Elemen MK

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

1.Definisi Kurikulum Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin iaitu "currere" bermaksud "a race course" atau satu litar perlumbaan.Berdasarkan asal perkataan ini maka definisi kurikulum yang biasa digunakan merujuk kepada a course of study atau "satu rancangan pengajian." Perkataan kurikulum telah diberi berbagai-bagai definisi bergantung kepada tujuan dan fungsinya. Menurut Taba (1962), kurikulum ialah "a plan of learning" atau "satu rancangan pembelajaran." Saylor et. al (1981) pula mendefinisikan kurikulum sebagai "a plan for providing sets of learning opportunities for person to be educated." Menurut Tanner & Tanner (1978), kurikulum ialah "the planned and guided learning experiences and intended learning outcomes, formulated through the systematic reconstruction of knowledge and experience..for the learners' continuous and willful growth in person-social competence." Bushoff et. al pula mendefinisikan kurikulum seperti berikut; a curriculum is an educational plan defining: The aims, goals and objectives of an educational action; The ways, means and activities employed to achieve these goals The methods and instruments required to evaluate the success of the action. Menurut Bowen, kurikulum ialah a total instructional program composed of syllabus or individual course programs. Good pula memberi definisi kurikulum sebagai a general over-all plan of the content or specific materials of instruction that the school should offer to the students by way of qualifying him for graduation or certification for entrance into a professional or vocational field. Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan, kurikulum mengandungi elemen-elemen berikut: Rancangan pendidikan Mengandungi matlamat dan objektif. Menyenaraikan kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran Menentukan kaedah dan aktiviti. Menetapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dengan demikian, kurikulum boleh didefinisikan sebagai berikut:Satu rancangan pendidikan yang dibentuk untuk suatu kumpulan pelajar bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan. Berdasarkan definisi ini: pembentukan kurikulum memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik. oleh sebab ianya merupakan perancangan maka kurikulum perlu didokumenkan dalam bentuk bertulis. kurikulum yang dirancang adalah khusus bagi sesuatu kumpulan pelajar tertentu. kurikulum berkenaan adalah bagi tujuan mencapai matlamat dan objektif yang telah ditentukan lebih awal. Dalam konteks kurikulum sekolah, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di PPK dan rancangan ini didokumenkan secara bertulis melalui silibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan dalam Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.Kurikulum sekolah didokumenkan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan KSSR. Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.Kepentingan Penerapan Nilai Murni Merentas Kurikulum Bagi mencapai matlamat pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan tanggungjawabnya dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum dan kokurikulum kerana nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan dan amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan sifat dan syarat tertentu yang serasi dan sejalan dengan fitrah.Baik pada ukuran nilai tidak sahaja pada pertimbangan akal dan rasional tetapi juga pada hati dan terlihat dalam amalan dan percakapan. Penerapan watak nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar hidup bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik manusia supaya faham makna diri, makna Pencipta dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium utama. Dalam pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam menyusun sukatan. Bagaimana penerapan nilai yang sewajarnya, bergantung kepada kebijaksanaan melaksanakan proses pedagogi dalam bilik darjah. Hal yang sama juga berkait dengan kegiatan ko kurikulum sama ada bentuknya sukan dan permainan, kesenian dan persatuan, ianya berkembang dalam batas nilai. Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti amanah, jujur dan ikhlas, hormat-menghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai tambahan dan kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik merupakan fokus utama dalam penerapan nilai. Murid atau pelajar mengalami proses perpindahan ilmu, maklumat dan ketrampilan. Matlamat akhir pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru harus ada sifat muallim, murabbi dan pelbagai sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses bina insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah sifatnya dan seperti ibu bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan dan sumber ikutan para pelajar. 3. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

