Skema Bab 1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SKEMA JAWAPAN BAB 1 KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

MODUL KARANGAN BAHAGIAN A UNTUK KUMPULAN PERHALUS


INFO UMUM PENULISAN KARANGAN BERPANDU
1. Panjang karangan berpandu yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 200-250 patah perkataan. 2. Karangan ini sebaik-baiknya mestilah disiapkan dalam tempoh 45 minit. 3. Karangan ini memperuntukkan 30 markah. 4. Karangan ini mestilah mempunyai pengenalan, isi dan penutup. 5. Pelajar digalakkan menyelitkan unsur-unsur peribahasa,ungkapan, cogan kata, dan sebagainya. keindahan bahasa seperti

PANDUAN GURU
1. Guru membimbing pelajar mengenal pasti kata kunci soalan, dan format soalan. 2. Terangkan kepada pelajar jumlah perenggan yang diperlukan bagi karangan berpandu. 3. Pada peringkat awal guru harus membimbing pelajar membina karangan dengan melengkapkan perenggan melalui teknik pasang siap. 4. Jenis-jenis ayat yang terdapat dalam setiap perenggan adalah seperti berikut: a. Perenggan pengenalan: Hendaklah terdiri daripada (3 atau 4 ) ayat. i. ii. iii. (AK) ialah ayat keterangan tentang tema secara umum. (AH) ialah ayat yang menghuraikan keterangan. (AA) ialah ayat arah yang mempunyai kata kunci dan menyatakan hala tuju soalan.

b. Perenggan isi: Terdiri daripada: i. ii. iii. (AT) ialah ayat yang membuat penyataan tentang idea utama pada bahan rangsangan. (AH) ialah ayat yang menghuraikan idea utama dengan menggunakan teknik penyoalan (MASBBD) (AC) ialah ayat yang mengandungi contoh-contoh untuk memperkukuh isi.

iv.

(AS) ialah ayat yang menyimpulkan dikemukakan dalam perenggan tersebut.

tentang isi dan huraian yang

c. Perenggan penutup: Perenggan penutup terdiri daripada: i. ii. iii. (AS) ialah ayat yang membuat kesimpulan secara keseluruhan tentang karangan yang ditulis. (AP) ialah ayat yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau cadangan. (AH) ialah ayat iaitu ayat yang mengandungi harapan pelajar berkaitan cadangan .

5. Skema ini hanyalah cadangan. Guru boleh menerima mana-mana jawapan yang difikirkan sesuai.

CADANGAN SKEMA KARANGAN BAHAGIAN A PERHALUS


Latihan 1 Tajuk 1 : Kebaikan Amalan Gotong-royong Pengenalan 1. Pada hari ini isu amalan gotong-royong selalu diperkatakan. 2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius. 3. Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku? 4. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari kebaikan amalan bergotong-royong. Isi Pertama 5. Sesungguhnya kebaikan amalan gotong-royong perpaduan sesama ahli masyarakat. ialah boleh mengeratkan

6. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. 7. Contohnya, mereka dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan. 8. Sekiranya hal ini dilakukan pasti akan melahirkan keadaan yang aman. 9. Benarlah amalan gotong-royong boleh mengeratkan perpaduan ahli masyarakat. Isi Kedua

10. Selain itu, kebaikan amalan gotong-royong ialah dapat mempercepat dan memudahkan sesuatu kerja. 11. Hal ini demikian kerana kerja yang dilakukan dapat dilakukan bersama-sama. 12. Contohnya, bergotong-royong menjayakan majlis perkahwinan. 13. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu kerja. 14. Tepatlah bahawa amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan. Isi Ketiga 15. Di samping itu, kebaikan amalan bergotong-royong ialah boleh memperkukuh semangat kejiranan. 16. Hal ini demikian kerana masyarakat dapat mengambil berat hal-hal kejiranan. 17. Contohnya, kita boleh menolong jiran yang menghadapi kesusahan. 18. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mengukuhkan hubungan antara jiran. 19. Betullah bahawa amalan gotong-royong memberikan banyak kebaikan. Kesimpulan 20. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam menggalakkan amalan gotong-royong ini. 21. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. 22. Semoga akan lahir masyarakat yang mengamalkan sikap tolong-menolong. 23. Namun begitu bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera.

Latihan 2 Tajuk : Sebab Pelajar Tidak Mematuhi Disiplin Pengenalan 1. Pada hari ini isu disiplin pelajar selalu diperkatakan. 2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius. 3. Persoalannya mengapakah hal ini berlaku? 4. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari sebabsebab pelajar tidak mematuhi disiplin. Isi Pertama 5. Sesungguhnya sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah masalah keluarga.

6. Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anak. 7. Contohnya ialah ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka. 8. Sekiranya hal ini berlaku pastilah anak-anak akan terbiar. 9. Benarlah keluarga penting untuk membentuk disiplin pelajar. Isi Kedua 10. Selain itu, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah mereka terpengaruh dengan rakan. 11. Hal ini demikian kerana mereka mudah terikut-ikut dengan kelakuan rakan sebaya. 12. Contohnya, pelajar akan mengikut rakan mereka ponteng sekolah. 13. Sekiranya hal ini berlaku pastilah akan merosakkan masa depan pelajar. 14. Tepatlah bahawa rakan merupakan sebab yang boleh mempengaruhi pelajar. Isi Ketiga 15. Di samping itu sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah pengaruh media. 16. Hal ini demikian kerana media sering menyiarkan contoh kelakuan yang tidak baik. 17. Contohnya perlakuan remaja menghisap rokok. 18. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan merosakkan disiplin pelajar. 19. Betullah bahawa media boleh mempengaruhi disiplin pelajar. Kesimpulan 20. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu disiplin pelajar ini. 21. Jika tidak kita tidak akan berjaya menanganinya. 22. Semoga akan lahir pelajar yang berwawasan pada masa akan datang. 23. Namun begitu bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera.

Latihan 3 Tajuk : Usaha-usaha untuk Memperkukuh Perpaduan Kaum Pengenalan


1. Dewasa ini isu perpaduan kaum selalu dibincangkan. 2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkan. 3. Persoalannya bagaimanakah usaha untuk melakukannya? 4. Oleh itu sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum.

Isi Pertama
1. Sesungguhnya usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah dengan mengadakan sambutan rumah terbuka. 2. Hal ini demikian kerana sambutan iini dapat diraikan oleh semua kaum. 3. Contohnya, dalam sambutan rumah terbuka Hari Raya, kaum Cina dan India boleh meraikannya bersama. 4. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mewujudkan perpaduan kaum. 5. Benarlah sambutan rumah terbuka dapat memperkukuh perpaduan kaum.

Isi Kedua
1. Selain itu, usaha yang boleh dilakukan ialah mewujudkan sekolah untuk semua kaum. 2. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum boleh belajar dalam satu sekolah yang sama. 3. Contohnya, Sekolah Wawasan telah ditubuhkan oleh kerajaaan. 4. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan memperkukuh perpaduan antara kaum. 5. Tepatlah bahawa sekolah pelbagai kaum dapat mengukuhkan perpaduan kaum.

Isi Ketiga
1. Di samping itu, mewujudkan persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum. 2. Hal ini demikian kerana persefahaman penting untuk menjadikan negara kita aman. 3. Contohnya, setiap kaum perlu mengamalkan prinsip-prinsip gagasan 1 Malaysia. 4. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan menyatukan semua kaum. 5. Betullah bahawa persefahaman rakyat berbilangan kaum amat penting.

Kesimpulan 6

1. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu perpaduan kaum ini. 2. Jika semua pihak tidak bekerjasama usaha ini tidak akan berjaya. 3. Semoga akan lahir masyarakat yang bersatu padu di negara kita. 4. Sesungguhnya, bersatu teguh bercerai roboh.

Latihan 4 Tajuk : Usaha-usaha Memupuk Amalan Berbudi Berbahasa Pengenalan


1. Pada hari ini isu amalan berbudi bahasa selalu diperkatakan. 2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin membimbangkan. 3. Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku? 4. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari usahausaha yang perlu dilaksanakan.

Isi Pertama
1. Sesungguhnya usaha memupuk amalan berbudi bahasa ialah ibu bapa perlu mendidik anak mereka. 2. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan orang yang paling hampir kepada mereka. 3. Contohnya, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh adab yang baik. 4. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan dapat membentuk anak-anak yang berbudi bahasa. 5. Benarlah ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan amalan yang baik.

Isi Kedua
1. Selain itu, guru perlu mendidik pelajar supaya berbudi bahasa. 2. Hal ini demikian kerana didikan guru menjadi ikutan kepada pelajar. 3. Contohnya, sekolah boleh mengadakan program yang boleh memupuk amalan baik.

4. Sekiranya hal ini dilakukan, pastilah akan dapat melahirikan pelajar yang berbudi bahasa. 5. Tepatlah bahawa peranan guru penting dalam memupuk amalan berbudi bahasa.

