Latar Belakang Penubuhan
Latar Belakang Penubuhan
Latar Belakang Penubuhan
Tarikh penubuhan sekolah ini telah dipersoalkan sama ada pada tahun 1902 atau 1904. Pekara ini telah dikaji oleh Tn. Hj Baharol Din Hasan iaitu pengetua sekolah tinggi muar melalui dokumen dokumen seperti Johor Official Directory For 1904NAJ,Singapore Staits And Directory For 1904NAJ, buku sejarah Ringkas Muar serta ucapan G.F. Daniel dalam buku Goverinement Englis School Magazine Muar Vol/I tahun 1955.1 Persoalan penubuhan sekolah ini wujud apabila G.F. Daniel memberikan ucapan dalam majlis Golden Jubilee yang diadakan pada tahun 1954 bagi meraikan 50 tahun Government English School diasaskan.2 Beliau menyatakan : over the past 50 years, boys from this school have rendered great services to the state of johor and country as a whole. Moreover during the period high standard of attainment had been in both work venture to suggest that when our successor celebrate the centeanary of school in the year 2004 they will find our Golden Jubilee achievement easy to surpass.3 Ucapan ini menjadi bukti bagi penubuhan sekolah ini pada tahun 1904. Selain itu Dato Hj Abd Shukur bin ismail dalam buku sejarah ringkas muar turut menyatakan tahun yang sama tentang penubuhan sekolah Tinggi Muar.4 Tetapi melalui majalah sekolah iaitu Goverinement Englis School Magazine Muar Vol/I tahun 1955 dibawah tajuk School Notes. Semasa penyampaian laporan G.F. Daniel menyatakan, since the last speech day two surprising facts have come to light and I think desereved mention here. The former menteri besar hj syed abd kadir, who was our guest of honour last year has recently informed me that this school was not establish in year 1904, as we believed, but in 1902. The dato discover this fact from the memo of his elder brother who was one of the first pupils to be enrolled in this school.5 Ucapan ini telah merungkai segala ke kusutan tentang tarikh sebenar penubuhan Sekolah Tinggi Muar. Bukti ini di sokong dengan prosedur yang perlu di ambil bagi penubuhan sesebuah sekolah yang mengambil tempoh masa sehingga setahun. Tempoh masa ini di ambil oleh pihak jabatan untuk melantik caretaker untuk mengurus kerja atau tugas
1
Majlis penutupan rasmi jerayawara sains & teknologi dan majlis pengkisahan sejarah sempena 100 tahun sekolah tinggi muar. (2003) Selangor : Bintang Pelajar Prints. Hlm 27. 2 100 tahun yang gemilang, sekolah tinggi muar 1902-2002, (2003). Sekolah tinggi muar. Hlm 5. 3 Ibid hlm 6. 4 mencatatkan sekolah tinggi muar diasaskan pada tahun 1904 . sumber yang beliau gunakan adalah daripada Johor Official Directory For 1904NAJ dan Singapore Staits And Directory For 1904NAJ. Daripada sumber ini ,menyatakan pengetua pertama sekolah tinggi muar adalah C. P. Provis, merupakan seorang serani yang berasal dari Melaka. Pada permulaannya sekolah mengambil seramai 40 orang pelajar sulungnya. Secara umumnya tahun 1904 ini diterima sebagai tahun diasaskan Sekolah Inggeris pertama di muar yang kemudiannya berkembang dan akhirnya dikenali sebagai sekolah tinggi muar. Rujuk lebih lanjut. buku Abdul Shukor Ismail (1984) Sejarah ringkas Muar. Muar: Muar Toko Buku Manaf Sdn. Bhd. 5 Goverinement Englis School Magazine Muar Vol/I tahun 1955, hlm 5
untuk memulakan pembelajaran. Melalui pelajar perintis sekolah ini iaitu G. F. Daniel penyelidikan menyatakan sekolah ini di tubuhkan pada tahun 1902.6 Government English School merupakan sekolah inggeris pertama dibuka di daerah Muar pada bulan jun 1902. Bilangan pelajar pada awal penubuhannya kira-kira 40 orang. Pengetua pertama pada masa itu ialah En. C.P Provis. Pada peringkat awal penubuhannya belum ada bangunan yang dibina khas untuk Government English School Muar (GESM). Sebaliknya sekolah ini menumpang di bangunan-bangunan yang kosong. Bangunan pertama yang digunakan ialah Balai Kuning. Akhbar Straits Times Singapura melaporkan bahawa balai ini dibina khas untuk menyambut keberangkatan baginda Sultan Abu Bakar pada 21 Februari 1895. (tapak balai kuning adalah merupakan bangunan mahkamah tinggi muar masa kini).7 Pada tahun 1905 sekolah ini berpindah lokasi di Jalan Abdullah. Kemudian pada tahun 1907 sekali lagi berpindah di Jalan Sulaiman. Setahun sebelum itu sekolah ini berpindah di tapak bangunan Pasar Sayur sekarang. Pada tahun 1910 sekolah ini berpindah di kawasan Tanjung Muar untuk sementara waktu. Akhirnya sekolah ini mendapat bangunannya sendiri pada 1915 setelah bangunan tersebut siap dibina pada tahun 1914.8 Government English School Muar sekarang ini lebih dikenali sebagai sekolah tinggi Muar.9 Pada tahun 1928, sekolah ini telah menambah 2 bangunan baru yang mengandungi 8 bilik untuk menampung bilangan pelajar yang bertambah. Lagu sekolah turut diperkenalkan pada tahun tersebut yang dicipta oleh Miss Belly Milne yang merupakan Penguasa Sekolah
Pada akhir abad ke-19 apabila Almarhum Sultan Abu Bakar memodenkan sistem pentabdiran di negeri johor, khususnya di bidang pendidikan, baginda tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pegawai dan guru-guru untuk mengisi jawatan sebagai pegawai dan tenaga pengajar di sekolah-sekolah melayu dan agama di negeri ini. hal ini disebabkan sistem pendidikan telah lama diasaskan oleh ayahanda baginda temenggung daeng Ibrahim yang memerintah johor sejak di teluk belanga, singapura lagi. Apabila sultan abu bakar bercadang untuk memulakan sekolah inggeris di johor baginda bergantung kepada pegawai-pegawai inggeris dan juga tenaga pakar untuk mengisi jawatan sebagai guru besar di sekolah-sekolah inggeris yang baginda mulai perkenalkan di johor. Oleh itu, sumber yang diperolehi dari Johor Offical directory for 1904NAJ dan juga singapore and straits Directory for 1904NAJ berkemungkinan besar merupakan latihan C.P. Provis sebagai guru besar pertama dan bukan pada tahun diasaskan sekolah tinggi muar. Oleh sebab itu sumber yang merupakan pelajar perintis sekolah inggeris yang pertama di muar sebagai sumber yang boleh diterima bagi menentukan tahun diasaskan sekolah tinggi muar iaitu pada tahun 1902 dan sudah tentu dalam hal ini catatan peribadi adalah lebih sahih dalam menentukan kebenaran fakta sejarah. Rujuk buku 100 tahun yang gemilang, sekolah tinggi muar 1902-2002 ukilan sekolah tinggi muar.
7
Majlis penutupan rasmi jerayawara sains & teknologi dan majlis pengkisahan sejarah sempena 100 tahun sekolah tinggi muar. (2003) Selangor : Bintang Pelajar Prints. hlm 29 8 Mohammad Noor Abdullah, Lim swee Lam dan Ahmad Nasarudin Tulus, (2003). Video 100 tahun HSM, muar: persatuan bekas pelajar high school muar. 9 Jabatan Pendidikan negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri johor (2003), Pengkisahan sejarah : 100 tahun sekolah tinggi muar sejarah pendidikan di muar , terbitan sekolah tinggi muar. Hlm 6.
Persediaan Inggeris (Prepatory School).10 Pada tahun 1929 lembaga pengawas telah ditubuhkan mengikut setiap rumah pasukan. Pada tahun 1947, pelajar perempuan mula diterima bersekolah di sekolah ini untuk menyambung ke peringkat Senior Cambridge. 1949 pengetuanya En. C.A. Scott telah mengasaskan asrama di dalam sekolah. Pada tahun 1953 pihak sekolah memperkenalkan seragam untuk pelajar-pelajarnya iaitu seluar pendek biru berserta baju berwarna putih. Pengawas pula berbaju putih dan seluar putih.11 Pada tahun 1957, bangunan sekolah persediaan (Prepatory School) telah di serahkan kepada sekolah tinggi namun bangunan ini di jadikan pusat latihan harian pada masa tersebut. Hanya pada tahun 1959 bangunan itu digunakan oleh sekolah tinggi. Bangunan tersebut dijadikan Kelas-Kelas Menengah Melayu sehingga tahun 1963 sehinggalah kelas ini mendapat bangunan sendiri dengan nama sekolah Dato' Sri Amar Diraja Muar. Sekolah menengah melayu ini dibimbing oleh sekolah tinggi. Bilangan penuntut pada masa itu kirakira lebih 1400 orang dan meningkat kepada 1800 pada tahun 1964.12 Sekolah Tinggi berperanan melatih guru-guru sekolah inggeris yang lebih dikenali sebagai Pusat Lanjutan Normal (Normal Classes), (sebelum perang sehingga 1960). Sekolah tinggi turut digunakan untuk tujuan rancangan Pusat Latihan Daerah (Regional Training Center) yang disarankan oleh kerajaan johor. Bilangan pelajar di sekolah tinggi semakin meningkat sehingga melebihi 2000 orang pada tahun 1965.13 Pada tahun 1966 sekolah Tinggi dipecahkan kepada dua iaitu Sekolah Tinggi dan sekolah baru yang kemudian dikenali dengan nama Sekolah Sri Muar.Pada tahun 1969 Sekolah Tinggi mendapat bangunan baru untuk pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Pada tahun 1974 kelas-kelas menengah rendah berpindah ke Sekolah Tinggi II di Jalan Junid.Pada tahun 1979 Sekolah Tinggi II berpisah dengan Sekolah Tinggi dengan nama baru Sekolah Menengah Jalan Junid. Sekolah Tinggi Muar mendapat beberapa buah bangunan baru pada tahun-tahun 1990an.Blok-blok tersebut ialah Blok F(1990), Blok G(1990), Blok L(1991), Dewan(1991) dan Surau(1997).14 Blok F digunakan untuk kelas-kelas dan Blok G digunakan untuk pejabat pentadbiran, makmal, pusat sumber dan perpustakaan. Blok L pula digunakan
10
Majlis penutupan rasmi jerayawara sains & teknologi dan majlis pengkisahan sejarah sempena 100 tahun sekolah tinggi muar. (2003) Selangor : Bintang Pelajar Prints. hlm 29 11 Mohammad Noor Abdullah, Lim swee Lam dan Ahmad Nasarudin Tulus, (2003). Video 100 tahun HSM, muar: persatuan bekas pelajar high school muar. 12 Jabatan Pendidikan negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri johor (2003), Pengkisahan sejarah : 100 tahun sekolah tinggi muar sejarah pendidikan di muar , terbitan sekolah tinggi muar. Hlm 6. 13 100 tahun yang gemilang, sekolah tinggi muar 1902-2002, (2003). Sekolah tinggi muar. Hlm 4. 14 Ibid, hlm 4
untuk 15 buah bilik darjah.Pintu besar Sekolah Tinggi Muar siap dibina pada bulan April 1992. Blok B pula digunakan untuk bilik tayangan dan seminar.Blok E berfungsi sebagai bengkel Kemahiran Hidup dan Blok K merupakan kantin sekolah.Blok J pula merupakan pusat kokurikulum.Bangunan lama yang dibina pada tahun 1904 masih digunakan sehingga sekarang sebagai kelas-kelas Tingkatan 4, Enam Rendah dan kelas-kelas Rancangan Khas.15
2.0
PERANAN
Pembukaan sekolah-sekolah di daerah muar adalah selaras dengan hasrat dan dasar kerajaan Johor bagi memberikan pelajaran formal yang mempunyai tiga aliran iaitu aliran Inggeris, aliran Melayu dan aliran Agama yang di buat bagi memajukan rakyatnya dalam segi pelajaran dan berfikiran terbuka. Sultan Abu Bakar telah mengasaskan pendidikan moden dan diteruskan oleh anakandanya Sultan Ibrahim dengan mengimport dan melantik guru-guru terlatih dari England. Sistem pendidikan di johor diperingkat awal meliputi pendidikan Agama, Melayu, Inggeris diketuai oleh Munsyi Ibrahim Munsyi Abdullah, Dato Bentara Dalam ,Johor.16 Sekolah inggeris adalah pendidikan tertinggi dalam sistem pendidikan di negeri johor. Pelajar-pelajar dari sekolah melayu boleh melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah inggeris setelah lulus peperiksaan yang ditentukan. Semua sekolah inggeris di negeri Johor bermula daripada darjah satu kecuali English College Johor Bahru. Sekolah persendirian atau sekolah rakyat tidak dilarang sama sekali ditubuhkan kerana Dasar Pendidikan Johor mengikut enakmen 1904 dan 1915 tidak menyatakan larangan tersebut. oleh itu, tidak hairan sekolah inggeris ditubuhkan oleh saudagar-saudagar inggeris atau paderi Kristian. Begitu juga dengan penubuhan Sekolah Tinggi Muar, sebelum diambil oleh kerajaan Johor sekolah ini telah diasaskan oleh saudagar inggeris iaitu C. P. Provis 1902.17 Goverment English School Muar (GESM) adalah sekolah inggeris pertama didirikan di daerah muar pada bulan Jun 1902.18 Pada peringkat awalnya belum ada bangunan yang dibina khas untuk GESM. Tidak hairan
15
Jabatan Pendidikan negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri johor (2003), Pengkisahan sejarah : 100 tahun sekolah tinggi muar sejarah pendidikan di muar , terbitan sekolah tinggi muar. Hlm 7. 16 Ibid, hlm 8. 17 Abdul Shukor Ismail (1984) Sejarah ringkas Muar. Muar: Muar Toko Buku Manaf Sdn. Bhd. Hlm 201. 18 Ibid hlm 200.
sekolah ini berpindah randah sehinggalah tahun 1915 apabila pelajar berpindah ke bangunan sendiri yang siap dibina pada tahun 1914.19 Pada tahun 1928, selaras dengan penyusunan semula sekolah-sekolah di negeri Johor, kerajaan Johor telah menubuhkan Government English Preparatory School yang lebih dikenali sebagai sekolah Prep. Tujuan penubuhan Prep adalah untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah melayu darjah 3 dan darjah 4 untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah inggeris dengan lebih teratur. Pelajar ini akan berlajar selama 2 tahun di sekolah Prep sebelum ke sekolah inggeris. Sekolah tinggi muar turut tidak terlepas daripada dasar tersebut dengan menawarkan kelas 8 (Junior Cambridge) dan kelas 9 (Senior Cambridge).20 Pada zaman Jepun, Government English School Muar menjadi sekolah jepun. Pentadbir jepun di Government English School Muar dikenali sebagai Shoji. Seorang pegawai tentera jepun bernama tanaka menjadi guru besarnya. Murid-murid Government English School Muar diajar lagu-lagu jepun dan bahasa jepun. Selain En. Tanaka, guru-guru di sekolah ini terdiri daripada Melayu, Cina dan India yang diambil mengajar mengikut dasar penjepunan. Guru-guru dihantar berkrusus bahasa jepun di Johor Bahru yang dikenali sebagai Korenjo. Pada zama jepun sekolah bermula pada pukul 7:30 pagi dengan besenam di padang dan berkebun sayur sehingga 10:30 pagi. Dan tamat pada pukul 1:00 petang. Pembelajaran yang diajar pada zaman tersebut ialah Bahasa Jepun, lagu-lagu Jepun dan matematik.21 Setelah tamat peperangan 1946, pemerintah BMA (British Military Administration) kembali memulihkan sistem pelajaran mengikut dasar English.22 Di muar, terdapat pusat latihan untuk guru bahasa inggeris yang dikenali sebagai Normal Classes. Pendidikan Normal Classes dijalankan di Sekolah Tinggi Muar yang juga menjadi pusat latihan harian guru-guru sekolah menengah ketika pusat latihan daerah (Regional Training Centre) ditubuhkan.23 Sekolah Tinggi Muar terus menjadi pusat latihan mengajar bahasa inggeris dan digunakan setiap hujung minggu.
19
Jabatan Pendidikan negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri johor (2003), Pengkisahan sejarah : 100 tahun sekolah tinggi muar sejarah pendidikan di muar , terbitan sekolah tinggi muar. Hlm 9. 20 Ibid. Hlm 10. 21 Ibid, Hlm 11 22 Abdul Shukor Ismail (1984) Sejarah ringkas Muar. Muar: Muar Toko Buku Manaf Sdn. Bhd. Hlm 202. 23 100 tahun yang gemilang, sekolah tinggi muar 1902-2002, (2003). Sekolah tinggi muar. Hlm 4.
Sekolah Tinggi Muar memainkan peranan penting sebagai pusat pendidikan di Muar sejak selepas perang. Pejabat pendidikan muar khususnya dan pejabat pendidikan Johor menjadikan sekolah tinggi sebagai induk segala aktiviti dan perkembangan pendidikan daerah. Di era kemerdekaan, keperluan meningkatkan dasar pendidikan melayu menjadi dasar negara. Sekolah Tinggi Muar berperanan mewujudkan sekolah menengah melayu yang kemudiannya dikenali sebagai sekolah Dato Sri Amar Diraja Muar.24 Perkembangan pendidikan dan penubuhan sekolah baru banyak dipertanggungjawabkan kepada tenaga pengajar sekolah tinggi. Antara sekolah yang tumbuh melalui pentadbiran ini ialah Sekolah Rendah Ismail, Sekolah Menengah Tun Perak, Sekolah Sri Muar, Sekolah Tengku Mahkota Parit Raja, Sekolah Menengah Parit Bunga dan Sekolah Dato Sri Amar Diraja Muar. Sekolah ini juga menyediakan kelengkapan dengan mengadakan mata pelajaran Pendidikan Islam untuk pelajar-pelajar yang beragama Islam dan juga kemudahan surau untuk kegunaan dalam spiritual agama Islam.25 Bagi pelajar yang bukan Islam pula. Sekolah sekolah tinggi juga menyediakan mata pelajaran moral untuk mendidik serta menyemai nilainilai murni yang ada ke dalam jiwa pelajar Cina dan India. Sekolah tinggi muar telah menjadi sebuah sekolah yang penuh bersejarah dan ini terbukti apabila sekolah ini telah menyambut 100 tahun penubuhan pada tahun 2002.26 Sekolah tinggi muar merupakan sekolah yang cemerlang di dalam negeri johor. Sekolah ini mencatatkan bilangan pelajar yang mendapat 8A bagi PMR yang teramai iaitu 57 orang dan peratusan kelulusan bagi PMR ialah 98.86%. selain itu sekolah ini mendapat 100% lulus bagi SPM selama 20 tahun berturut-turut. Malahan pelajar yang lulus seluruh sabjek yang diambil pada tahun 2008 menunjukkan seramai 155 orang daripada 177 orang. Ini menunjukkan sekolah ini sebuah sekolah yang mempunyai pelajar yang cemerlang.27
24
Jabatan Pendidikan negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri johor (2003), Pengkisahan sejarah : 100 tahun sekolah tinggi muar sejarah pendidikan di muar , terbitan sekolah tinggi muar. Hlm 11 25 tahun yang gemilang, sekolah tinggi muar 1902-2002, (2003). Sekolah tinggi muar. Hlm 16 26 Jabatan Pendidikan negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri johor (2003), Pengkisahan sejarah : 100 tahun sekolah tinggi muar sejarah pendidikan di muar, terbitan sekolah tinggi muar. Hlm 2 27 Pencapaian Akedemik tahun 2008 http://highschoolmuar.com/cari_artikel2B.php?id=53 (dicapai pada 2012, Mac 23).
3.0
SUMBANGAN
Sekolah Tinggi Muar telah menyediakan sumbangan yang tidak ternilai kepada semua warga sekolah. Sumbangan ini lebih tertumpu kepada penduduk setempat dan pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Muar yang merupakan sekolah berstatus sekolah yang cemerlang. 28 Hal ini terbukti dengan menjadi sekolah pertama aliran inggeris yang ada di daerah Muar. Selain itu, menjadi sebuah sekolah yang melahirkan cikgu-cikgu ke sekolah inggeris.29
3.1
Penubuhan PIBG sekolah tinggi muar adalah pada tahun 1978. Tujuan utama PIBG Sekolah Tinggi Muar ditubuhkan adalah untuk mengadakan sebuah persatuan yang menggabungkan semua guru Sekolah Tinggi Muar dan Ibu bapa para pelajar Sekolah ini dalam sebuah badan yang dapat menggabungkan usaha untuk kebaikan dan peningkatan prestasi pencapaian pelajar dan sekolah ini. Semasa penubuhan itu PIBG Sekolah Tinggi Muar diterajui oleh sebuah Jawatankuasa yang mengandungi 4 jawatan utama iaitu Yang Dipertua, Naib Yang DiPertua, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat serta dibantu oleh 5 orang AJK daripada kalangan guru-guru sekolah ini dan 8 orang AJK daripada kalangan Ibu bapa pelajar sekolah ini.Yang DiPertua PIBG Sekolah Tinggi Muar yang pertama ialah Tuan Hj. Othman Bin Hj. Ab. Shukur iaitu bagi sesi 1978/1979.30 Semenjak penubuhannya PIBG Sekolah Tinggi Muar telah menjalankan beberapa projek yang boleh dianggap penting bagi kebaikan sekolah dan para pelajar di sekolah ini.Projek-projek yang dijalankan lebih tertumpu kepada menyediakan kemudahan bagi kegunaan warga sekolah keseluruhannya. Beberapa projek penting yang telah dilaksanakan oleh PIBG Sekolah Tinggi Muar adalah seperti berikut :a) Menyediakan langsir dan rel bagi Dewan Besar Sekolah Tinggi Muar
b) Membaikpulih padang hoki Sekolah Tinggi Muar c) Mengubahsuai bilik tayangan/seminar Sekolah Tinggi Muar d) Membeli meja dan kerusi untuk kegunaan bilik guru sekolah e) Mengubahsuai ruang pejabat dan mendapatkan peralatan komputer f) Membina dan melengkapkan ruang untuk surau sekolah g) Menguruskan pembinaan tembok pagar di sekeliling bangunan sekolah h) Membantu dalam pelaksanaan projek keceriaan sekolah
28 29
Muara, Bil. 53, (1995) Sekolah Tinggi Muar. Hlm 23 Majlis penutupan rasmi jerayawara sains & teknologi dan majlis pengkisahan sejarah sempena 100 tahun sekolah tinggi muar. (2003) Selangor : Bintang Pelajar Prints. hlm 29 30 Muara, Bil.53. (1995), Sekolah Tinggi Muar. Hlm 30.
i) Membantu pihak sekolah dari semasa ke semasa demi mempertingkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah
3.2
Pembinaan Asrama
Pembinaan asrama pada tahun 1949 adalah satu sumbangan atas cadangan EN. C. A. Scott yang melihat kesukaran pelajar-pelajar yang terpaksa berulang alik daripada kampung ke sekolah tinggi muar.31 Pada masa itu, kenderaan seperti kereta tidak banyak seperti kini. Pembinaan Asrama ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk tinggal serta belajar dengan lebih selesa. Selain itu, asrama ini turut bertujuan untuk mendisplinkan pelajar supaya belajar untuk berdikari.
3.3
Muzium Sejarah
muzium ini memuatkan segala sejarah sekolah Tinggi muar. Selain itu turut menyimpan segala sejarah pendidikan yang berlaku di Muar, Johor. Di muzium ini terdapat logo sekolah daripada tahun 1902 hingga sekarang. Selain itu, terdapat serba sedikit biodata tokoh yang pernah belajar di sekolah ini. Muzium sejarah sekolah tinggi muar ini penting bagi memastikan sejarah sekolah muar tidak menjadi hilang di telan zaman.32
3.4
Pembinaan bangunan warisan ini pada awal abad ke-20 adalah dalam suasana Inggeris sedang memperluaskan bidang kuasanya di negeri Johor. Era baru bagi negeri Johor bermula dengan pengenalan Penasihat Inggeris dalam pentadbiran Johor pada 1914.33 Pengenalan pentadbiran British telah banyak memberi kesan khususnya dari segi infrastruktur pentadbiran khususnya yang membabitkan pembinaan bangunan-bangunan bagi
menempatkan jabatan-jabatan yang baru diperkenalkan. Muar adalah di antara daerah terawal yang dibangunkan selepas Johor Bahru. Di daerah Muar diantara bangunan yang dibangunkan mengikut ciri-ciri kolonial Inggeris ialah bangunan Sekoiah Tinggi Muar. Pada awal abad ke-20 bangunan-bangunan lain yang dibina mengikut ciri-ciri kolonial seperti bangunan pentadbiran (Bangunan Sultan Ibrahim), Bangunan Mahkamah, Balai Polis, Bangunan Kastam, Pejabat Pos Lama dan bangunan kedai persendirian serta rumah-rumah
31
Mohammad Noor Abdullah, Lim Swee Lam Dan Ahmad Nasarudin Tulus, (2003). video 100 tahun hsm, muar: persatuan bekas pelajar high school muar. 32 majlis penutupan rasmi jerayawara sains & teknologi dan majlis pengkisahan sejarah sempena 100 tahun sekolah tinggi muar. (2003) selangor : bintang pelajar prints. Hlm 32 33 perisytiharan bangunan warisan sekolah tinggi muar, (2003). Melaka : bintang pelajar prints. Hlm 39
kediaman untuk Pegawai-Pegawai British yang kebanyakkannya terdapat di kawasan Tanjung.34 Keseluruhan monumen bangunan warisan adalah berdasarkan ciri-ciri seni bina kolonial Inggeris. Namun begitu tidak dapat dinafikan dalam proses pembinaan reka bentuk bangunan asal ciri-ciri dan pengaruh-pengaruh lain juga diambil kira. Sebagai contoh faktor persekitaran melibatkan ilkim, cuaca, budaya, bentuk muka bumi dan lain-lain lagi juga diambil kira sebagai penentu reka bentuk bangunan. Asas akar umbi reka bentuk bangunan Sekolah Tinggi Muar ini adalah berbentuk Neo Klasiks Palladian gabungan padu antara reka bentuk Inggeris asli dengan penerapan seni bina Melayu. Bangunan wawasan ini gah tersergam indah tetapi berkonsepkan ruang yang terbuka menepati ciri-ciri seni bina bangunan tradisi Melayu.35 Bangunan Sekolah Tinggi Muar yang tersergam indah dibina berbentuk simetri melebar sepanjang 246 kaki. Berdasarkan pelan susun letak dari bahagian atas bangunan ini adalah hasil gabungan 6 komponen. Setiap komponen ini dihias dan dihubungkan oleh rangkaian gerbang kecil di sisi sepanjang beranda (corridor) yang dibina sekeliling bangunan. Setiap komponen ini menempatkan bilik-bilik darjah . Dua komponen sebelah kiri berukuran agak besar iaitu 72 kaki X 35 kaki. Sementara dua komponen di tengah dan dua komponen di sebelah kiri mempunyai ukuran yang sama iaitu 42 kaki X 35 kaki. Kesemua enam komponen bangunan ini mempunyai ciri yang menarik iaitu digabungkan antara satu sama lain dan rangkaian ini adalah berbentuk laluan beranda (corridor) yang dibina sekeliling bangunan.36 Jika diamati secara terperinci, di antara ciri-ciri seni bina kolonial yang jelas dilihat pada bangunan yang mempunyai dua aras ini ialah lantai yang dibina daripada papan jati dan berada empat kaki dari bumi. Selain itu struktur yang dibina adalah berkonsepkan pusatan iaitu ke enam-enam komponen bilik darjah adalah berpusatkan kepada sebuah dewan serba guna (menampilkan konsep dewan opera) dan kawasan lapang terbuka sebagai tempat rekreasi. Konsep bangunan ini dikenali sebagai "Court Yard" yang merupakan ciri-ciri asli seni bina kolonoal Inggeris.37 Pada awal abad ke-20 sehinggalah sebelum Perang Dunia Kedua sistem pengudaraan adalah menggunakan konsep alam semulajadi. Pada bangunan ini konsep pengudaraan adalah berkonsepkan sistem pengudaraan bengunan seni bina tempatan iaitu kisi-kisi udara di
34 35
bahagian atas selepas bumbung juga konsep ruang terbuka juga konsep (kolong) sistem pengaliran udara dari bahagian bawah tanah bangunan. Sistem semulajadi ini memberikan keselesaan kepada pengudaraan keseluruhan bangunan warisan ini. Oleh sebab bekalan elektrik melaiui lampu belum diperkenalkan, maka pencahayaan semulajadi serta pengudaraan di ambil kira dalam mereka bentuk bangunan ini. Bagi mendapatkan keselesaan pengudaraan dan pencahayaan secara semulajadi, reka bentuk bangunan dibina dengan memperbanyak ruang lapang dan luas khususnya di bilik-bilik darjah sepaya aliran dan edaran udara dapat bergera bebas bagi mewujudkan suasana nyaman dan selesa terutama bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.38 3.5 pembinaan surau
pembinaan surau pada tahun 1997 adalah salah satu langkah yang di ambil oleh pihak sekolah bagi memastikan pelajar islam yang tinggal di asrama tidak perlu berjalan jauh untuk bersembayang jemaah serta mempunyai tempat sendiri untuk melakukan sembayang berjemaah. Pembinaan surau ini turut mendapat bantuan derma sebanyak RM 100,000 oleh kerajaan negeri Johor. Majlis meletakkan batu asas surau tersebut telah di rasmikan oleh Y. A. B. Dato Haji Abd. Ghani bin Othman iaitu Menteri Besar Johor.39 Surau ini telah siap di bina pada tahun 1998. Dengan adanya surau ini pelajar mempunyai tempat yang khusus untuk menunaikan sembayang 5 waktu mereka terutamanya yang tinggal di asrama.
38
Majlis penutupan rasmi jerayawara sains & teknologi dan majlis pengkisahan sejarah sempena 100 tahun sekolah tinggi muar. (2003) Selangor : Bintang Pelajar Prints. hlm 41. 39 Puan Nazlizah Hassan,(1997). Laporan majlis Mesra 1997. Muar: PIBG sekolah Tinggi Muar. Hlm 28
10
4.0
KEJAYAAN
Sekolah Tinggi Muar dikelaskan sebagai sebuah sekolah bandar dan mempunyai pelajarpelajar daripada golongan elit dan juga golongan yang biasa. Sekolah ini adalah salah sebuah sekolah yang cemerlang sepanjang tahun sejak tahun 1902 hinggalah 2002. Hal ini terbukti dengan ucapan YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin sempena menyambut 100 tahun penubuhan Sekolah Tinggi Muar.40 Sekolah ini terus gah dari segi percapaian Akademik dan kokurikulum. Hal ini dapat dilihat dengan kejayaan-kejayaan yang rangkul sepanjang penubuhan sekolah ini.
4.1
Akademik
Dalam bidang akademik, sekolah ini mendapat peratusan yang amat memberangsangkan iaitu mendapat 100% dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPM) sepanjang sekolah ini ditubuhkan. Selain itu sekolah ini turut mendapat Anugerah Cemerlang Pencapaian Bidang Sains dan Teknologi Negeri Johor pada tahun 1994. Anugerah ini diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana sekolah ini Mendapat prestasi yang cemerlang dalam bidang sains berasaskan keputusan SPM, 1994. Sijil ini disampaikan oleh Menteri Besar Johor pada 26 Ogos 1995.41 Selain itu, dengan melahirkan beberapa tokoh negarawan menjadi salah satu penanda aras bahawa sekolah ini mempunyai keputusan Akademik yang sangat baik. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah YAB. Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin (Menteri Pertanian), YAB. Dato' Hj. Abd. Ghani Bin Othman (Menteri Besar Johor), Y.B. Dato' Chua Jui Meng (Menteri Kesihatan Malaysia) dan lain-lain lagi.42 Kanival Matematik anjuran Pioneer Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Jabatan Pendidikan Daerah Muar yang berlangsung pada 9 september 1995 turut menunjukkan salah satu bukti yang akademik di sekolah ini amat baik. Hal ini kerana sekolah ini telah memenangi tempat kedua dan tempat ketiga dalam pertandingan yang diadakan dalam kanival Matematik ini.43 Selain itu sekolah ini turut menjadi johan dalam Kuiz Geografi
40
Jabatan Pendidikan negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri johor (2003), Pengkisahan sejarah : 100 tahun sekolah tinggi muar sejarah pendidikan di muar , terbitan sekolah tinggi muar. Hlm 33 41 Muara, Bil 53. 1995. Hlm 40. 42 Muara, Bil 59. 2009. Hlm 27. 43 Muara, Bil 53. 1995. Hlm 39
11
Menengah Rendah Daerah Muar pada tahun 1995.44 Menunjukkan sekolah ini bukan sahaja hebat dari segi sains sahaja malahan turut hebat dalam segi sastera.