4. Pernyataan Kajian Sejak dari Penyata Razak (1956), Akta Pelajaran (1961), Laporan Rahman Talib (1960), sehingga kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), sistem pendidikan negara memberi tumpuan kepada dua matlamat utama yang ingin dicapai melalui pendidikan, iaitu perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat (Zainal Kling, 1994). Namun demikian, Laporan Jawatankuasa Kabinet telah mencetuskan satu lagi matlamat yang perlu dicapai melalui sistem pendidikan negara, iaitu pendidikan akhlak dan moral. Ini terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet yang berbunyi: Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki, bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap, bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik, sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan. (Dalam Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1994, hal.132-133) Kebimbangan yang disuarakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet tentang pembentukan akhlak ada rasionalnya. Pada ketika itu berlakunya kemerosotan disiplin di sekolah-sekolah, dan kebimbangan kerajaan terhadap penyalahgunaan dadah yang meningkat dengan hebatnya di kalangan remaja dan belia (PPK, 1988). Pendidikan di sekolah didapati berat sebelah, dengan tumpuan penekanan yang tidak seimbang antara ilmu pengetahuan dan sahsiah pelajar. Ini boleh dikesan berdasarkan pernyataan yang berbunyi: 5 Di samping itu, di antara ciri -ciri yang terdapat dalam kurikulum sekarang ialah kandungannya yang terlalu memberatkan ilmu pengetahuan akademik, dan penekanan yang berlebihan terhadap persediaan untuk pelajaran tinggi. penekanan yang berlebihan ini telah menyebabkan kurangnya tumpuan kepada perkembangan watak dan sahsiah pelajar. (PPK, KPM, 1990, hal. 144) Justeru, wajah manusia yang ingin dijelmakan melalui sistem pendidikan negara sebagai idealisme yang harus diperjuangkan, dinyatakan secara rasmi pada tahun 1987 dengan perisytiharan Falsafah Pendidikan Negara (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1994). Pernyataan Falsafah ini berbunyi seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (PPK, KPM, 1988, hal. 7)

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, individu yang ingin dilahirkan melalui sistem pendidikan negara adalah individu insan yang baik dan sempurna. Individu yang baik ialah individu yang dapat bertingkahlaku berdasarkan intelek, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang dengan berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sudah semestinya insan yang baik akan secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik (PPK, 1988). Dalam konteks ini, Kementerian Pendidikan telah menggunakan strategi untuk menerapkan nilai-nilai murni merentasi kurikulum. 5.Cara Penerapan Nilai Murni Merentas Kurikulum Penerapan nilai-nilai murni boleh dilakukan melalui pelbagai 6 cara iaitu: . nilai-nilai murni akan disisipkan melalui semua mata pelajaran dan ia diperkukuhkan pula melalui kegiatankegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif. (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1994, hal.137) Pendekatan Kementerian Pendidikan untuk menerapkan nilainilai murni ini dinyatakan secara jelas dan sengaja. Sebagai asasnya, Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk menerapkan 16 nilai-nilai murni yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Akhlak (1976) sebagaimana terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara ini, dan boleh diajarkan kepada semua pelajar di negara ini (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1994). Sebagai contoh skop nilai murni yang ingin diterapkan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tidak terbatas, tetapi bersifat sepadu yang meliputi kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan (PPK, 1988; PPK, 1990). Ini menggambarkan matlamat pendidikan negara adalah untuk melahirkan insan yang baik. Insan yang baik sekaligus akan menjadi rakyat dan juga warganegara yang baik (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1994). Insan dan warganegara yang baik mampu memberi sumbangan kepada Negara .Sebagaimana dinyatakan dalam frasa terakhir Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Laporan Jawatankuasa Kabinet itu sendiri telah menghuraikan ciri-ciri seorang warganegara yang baik, iaitu: (a) Keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan ru kun dan damai serta mempunyai 7kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia; (b) Menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, bersedia bekerja atau membuat sesuatu hingga sempurna, menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat untuk negara;