Isi Ketiga
1. Di samping itu, kerajaan juga boleh melancarkan kempen berbudi bahasa. 2. Hal ini demikian kerana kempen ini boleh menanam sikap berbudi bahasa. 3. Contohnya, mengadakan poster dan iklan amalan berbudi bahasa dalam media massa. 4. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan membentuk masyarakat yang berperibadi mulia. 5. Betullah bahawa kempen berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat berbudi bahasa.

Kesimpulan
1. Kesimpulanya semua pihak haruslah bekerjasama dalam melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa. 2. Jika usaha ini dijalan sekadari melepas batuk ditangga, matlamatnya pasti tidak akan berjaya. 3. Semoga usaha ini akan melahirkan generasi yang berbudi berbahasa. 4. Sesungguhnya berbudi bahasa budaya kita. Latihan 5 Tajuk: Kemalangan Jalan raya PENGENALAN 1. Pada hari ini isu kemalangan jalan raya selalu diperkatakan. 2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius. 3. Persoalannya mengapakah masalah sedemikian berlaku? 4. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari punca berlakunya hal ini. ISI PERTAMA 5. Sesungguhnya punca berlakunyanya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu. 6. Hal ini demikian kerana mereka suka menjadikan jalan raya tempat berlumba. 7. Contohnya mereka memandu melebihi had laju. Mereka ingin sampai cepat ke tempat yang dituju. Ada juga pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk. 8. Sekiranya hal ini berlaku pastilah mereka tidak dapat mengawal kenderaan. Kenderaan yang dipandu mungkin terbabas dan menyebabkan kemalangan. 9. Benarlah kata pepatah biar lambat asal selamat, kita akan sampai ke sesuatu

destinasi dengan selamat jika kita tidak terlibat dengan kemalangan. ISI KEDUA 10. Selain itu, punca berlakunya kemalangan ialah keadaan jalan raya . 11. Hal ini kerana jalan raya yang sempit boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Keadaan jalan raya yang rosak juga sekiranya kita tdak berhatihati semasa memandu boleh mengundang padah. 12. Contohnya, jalan yang berlubang menyebabkan kenderaan hilang kawalan. 13. Sekiranya hal ini berlaku, ramailah pemandu akan menjadi mangsa keadaan. 14. Tepatlah bahawa kesempurnaan dan penambaikan jalan raya ini dapat mengatasi kemalangan. ISI KETIGA 15. Di samping itu,puncanya ialah tiada penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah jalan raya . 16. Hal ini demikian kerana denda-denda yang dikenakan masih tidak memberi kesedaran kepada mereka. 17.Contohnya terdapat ramai pemandu tidak memiliki lesen. Ada juga pemandu bawah umur misalnya pelajar secara bebas menunggang motosikal tanpa lesen. 18.Sekiranya hal ini berlaku, pastilah akan melanggar undang-undang jalan raya yang ditetapkan. 19. Betullah bahawa punca kemalangan jalan raya dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa. KESIMPULAN 20. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu kemalangan jalan raya ini. 21. Jika tidak kita tidak akan berjaya. 22. Semoga akan lahir generasi yang berhemah. 23. Namun begitu bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera. Latihan 6 Tajuk:Usaha-usaha memupuk semangat patriotik PENGENALAN 1. Pada hari ini isu kurangnya semangat patriotik dalam kalangan remaja selalu diperkatakan. 2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin membimbangkan. 3. Persoalannya mengapa hal sedemikian berlaku? 4. Oleh itu sebelum nasi menjadfi bubur, marilah kita bersama-sama mencari usahausaha memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja. ISI PERTAMA 5. Sesungguhnya, usaha memupuk semangat ini adalah melalui perpaduan kaum. 6. Hal ini demikian kerana golongan remaja terdiri daripada berbilang kaum. 7. Contohnya,kaum Melayu,Cina dan India dapat disatukan dalam usaha memupuk semangat ini serta mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara. 8. Sekiranya hal ini dilakukan,pastilah akan melahirkan rakyat yang bersatu mendukung cita-cita negara. 9. Benarlah, kata peribahasa bersatu teguh bercerai roboh.