4.2
kokurikulum
sekolah ini sangat aktif dalam sukan dan persatuan. Terdapat banyak kejohanan yang dimenangi oleh sekolah Tinggi Muar. Antara aktiviti tersebut adalah olahraga dan debat. Pada tahun 1988, sekolah ini telah melahirkan beberapa orang olahraga diperingkat negri johor. Antaranya bagi acara 100x4 berganti-ganti, lompat jauh dan lompat kijang. Bagi acaraacara ini Sekolah tinggi muar mempuanyai beberapa orang pelajar yang menjadi wakil daerah Muar ke peringkat negeri.45 Bagi persatuan dan kelab, Sekolah Tinggi Muar telah menghantar wakil ke Muar District Debate dan sekolah tersebut mendapat johan bagi pertandingan yang berlangsung pada 12 April 1995.46 Sekolah Tinggi Muar Turut menyertai petandingan Rekacipta Sains di Universiti Teknologi Malayia pada 25 Ogos 1995.47 Penyertaan diperingkat awal bagi pertandingan Rekacipta ini salah satu langkah awal bagi pelajar untuk terus maju dalam pembelajaran mereka.
4.3 Tokoh-tokoh Bekas Pelajar. 4.3.1 Datuk Johan Jaaffar Beliau telah dilahrikan pada 9 november 1953 di sungai baling Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah perserian semerah kemudian ke sekolah menengah semerah seterusnya beliau menyambung pelajarannya di sekolah tinggi muar sebagai pelajar tingkatan enam pada tahun 1972. Selepas itu beliau menjadi penuntut university Malaya dari tahun 1974 hingga 1977. Pada tahun 1977, beliau bekerja sebagai Pegawai penyelidik di dewan bahasa dan pustaka (DBP).48 Jawatan terakhir beliau dalam DBP ialah Ketua Bahagian Penerbitan Am. Pada tahun 1992, beliau di lantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu dan Lembaga Pengarah Syarikat Utusan Melayu yang tersenarai di
44 45
Ibid Hlm 38 Muara, Bil 50. 1989. Hlm 34. 46 Muara, Bil 53. 1995. Hlm 38 47 Ibid, Hlm 38 48 Jabatan Pendidikan negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri johor (2003), Pengkisahan sejarah : 100 tahun sekolah tinggi muar sejarah pendidikan di muar , terbitan sekolah tinggi muar. Hlm12
12
papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BHKL). Beliau turut menjadi Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Multimedia yang bertanggungjawab menentukan arah program koridoraya multimedia atau MSC. Beliau turut pernah menjadi lembaga pengarah pengelola BERNAMA. Sebagai seorang lembaga pengelola DBP beliau turut dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa sastera. 49 Beliau turut dilantik sebagai salah seorang anggota National Brains Trust On National Education di bawah majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) bagi membantu kerajaan menentukan hala tuju masa depan pendidikan negara. Dalam bidang sastera beliau menulis novel, carpen dan esai. Beliau lebih dikenali dalam pengarah/penulis drama pentas Kotaku, Pasrah dan Sang Puteri. Beliau kini menjadi Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional (PENA). Johan telah dianugerahkan pingat Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) pada tahun 1997. Pada tahun yang sama, beliau turut dianugerahkan pingat Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang Dipertuan Agung.50
4.3.2 Datuk Abdullah Bin Ali Beliau dilahirkan pada 31 ogos 1922 di Muar Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah melayu Bandar maharani (1929-1931) dan selepas itu di Sekolah Tinggi Muar dari Special Malay Class hingga darjah 9 (1932-1940). Setelah lulus Senior Cambridge di sekolah tinggi muar, beliau ditawarka biasiswa kerajaan johor untuk melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura pada tahun 1941. Apabila perang meletus Raffles College ditutup dan Abdullah kembali semula pada tahun 47 dan berjaya memperolehi Diploma In Art pada tahun 1949.51 Beliau berkhidmat sebagai pegawai tadbir negeri johor dari tahun 1949 hingga 1953 dan pegawai tadbir Malaya pada tahun 1954-1956. Pada tahun 1956 beliau dipilih mengikuti krusus dan latihan diplomatik di Australian National University Camberra dan di kementerian luar negeri Australia. Sekembalinya daripada Australia beliau bertugas di India dari tahun 1957- 1958 sebagai Setiausaha II, Suruhanjaya Tinggi Malaya di India. Beliau
49
Jabatan Pendidikan negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri johor (2003), Pengkisahan sejarah : 100 tahun sekolah tinggi muar sejarah pendidikan di muar, terbitan sekolah tinggi muar. Hlm 13 50 Majlis penutupan rasmi jerayawara sains & teknologi dan majlis pengkisahan sejarah sempena 100 tahun sekolah tinggi muar. (2003) Selangor : Bintang Pelajar Prints. hlm 35. 51 Jabatan Pendidikan negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri johor (2003), Pengkisahan sejarah : 100 tahun sekolah tinggi muar sejarah pendidikan di muar , terbitan sekolah tinggi muar. Hlm 15
13
terus menyumbangkan bakti di dalam perkhidmatan Tabdir & Diplomatic Di Kementerian Luar Negeri sehingga bersara pada tahun 1979. Antara jawatan yang di sandang ialah setiausaha ASA di Kuala Lumpur 1961-1963. Penolong setiauasaha perdagangan kementerian luar negeri 1959-1961, timbalan ketua setiausaha kementerian luar negeri 19691971 serta menjadi Duta Besar Malaysia di Germany 1975. 52 Diantara hasil penerbitan beliau yang popular ialah The Story of ASA, diterbitkan oleh kementerian luar negeri 1963 dan Malaysia Protocol And Correct Froms Of Address, terbitan Times Nasional, 1986 dan 1997 (Cetakan kedua). Diatas jasa dan bakti beliau, Abdullah dianugerahkan sijil dan pingat kehormatan.53 Diantaranya ialah Panglima Setia diraja, Dato Paduka Mahkota Johor, Kesatria Mangku Negara, Second Class Order of the Sacred Treasure (Japan), gelaran Dato, Ambassador dan lain-lain lagi gelaran yang diperolehi oleh beliau.54
4.3.3 Dato Abdullah Bin Mohamad Abdullah telah dilahirkan di Muar Johor pada 11 september 1931. Beliau mendapat pendidikan rendah di sekolah melayu dumpar tinggi, muar sebelum perang pada tahun 19371940. Pada zaman pendudukan jepun Abdullah telah menyambung persekolahannya di Sekolah Jepun (di bangunan Sekolah Tinggi Muar) dan setelah perang tamat beliau terpilih melanjutkan pelajaran ke sekolah aliran inggeris (Goverment English School) dengan menduduki sekolah peralihan (Preparatory school). Abdullah Berjaya menamatkan pelajaran sehingga darjah 9 dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1950 dan melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar.55 Pada tahun 1954, Abdullah memulakan kerjayanya sebagai pembantu penyiaran. Beliau mendapat latihan kerjaya secara professional di dalam dan di luar negeri seperti Kanada dan England. Pada tahun 1957, beliau telah ditawarkan berkhidmat di British Broadcasting Corporation di London oleh kerajaan Britian sehingga tahun 1962. Sekembali beliau daripada London, beliau di lantik sebagai ketua Perkhidmatan Penyiaran Seberang Laut Radio Malaysia yang sangat popular dengan program siaran Suara Malaysia. Abdullah
