Asas Seni Gubahan
Asas Seni Gubahan
Asas Seni Gubahan
Prinsip rekaan
Rekaan
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.
1. Harmoni
Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2. Kontra
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
3. Penegasan
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan
4. Imbangan
Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
6. Kepelbagaian
Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
7. Kesatuan
Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa