Roda Warna
Roda Warna
Roda Warna
Pengenalan Warna 1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna-warni yang boleh dinikmati oleh manusia; 2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sesuai mengikut situasi tertentu 3 Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara satu sama lain. 4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier. 5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna
roda warna
warna sekunder - jingga, ungu dan hijau 1. Juga dipanggil warna kedua 2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas. Warna sekunder = warna asas + warna asas 3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau a. Jingga = merah + kuning b. ungu = merah + biru c. hijau = kuning + biru Warna tertier
warna-warna tertier 1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna warna tertier = warna asas + warna sekunder 2. Warna tertier terdiri daripada a. biru ungu = biru + ungu b. biru hijau = biru + hijau c. kuning jingga = kuning + jingga d. kuning hijau = kuning + hijau e. merah jingga = merah + jingga f. merah ungu = merah + ungu