52 53
Ibid 16 Ibid 18 54 Ibid 17 55 Jabatan Pendidikan negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri johor (2003), Pengkisahan sejarah : 100 tahun sekolah tinggi muar sejarah pendidikan di muar , terbitan sekolah tinggi muar. Hlm 19
14
menjadi ketua Pengarah pada tahun 1975 sehingga bersara pada tahun 1986. Di peringkat antarabangsa beliau terkenal di dalam dunia Penyiaran. Beliau adalah presiden Persekutuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) dari tahun 1983-1986.56 Abudullah merupakan pengasas penubuhan institut Pembangunan Penyiaran Asia Pasifik (AIBD) di Kuala Lumpur. Aktiviti institut ini adalah memberikan latihan dalam segala aspek penyiaran kepada pegawaipegawai dan pelatih-pelatih antarabangsa dari negara Asia-Pasifik. Beliau menjadi Pengerusi AIBD dari tahun 1977-1985 dan setelah bersara beliau dilantik menjadi pengarah AIBD sehingga 1995. Beliau telah dilantik sebagai Konsul Kehormat ABU dan di anugerahkan sijil penghormatan dan pingat oleh kerajaan. Diantaranya Johan Setia Mahkota, Dato Setia Sultan Ismail dan Kesatria Mangku Negara.57
4.3.4 Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971). Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Y.B. Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd. Y.B. Tan Sri Dato' kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehinggalah ke hari ini. Y.B. Tan Sri Dato' pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen
56 57
15
Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.58 Y.B. Tan Sri Dato' juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mulai bulan Disember 1999. Beliau pernah dilantik menjadi Yang DiPertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995) serta Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik negeri Johor selama 10 tahun (1986-1996). Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada masa lapang, YB Tan Sri Dato' gemar bermain golf dan badminton. Anugerah * 2007-Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP), Dato Seri * 1991-Seri Paduka Mahkota Johor (SMPJ), Dato' * 1988- Panglima Setia Mahkota (PSM), Tan Sri * 1980-Setia Mahkota Johor (SMJ) * 1879-Bintang Sultan Ismail (BSI) * 1974-Pingat Ibrahim Sultan (PIS)
58
Majlis penutupan rasmi jerayawara sains & teknologi dan majlis pengkisahan sejarah sempena 100 tahun sekolah tinggi muar. (2003) Selangor : Bintang Pelajar Prints. hlm 38
16
5.0
PERISTIWA PENTING
Sejak Sekolah tinggi Muar ini ditubuhkan banyak terdapat peristiwa-peristwa penting yang dicatatkan dalam menjadi satu sejarah dalam sekolah ini. Peristiwa penting yng berlaku di sekolah ini ada yang gembira dan ada juga yang duka. 5.1 Golden Jubilee Majlis ini di adakan pada 30 September 1954. Majlis ini diadakan bagi meraikan sempena 50 tahun penubuhan sekolah ini. terdapat pelbagai kecemerlangan yang di rangkul serta melahirkan tokoh pelajar yang beribawa seperti Datuk Abdullah Bin Ali (Tadbir & Diplomatik di Kementerian Luar Negeri, 1957), Dato Abdullah Bin Mohamad ( Presiden penyiaran Asia Pasifik, 1983), dan En. G. F. Daniels(pengetua Sekolah Tinggi Muar, 19541956). En. G. F. Daniels telah menyampaikan sedikit ucapan bagi menunjukkan rasa kagum serta harapan beliau untuk melihat sekolah ini tetap cemerlang daripada segi akademik dan kokurikulum sehingga menyambut ulang tahun ke 100 sekolah itu.59
5.2 Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah 1995 Ketibaan Y. B. Tn. Hj. Abd. Aziz B. Hj. Mohd. Yassin pada pukul 9:00 pagi di sambut dengan paluan kompang dan persembahan silat dari persatuan Seni Silat Sekolah Tinggi Muar. Ucapan alu-aluan oleh pengetua sekolah tinggi muar serta melaporkan segala perjalanan dan aktiviti sepanjang tahun 1994 dan pencapaian para pelajar dari segi akademik dan kokurikulum yang terus meningkat.60 Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Y. B. Tn. Hj. Abd. Aziz B. Hj. Mohd. Yassin. Beliau meluahkan rasa gembira tentang pencapaian yang semakin meningkat serta beliau menggalakkan ibu bapa bersama-sama dengan pihak sekolah untuk membantu meningkatkan prestasi para pelajar ke tahap yang lebih tinggi. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar yang cemerlang bagi keputusan SPM dan PMR pada tahun 1994.61
59
Majlis penutupan rasmi jerayawara sains & teknologi dan majlis pengkisahan sejarah sempena 100 tahun sekolah tinggi muar. (2003) Selangor : Bintang Pelajar Prints. Hlm 27. 60 Muara, Bil 53 (1995), Johor: Sekolah Tinggi Muar. Hlm 50 61 Salimar,(1995). Laporan Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah 1995. Hlm 51.
17
5.3 Pelancaran Pusat Sumber Ilmu Pusat sumber ini adalah salah satu langkah pihak sekolah dan kerajaan negeri johor untuk memastikan rakyatnya celik IT. Dengan adanya Pusat Sumber Ilmu ini, pelajar bebas untuk mencari maklumat serta belajar tentang komputer di sekolah tersebut. terdapat guru pemantau untuk memastikan pelajar tidak salah menggunakan kemudahan yang diberikan kepada mereka. Pusat Sumber Ilmu telah dirasmikan oleh pengetua sekolah iaitu Tn. Hj. Abdul Wahab Bin Suradi.62 Pusat sumber ini menempatkan sebanyak 20 buah komputer bagi kegunaan guru dan kegunaan bersama.
5.4 Majlis mesra Majlis ini telah diadakan pada 8 julai 1997 bertempat di dewan sekolah tinggi muar. Majlis ini telah di anjurkan oleh persatuan bekas pelajar dengan kerjasama persatuan ibu bapa guru dan sekolah tinggi muar. Y. A. B. Dato Haji Abd. Ghani bin Othman turut serta hadir serta merasmikan majlis tersebut.63 diantara tetamu yang hadir termasuklah Y.B. Dato Hj. Lokman bin Thany, pegawai Daerah maur, Y.B. ADUN kawasan Parit Bakar, dan Y.B. ADUN kawasan Sungai Balang serta Yang Berbahagia Tan Sri Dato Sulaiman bin Ninam Shah selaku penaung Jawatankuasa Pembinaan Surau Sekolah Tinggi Muar.64 Ketibaan Y. A. B. Menteri Besar Johor pada pukul 9:00 pagi di sambut dengan persembahan silat dari persatuan Seni Silat Sekolah Tinggi Muar.65 Majlis Telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang dipertua Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tinggi Muar, En. E. Ramasamy. Kemudianya Yang Dipertua PIBG Sekolah Tinggi Muar, En. Abu Kassim bin Koming di dalam ucapan beliau menyeru ibu bapa supaya bersama-sama dengan pihak sekolah untuk membantu meningkatkan prestasi Pelajar-pelajar. Pengetua Sekolah Tinggi Muar turut melaporkan segala aktiviti dan perjalanan sekolah serta pencapaian para pelajar dari segi akademik dan kokurikulum yang terus meningkat.66 Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan cek-cek derma surau dan diikuti oleh ucapan dari Y. A. B. Menteri Besar Johor. Ucapan beliau telah mengamit nostalgia semasa beliau mengimbau zaman persekolahan beliau di sekolah tinggi muar.