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

(c) Boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan negara. (PPK, KPM, 1988, hal. 2) 5. Hubungan Kandungan Subjek dengan Penerapan Nilai Sebagai contoh mata pelajaran Sejarah dengan sumbangan terhadap perasaan patriotisme telah disokong oleh ramai tokoh (Oliver dan Shaver, 1966; Seixas, 1993a; Phillips, 1998b; Mohd Yusuf Ibrahim, 2000). Justeru, tidak menghairankan kalau dalam konteks pendidikan di negara kita, tujuan pembelajaran sejarah dinyatakan sebagai: 9Matlamat pendidikan Sejarah adalah untuk memupuksemangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. (Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Ting, ll,1995, hal. Pernyataan di atas diperkuatkan lagi dengan huraian hubungkait antara mata pelajaran Sejarah dengan pemupukan nilai, sikap dan semangat patriotik, sebagaimana dijelaskan oleh kenyataan berikut: Pemupukan nilai, sikap dan semangat patriotik Mata pelajaran Sejarah merupakan pendukung utama pemupukan patriotisme dan semangat kewarganegaraan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat ke atas aspek nilai dan iktibar daripada pengalaman sejarah untuk memupuk semangat setia negara, kebangg aan dan keperibadian sebagai rakyat Malaysia. (Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM. Tingkatan ll, 1995. Dalam hal ini, kurikulum pendidikan sejarah KBSM didapati menjurus kepada pembinaan domain afektif, selain daripada kognitif pelajar. Pembinaan domain afektif melihat peranan sejarah sebagai medium transmission untuk mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan sahsiah dan perlakuan pelajar daripada segi perasaan, sikap, motif, moral simpati, empati apresiasi dan aspek keperibadian. Abu Bakar Nordin (1995) pula menyatakan cintakan negara sebagai tergolong ke dalam nilai afektif. Pendidikan sejarah yang menjurus kepada pembinaan asas mental replicative dan associative dapat mempertingkatkan celik budaya di kalangan pelajar (Abdul Ghapa, 1992). Terdapat kajian yang telah menunjukkan keupayaan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah mampu meningkatkan komponen afektif pelajar.Umpamanya Goalen (1997) yang mendapati terdapat tajuk dalam pembelajaran sejarah di sekolah mampu meningkatkan rasa bangga pelajar. Booth (1980) pula mendapati pengajaran dan pembelajaran sejarah yang aktif dapat meningkatkan komponen afektif pelajar. Manakala Haminah (1999) mendapati sebahagian besar para pelajar memahami kebanyakan unsur-unsur patriotisme melalui pembelajaran sejarah.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Walaupun dengan bermulanya pelaksanaan KBSM bermakna bermulalah strategi penerapan nilai secara sepadu merentas kurikulum, malangnya dapatan kajian-kajian lalu tidak menunjukkan perkara ini berlaku. Didapati sewaktu pengajaran dan pembelajaran Sejarah KBSM, guru lebih mengutamakan kepada penyampaian fakta sejarah (Abdul Shukor Abdullah, 1998), dan pengajaran masih lagi terikat dan berpusat kepada guru (Jemaah Nazir Persekutuan, 1993, 1994, 1995; dalam Abdul Shukor Abdullah, 1998). Kajian Annuar (2000; dalam Annuar dan Nur Atiqah, 2001) terhadap 25 orang 11guru sejarah, mendapati tiada seorang guru pun yang secara berterusan menerapkan nilai patriotisme dalam pengajaran sejarah kepada pelajar mereka. Kajian Hassan Haris, Abdullah Mohd. Noor, dan Puteh Mohamad (1993) pula mendapati para guru sejarah lebih memberi keutamaan kepada isi pengajaran, daripada melakukan penerapan nilai murni (termasuk nilai patriotisme) dalam pengajaran mereka. Malah Haminah (1999) mendapati terdapat para pelajar di peringkat menengah atas yang tidak memahami unsurunsur patriotisme, seperti aspek lambang-lambang negara, berani dan sanggup mempertahankan bangsa dan negara, peka terhadap masalah isu bangsa dan negara, muhibbah, serta mempertahan dan menjunjung perlembagaan negara. Kajian Bhasah (2000) terhadap pelaksanaan Kerja Kursus Sejarah di Peringkat Menengah Rendah, mendapati aspek yang sukar dilaksanakan oleh pelajar daripada perspektif guru sejarah ialah menghayati peristiwa sejarah, menghayati iktibar daripada peristiwa sejarah, dan mengamalkan unsur-unsur kesetiaan serta bersatu padu. Mengapa tidak, jika tujuan mata pelajaran Sejarah KBSM adalah ke arah penerapan nilai dan patriotisme, maka diperuntukkan secara terus (langsung) dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran sejarah, ruang untuk perbincangan tentang penerapan nilai patriotisme secara terus melalui isi pelajaran yang telah dipelajari? Contohnya, dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran sejarah itu, 5-10 minit yang terakhir diperuntukkan untuk membincangkan tentang hal yang berkaitan dengan iktibar daripada sesuatu peritiwa sejarah yang dipelajari dan penerapan nilai patriotisme secara terus dilakukan. Ini selaras dengan saranan PPKketika menghuraikan Falsafah 12Pendidikan Negara dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1988), apabila menjelaskan aspek nilai menyatakan : Penerapan nilai-nilai murni dilakukan secara sedar dan sengaja.Nilai-nilai murni yang ditegaskan meliputi kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. (PPK, KPM, 1988, hal. 13) Pengajaran nilai memerlukan pelajar sedar akan komitmen yang diperlukan daripada mereka (Silcock dan Duncan, 2001), dan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sejarah