ISI KEDUA 10. Selain itu, usaha memupuk semangat patriotik adalah melalui amalan menghormati lagu kebangsaan. 11.Hal ini demikian kerana remaja seharusnya tahu menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan negara mereka. 12 Contohnya apabila lagu Negaraku dimainkan dalam majlis rasmi, rakyat Malaysia wajib berdiri sebagai tanda hormat. 13. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan melahirkan remaja berwajah kebangsaan dan bersemangat patriotik. 14. Tepatlah bahawa semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan remaja. ISI KETIGA 15. Di samping itu,usaha memupuk semangat patriotik ini adalah melalui sambutan hari kemerdekaan. 16. Hal ini demikian kerana remaja sebagai pelapis negara boleh mengambil bahagian dalam perarakan hari kebangsaan. 17 Contohnya,remaja-remaja membuat persembahan membentuk bendera Malaysia dalam acara perasmian majlis tersebut. 18. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah semangat ini dapat membentuk remaja patriotik. 19. Betullah bahawa setiap usaha akan membuahkan hasil, kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. KESIMPULAN 20. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja. 22. Semoga akan lahir generasi baru yang bersemangat patriotik. 23. Namun begitu bak kata peribahasa yang bulat tak datang bergolek yang pipih tak datang melayang. Latihan 7 Tajuk:Faedah Melancong PENGENALAN 1.Pada hari ini isu pelancongan selalu diperkatakan. 2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin mendapat perhatian masyarakat. 3.Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku? 4.Hal ini dikatakan demikian kerana melancong mendatangkan faedah kepada kita. ISI PERTAMA 5. Sesungguhnya faedah melancong dapat menambahkan ilmu pengetahuan. 6. Hal ini demikian kerana apabila kita melancong ke sesuatu tempat, kita dapat melihat sendiri tempat yang dilawati. Perkara yang sebenar akan dialami . 7. Contohnya melawat ke bandar bersejarah seperti Melaka dapat menambah ilmu pelancong yang mengunjung tempat itu. 8. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah pelancong memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan. 9. Benarlah kata pepatah jauh perjalanan luas pandangan.

10

ISI KEDUA 10. Selain itu faedah melancong ialah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. 11. Hal ini demikian kerana kita dapat berjumpa sanak saudara kita yang tinggal jauh. 11. Contohnya kita dapat berkenalan dengan saudara mara di sebelah ibu dan bapa kita. 12.Sekiranya,hal ini dilakukan pastilah akan menjalin hubungan yang erat antara ahli keluarga 13. Tepatlah bahawa hubungan kekeluargaan ibarat isi dengan kuku. ISI KETIGA 14. Di samping itu faedah melancong ialah dapat menambahkan ekonomi negara. 15. Hal ini demikian kerana aktiviti pelancongan dapat menambah pendapatan negara. 16. Contohnya, kemasukan pelancong asing ke negara kita mampu meningkatkan ekonomi negara. 17.Sekiranya hal ini dilakukan pastilah negara kita akan maju dan dapat bersaing dengan negara luar. 18.Kesannya negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. KESIMPULAN 21. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan industri pelancongan. 22. Semoga akan lahir negara yang maju dan berpendapatan tinggi. 23. Namun begitu bak kata peribahasa yang bulat tak datang bergolek yang pipih tak datang melayang.

Latihan 8 Tajuk : Langkah-Langkah Memupuk Semangat Kejiranan Pengenalan 1. Pada hari ini isu tentang semangat kejiranan yang semakin longgar dalam kalangan masyarakat selalu diperkatakan. 2. Umum mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin membimbangkan. 3. Persoalannya mengapakah masalah sedemikian berlaku? 4. Oleh itu sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari pelbagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat

Isi Pertama 5. Sesungguhnya langkah untuk memupuk semangat kejiranan ialah melalui aktiviti bergotong-royong.

11

6. Hal ini demikian kerana aktiviti gotong-royong dapat menjimatkan masa. 7. Contohnya penyediaan makanan untuk majlis kenduri kendara dapat disediakan secara bergotong-royong. 8. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah majlis tersebut dapat dijayakan dengan sempurna dan meriah. 9. Benarlah bahawa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Isi Kedua 10. Selain itu, langkah memupuk semangat kejiranan ialah melalui aktiviti kunjungmengunjung. 11. Hal ini demikian kerana aktiviti tersebut dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat. 12. Contohnya sempena musim perayaan masyarakat akan saling mengunjungi jiran masing-masing. 13. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan memupuk semangat kejiranan. 14. Tepatlah bahawa kejiranan. aktiviti kunjung-mengunjungi dapat memupuk semangat

Isi Ketiga 15. Di samping itu langkah memupuk semangat kejiranan adalah melalui sikap bantumembantu dalam kalangan masyarakat. 16. Hal ini demikian kerana aktiviti tersebut dapat meringankan beban jiran mereka. 17. Contohnya jiran-jiran akan membantu jiran mereka yang menjadi mangsa bencana alam. 18. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa bencana alam tersebut. 19. Betullah bahawa jiran sepakat membawa berkat. Kesimpulan 20. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

