub dalam Akta[8] yang sama antaranya: Guaman asal tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000 samada beserta faedah atau sebaliknya. Kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan penghukuman yang tempoh penjara maksimumnya tidak melebihi 12 bulan penjara atau denda sahaja. Tempoh penjara tidak melebihi 6 bulan / denda tidak melebihi RM1,000 / gabungan kedua-dua hukuman tersebut.

MAHKAMAH PENGHULU Mahkamah ini hanya terdapat di Semenanjung Malaysia. Ia diadili oleh seorang Penghulu yang dilantik bagi sesuatu mukim oleh Ketua Negeri. Seksyen 94 memperuntukkan bahawa bagi tindakan guaman sivil tuntutan yang dibenarkan adalah tidak melebihi RM50.00 serta kesemua pihak yang terbabit adalah dari bangsa Asia yang bertutur serta memahami Bahasa Melayu. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25.00. Manakala bagi bidangkuasa jenayah pula, ia hanya boleh mendengar serta membicarakan seterusnya

menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan kecil sahaja yang mana awardnya adalah termaktub dalam seksyen 96.

You might also like