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

sepatutnya para pelajar telah menyedari dari awal lagi tujuan mengapa belajar sejarah (VanSledright, 1997). Lickona (1993) yang mengasaskan Character Education, telah mencadangkan pengajaran nilai secara terus (direct instruction). Brabeck dan Kenny (1994) telah membuktikan penggunaan fakta sejarah dalam pengajaran nilai mampu meningkatkan perkembangan moral para pelajar. Berbagai-bagai teknik boleh digunakan, contohnya perbincangan nilai secara terus yang dikaitkan dengan isi pelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini cuba untuk membuat eksperimen dengan menerapkan patriotism sebagai unsur nilai secara terus dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Ini bermakna para pelajar akan mengetahui dan menyedari unsur nilai patriotisme yang terdapat daripada sesuatu peristiwa sejarah yang dipelajari.Menurut dapatan kajian lalu didapati dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah, guru tidak mengkhusus kepada penerapan nilai patriotisme secara langsung dan berkala. 6. Contoh Penerapan Elemen Merentas Kurikulum Dalam Pengajaran Penerapan elemen merentas kurikulum dibuat dengan menggunakan pendekatan menyeluruh iaitu menerapkannya dalam semua subjek dan perkara yang dilakukan di sekolah, bukan diajarkan sebagai satu subjek yang berasingan.Pendekatan itu menjadi teras kepada strategi sekolah untuk mengajarkan prinsip kepimpinan serta asas kepada budaya sekolah berkenaan. Pendekatan itu juga dikatakan membuahkan hasil dengan keputusan akademiknya lebih baik, kepuasan warga sekolah lebih tinggi dan masalah disiplin berkurangan. Guru di sekolah itu menyatakan pendekatan berkenaan adalah cara yang lebih baik bagi melakukan perkara yang mereka lakukan selama ini. Beberapa contoh seorang guru sekolah itu menyuruh murid tahun limanya berbincang mengenai sebuah puisi. Selepas membincangkan mengenai struktur, bahasa dan maksud sajak itu, guru berkenaan membahagikan kelasnya kepada beberapa kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi jawatan berbeza seperti setiausaha, penjaga masa dan jurucakap. Kemudian setiap kumpulan disuruh menceritakan apa yang hendak ditekankan oleh puisi itu dalam bentuk rajah. Setiap kumpulan kemudian mempersembahkan hasil kerja mereka kepada kelas. Selepas itu, mereka membincangkan prinsip tujuh tabiat yang ada dalam puisi itu dan akhirnya mereka diberi tugasan menulis wawasan dan impian kehidupan mereka sendiri. Semua itu dikatakan berlaku dalam tempoh 30 minit sahaja. Dengan pendekatan sedemikian, murid diajar mengenai prinsip nilai sejak awal lagi dan mengetahui setiap mereka yang memiliki bakat tersendiri dan patut berkongsi bakat mereka di sekolah. Bahkan murid boleh melihat pelbagai peringatan mengenai tingginya nilai dan potensi setiap mereka di kawasan sekolah.Ketika kebanyakan guru melihat akademik, pembinaan kemahiran hidup dan pembangunan karakter (watak) sebagai tiga perkara yang terpisah,. Dari