12

21. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. 22. Semoga akan lahir masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan. 23. Namun begitu bak kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Latihan 9 Tajuk:Kepentingan menanam sayur di perkarangan rumah Pengenalan 1. Pada hari ini isu tentang pentingnya menaman sayur-sayuran di pekarangan rumah selalu diperkatakan. 2. Umum mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin penting. 3. Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku? 4. Oleh itu untuk menyahut seruan tersebut, marilah kita bersama-sama mencari jalan untuk menjayakannya. Isi Pertama 5. Sesungguhnya kepentingan aktiviti menanam sayur di perkarangan rumah ialah dapat menjimatkan perbelanjaan harian. 6. Hal ini demikian kerana harga sayur-sayuran dalam pasaran agak mahal. 7. Contohnya dengan cara menanam sayur-sayuran di kawasan rumah, perbelanjaan harian dapat dikurangkan. 8. Sekiranya aktiviti menanam sayuran-sayuran dilakukan pastilah akan menjimatkan perbelanjaan harian sesebuah keluarga. 9. Benarlah sikap ringan tulang mendatangkan banyak faedah.

Isi Kedua 10. Selain itu kepentingan menanam sayur-sayuran di perkarangan rumah ialah dapat memupuk semangat kejiranan. 11. Hal ini demikian kerana di kawasan petempatan penduduk, mereka dapat berkerjasama menanam pelbagai jenis sayur. 12. Contohnya setiap isi rumah menanam tanaman yang berbeza .

13

13. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah apabila mendapat hasil, mereka boleh bertukartukar tanaman tersebut . 14. Tepatlah bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.

Isi Ketiga 15. Di samping itu aktiviti menanam sayur-sayuran di perkarangan rumah ialah dapat mencantikkan kawasan perumahan. 16. Hal ini demikian kerana tanaman yang dijaga dengan baik akan mencantikkan kawasan rumah. 17. Contohnya terdapat tanaman yang mempunyai pelbagai warna seperti cili, tomato, dan terung. 18. Sekiranya kegiatan ini dilakukan pastilah kepelbagaian warna ini akan menambahkan keceriaan kawasan rumah. 19. Betulah bahawa sambil menyelam minum air. Kesimpulan 20. Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam melakukan aktiviti menanam sayur-sayuran di perkarangan rumah masing-masing. 21. Jika tidak, seruan kerajaan ini tidak akan berjaya. 22. Semoga akan lahir masyarakat yang akan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti harian. 23. Sesungguhnya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Latihan 10 Tajuk : Faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng sekolah Pengenalan 1. Pada hari ini isu masalah ponteng dalam kalangan pelajar selalu diperkatakan. 2. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius. 3. Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku? 4. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari usahausahanya. Isi Pertama

14

5. Sesungguhnya pengaruh rakan sebaya yang tidak bersekolah merupakan faktor utama masalah ini. 6. Hal ini demikian kerana mereka berasa seronok melihat rakan-rakan yang tidak bersekolah 7. Contohnya,rakan mereka tidak perlu membuat kerja sekolah,mengulang kaji pelajaran dan dapat melepak di pusat-pusat beli-belah. 8. Sekiranya hal ini berlaku pastilah akan membawa kesan negative kepada pelajar. 9. Benarlah rakan sebaya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan pelajar. Isi Kedua 10. Selain itu faktor lain ialah akibat pengaruh media massa. 11. Hal ini demikian kerana pada hari ini pelajar didedahkan dengan pelbagai unsur hiburan yang melalaikan. 12. Contohnya, games dari internet, rancangan-rancangan hiburan di televisyen dan pawagam-pawagam yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. 13. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan merosakkan moral remaja pada hari ini. 14. Jelaslah bahawa media massa pada hari ini sangat besar pengaruhnya kepada pelajar. Isi Ketiga 15. Di samping itu,faktor lain yang menyebabkan pelajar ponteng ialah akibat stres. 16. Hal ini demikian kerana pelajar berasa tertekan atau tidak berasa seronok ketika berada di sekolah. 17. Contohnya, pelajar berasa terbeban dengan kerja sekolah yang banyak. 18. Sekiranya hal ini berlaku pastilah akan menyebabkan pelajar terus ketinggalan dalam pelajaran. 19. Justeru hal ini haruslah diatasi dengan segera. Penutup 20. Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mengatasi masalah ini. 21. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. 22. Kesannya akan lahir masyarakat yang tidak berilmu. 23. Sesungguhnya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

15

16

You might also like