62 63
Muara, Bil 53 (1995), Johor: Sekolah Tinggi Muar. Hlm 48. Muara, Bil 55 (1997), Johor: Sekolah Tinggi Muar. Hlm 26 64 Muara, Bil 55 (1997), Johor: Sekolah Tinggi Muar. Hlm 27 65 Ibid, Hlm 26 66 Nazlizah Hassan,(1997). Laporan majlis Mesra 1997. Muar: PIBG sekolah Tinggi Muar. Hlm 28
18
Y. A. B. Menteri Besar Johor telah mengumumkan peruntukan RM 1.5 juta bagi tujuan pemuliharaan Bangunan Warisan Sekolah tinggi muar.67 Serta mendermakan sebanyak RM 100,000 untuk pembinaan surau sekolah. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pelajar cemerlang Sekolah Tinggi Muar oleh Y. A. B. Menteri Besar Johor.68 Y. A. B. Menteri Besar Johor telah ke tapak pembinaan surau untuk Majlis Meletakkan Batu Asas Surau69 dan kemudianya merasmikan Bangunan Persatuan Bekas Pelajar.70
5.5
Persaraan dan pertukaran pengetua dalam sekolah ini dikatakan sebagai satu peristiwa yang penting yang dicatatkan dalam sejarah sekolah. dari tahun 1902 sehingga sekarang Sekolah Tinggi Muar telah menerima seramai 32 orang pengetua.71 setiap pengetua yang berkhidmat di sekolah ini membawa nama sekolah ini dengan pelbagai cara tersendiri demi menaikan nama sekolah ini. Senarai nama pengetua sejak sekolah ini dibuka ialah En C.P.Provis (1904) , En Palgar (1905-1906), En Gray (1913), En Hugh Mortimer (1914-1915), En J.W.Moore (1916-1920), En Huge Crombics (1921), En F.L.Shaw (1922-1922), En David Roper (19221929), En J.M.Taylor (1929-1940). Selepas Perang Dunia Yang Kedua Sistem Pentabiran Sekolah Bermula Seperti Biasa Dengan En C.D.Westwood (1945-1946), En G.Woods (19461948), Lt.Col.C.A.Scott (1948-1949), En W.Gibson (1950), En H.G.Clarke (1951-1952), En. A. Will Lamson (1952), En. G.F.Daniels (1953-1956), En E.A.C. Balshaw (1957), En D.P. Pereira (1957-1973), En M.G.Parry (1973-1978), Tn Sheikh Hussin B Ali (1979-1981), Tn Hj Abdul Wahab Bin Suradi (1982-1996), Tn Hj Abas B Draman (1996-1997), Cik Hjh.Aminah Bt Hj Ahmad (1998-1999), Pn Maznah Bt Abu Bakar (1999-2001), En. Jamian Ja'far (2001), En. Baharol Bin Hassan (2002-2003),72 Puan Milan Tai Abdullah (2004-2008), Pn. Hjh Latifah Binti Hamdan (2008 Hingga Kini).
67 68
Ibid, Hlm 28 Muara, Bil 55 (1997), Johor: Sekolah Tinggi Muar. Hlm 26 69 Ibid, Hlm 27 70 Mohammad Noor Abdullah, Lim swee Lam dan Ahmad Nasarudin Tulus, (2003). Video 100 tahun HSM, muar: persatuan bekas pelajar high school muar. Minit 4:20. 71 Muara. Bil. 59. 2009 Hlm 21. 72 Muara. Bil. 59. 2003 Hlm 21.
19
6.0 Kesimpulan Penubuhan Sekolah Tinggi Muar ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada daerah Muar dan juga Negeri Johor. Sumbangan kepada masyarakat setempat khususnya tidak dapat dilupakan. Sekolah ini turut menjadi sebuah sekolah yang melahirkan guru-guru yang akan mengajar di sekolah Inggeris. Selain itu, kemudahan yang terdapat di sekolah ini amat baik serta menjadi salah satu titik tolak untuk menarik pelajar belajar di sekolah ini. Oleh yang demikian, pihak sekolah akan berusaha dengan sebaik mungkin demi meneruskan usaha kerajaan untuk memartabatkan institusi pendidikan sebagai teras utama dalam melahirkan generasi yang cemerlang dan mampu untuk bersaing dengan pendidikan diluar negara. Sekolah Tinggi Muar akan berkembang dan terus berkembang bagi melahirkan insan yqng seimbang dalam akademik, kokorikulum, dan juga rohaniah dan berjiwa kental dalam menjadi generasi yang akan meneruskan cita-cita kerajaan.
20
Bibliografi 100 tahun yang gemilang, sekolah tinggi muar 1902-2002, (2003). Sekolah tinggi muar Abdul Shukor Ismail (1984) Sejarah ringkas Muar. Johor: Muar Toko Buku Manaf Sdn. Bhd. Jabatan Pendidikan negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri johor (2003), Pengkisahan sejarah : 100 tahun sekolah tinggi muar sejarah pendidikan di muar, terbitan sekolah tinggi muar. Majlis penutupan rasmi jerayawara sains & teknologi dan majlis pengkisahan sejarah sempena 100 tahun sekolah tinggi muar. (2003) Selangor : Bintang Pelajar Prints. Mohammad Noor Abdullah, Lim swee Lam dan Ahmad Nasarudin Tulus, (2003). Video 100 tahun HSM, muar: persatuan bekas pelajar high school muar. Muara, Bil 50. 1989 Muara, Bil 53 (1995), Johor: Sekolah Tinggi Muar Muara, Bil 55 (1997), Johor: Sekolah Tinggi Muar Muara. Bil. 59. 2003 Muara, Sekolah Tinggi Muar, Bil. 64, 2007 Muara. Bil. 59. 2009 Nazlizah Hassan,(1997). Laporan majlis Mesra 1997. Muar: PIBG sekolah Tinggi Muar Pencapaian Akedemik tahun 2008 http://highschoolmuar.com/cari_artikel2B.php?id=53 (dicapai pada 2012, Mac 23).
21
LAMPIRAN
22
Foto
23