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

sudut pandangan guru merasakan ia perlu mengajar tiga perkara iaitu subjek akademik, kemahiran hidup dan pembinaan karakter. Ini akan mengambarkan bahawa guru akan berasa berat untuk mengajarkan perkara lain selain akademik. Bagaimanapun, dengan menggunakan penerapan nilai merentas kurikulum yang menyeluruh,dapat menerapkan nilai kemahiran hidup dan pembangunan karakter ke dalam pengajaran subjek akademik yang sedia ada. Dengan itu, guru tidak berasa berat hati mengajarnya. Apabila mengajar sastera dan membaca, tidak salah membaca hasil kerja atau mengenai orang yang bertanggungjawab, proaktif dan dapat dijadikan teladan serta memotivasikan murid. Apabila mengajar Sains, tidak salah mendidik mereka cara membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Apabila mengajar Pendidikan Jasmani, tidak salah mengasuh mereka bermain sebagai satu pasukan. Begitu juga apabila melakukan aktiviti sekolah, tidak salah jika membiarkan murid merancangnya sendiri supaya mereka belajar kemahiran merancang dan menetapkan matlamat. Dengan perkataan lain, guru masih mengajar subjek yang ada sambil menerapkan kemahiran hidup dan pembinaan karakter. Pada masa sama, guru mempunyai wawasan untuk mempersiapkan anak didik mereka menghadapi realiti dan cabaran masa depan. Oleh itu, mereka mengajar subjek yang sama tetapi melakukannya melalui kaca mata yang berbeza iaitu melalui paradigma baru. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan matlamat dan hala tuju sistem pendidikan kita menitikberatkan penerapan nilai murni merentas kurikulum yang diperkenalkan sebagai pendekatan untuk mendidik murid secara menyeluruh dari segi kognitif, afektif dan psikomotor bagi mencapai hasrat yang terkandung dalam falsafah itu. Contohnya Pendidikan Moral yang menggariskan 16 nilai murni untuk diajarkan kepada murid. Walaupun guru mempunyai banyak tugas. Sukatan pelajaran yang ada pun tak sempat nak dihabiskan, lepas itu nak buat pula penerapan nilai murni. Mana sempat! katan ya. Malah membuat sesetengah guru , buntu dan tidak ada idea bagaimana hendak mengajarkan kandungan subjek dan penerapan nilai sekali gus. Menurut Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Noordin ketika beliau menjadi Ketua Pengarah Pendidikan, berkata. Bagaimana bapa kita mengajarkan nilai di rumah? Adakah kita mempunyai satu sesi khas bersama bapa kita untuk dia mengajarkan nilai kepada kita? Tidak ada, kan? Sebaliknya pengajaran nilai itu dibuat dalam pelbagai suasana seperti waktu makan, katanya.Manakala pensyarah undang-undang, Allahyarham Datuk Dr Nik Abdul Rashid, orang Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Sewaktu menjadi panel satu forum di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia), beliau menceritakan pendekatan yang digunakannya bagi menerapkan nilai kejujuran kepada pelajarnya. Suatu hari, ketika Dr Nik Rashid sedang memberi kuliah, pembantunya datang memberitahu dia terlupa mencatatkan markah ujian yang terbaru sedangkan kertas jawapan sudah

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

dikembalikan kepada pelajar. Lalu Dr Nik Rashid meminta pelajarnya menuliskan markah masing-masing dalam sekeping kertas dan diserahkan kepadanya. Pada hari yang lain, ketika menyampaikan kuliah kepada kumpulan pelajar yang sama, Dr Nik Rashid berkata, sebenarnya pembantunya sudah mencatatkan markah ujian itu sebelum kertas jawapan dikembalikan kepada mereka. Beliau sengaja berpakat dengan pembantunya hanya kerana ingin melihat sejauh mana kejujuran pelajarnya. Selagi ada orang yang tidak jujur memberikan markah lain daripada apa yang sebenar diperolehnya seperti dilakukan oleh seorang daripada kamu, bererti kita akan gagal untuk melahirkan graduan undang-undang yang jujur dan amanah, katanya. Keesokannya pelajar terbabit pergi berjumpa Dr Nik Rashid di pejabatnya dan memohon maaf kepadanya. Pelajar itu berkata, Saya berasa sungguh bersal ah. Apabila saya menghadap cermin dan melihat wajah saya, saya berkata kepada diri sendiri , Aku benci kepada diri aku kerana berbuat begitu.Disiarkan dalam majalah Pendidik, Februari 2011 Edit buat ayat dalam power point kssr dan kbsr isi kandungan 7.Kesimpulan Kesimpulannya, warganegara yang baik sudah semestinya merupakan individu yang mempunyai nilai murni yang kukuh , dan mempunyai semangat patriotik serta akhlak yang baik.Elemen kewarganegaraan yang diterapkan dalam strategi penerapan nilai KBSM ,KBSR dan KSSR adalah untuk menampung kelemahan yang terdapat dalam kurikulum sekolah menengah yang terdahulu. Sebagaimana dinyatakan iaitu Kurikulum sekolah rendah atau menengah yang ada sekarang didapati kurang menekankan nilai-nilai dan kemahiran-kamahiran yang membolehkan pelajar menjadi warganegara yang bersemangat setianegara dan berakhlak mulia. (PPK, KPM, 1990, hal.144) namun penambahbaikan daripada pihak yang bertanggungjawab sentiasa mengemaskinikan system kurikulum yang ada. Dalam konteks pendidikan dan mata pelajaran di sekolah, penerapan unsur nilai patriotisme paling sesuai dilakukan melalui mata pelajaran Sejarah. Abdul Shukor Abdullah (1998) ketika membincangkan hal ini, menyatakan : Bagi memastikan perkembangan pelajar adalah secaramenyeluruh dan seimbang, penekanan perlu dibuat kepada usaha pemupukan nilai dan semangat patriotisme. Mata pelajaran yang menjadi pendukung utama kepada usaha ini adalah mata pelajaran Sejarah, di samping usaha pemupukan patriotisme yang dilakukan melalui pendekatan menyeluruh dan merentasi kurikulum. Abdul Shukor Abdullah, 1998, hal. 11-12) Manakala Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin pula menyatakan Pendidikan sejarah boleh dijadikan sebagai pendukung utama pemupukan semangat kewarganegaraan dan patriotisme serta dapat membangkitkan semangat nasionalisme. (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1992, hal. 21)

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Smith (1992) menyatakan terdapat lima komponen yang membentuk identiti nasional sesebuah negara, iaitu satu kawasan atau tanah air, memori yang dikongsi bersama (mitos dan sejarah), satu bentuk budaya, pembahagian buruh berdasarkan kawasan, dan satu bentuk sistem perundangan serta politik. Berdasarkan tafsiran Smith (1992) ini, unsur sejarah merupakan sesuatu yang penting dan mampu menyumbang kepada pembentukan identiti nasional sesebuah negara. Ini ditambah dengan kandungan sejarah sesebuah negara itu yang merakam segala peristiwa sejak kewujudannya. Ini termasuklah ciri-ciri budaya yang diamalkan dalam negara tersebut, yang mana ia boleh dijelmakan menjadi semangat kebangsaan (Penrose,1993). Oleh itu Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan peringkat terpenting dalam pengoperasian FPK.Pencapaian matlamat KBSM bergantung kepada proses pengajaran& pembelajaran yang dialami oleh pelajar-pelajar di sekolah. Corak pengajaran & pengajaran KBSr atau KSSR yang dinamik, berpusat kepada pelajar, interaksi guru-murid/ murid-murid, pemerolehan pengetahuan daripada pengalaman dan penglibatan aktif dalam pembelajaran dapat menjadikan pendidikan berkualiti bertaraf dunia:

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

ISI KANDUNGAN

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

LAMPIRAN

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

RUJUKAN Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El-Muhammady, KL., DBP. Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam. Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur, DBP. Rosli Abd.Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia. Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir Pelajar Kritis, Utusan Melayu.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

You might also like