Apa Itu Falsafah (Pendidikan)

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KONSEP ASAS FALSAFAH


Falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal.

Falsafah juga adalah boleh dikatakan sebagai 1 landasan yang


baik bagi cetusan dan penjanaan idea-idea baru dalam pelbagai bidang dan displin ke arah perkembangan manusia.

PENGERTIAN FALSAFAH
Boleh dirujuk dari tiga sudut :

o Etimologi ( Bahasa )

o Terminologi ( Istilah )

o Praktikal

ETIMOLOGI ( BAHASA )
Falsafah berasal dari perkataan Yunani, philosophia Philo bermaksud cinta dan sophia bermaksud pengetahuan.

Boleh ditakrifkan sebagai cinta kepada


pengetahuan atau hikmah. Orang yang cinta kepada pengetahuan dikenali sebagai ahli falsafah.

Mereka menjadikan pengetahuan sebagai tujuan hidup, berikhtiar mencari hakikat tentang sesuatu, menaut sebab-akibat dan mentafsir pengalaman manusia untuk memahami kebenaran mengenai diri dan dunia mereka.

Kesimpulannya, mereka sanggup mengabdikan diri kepada pengetahuan.

TERMINOLOGI ( ISTILAH )
Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh ahli falsafah adalah berbeza-beza. Wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka

berpaksikan kepada elemen-elemen seperti


manusia, Tuhan dan alam.

PRAKTIKAL
Falsafah membawa maksud berfikir secara bersungguh sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat. Berfikir secara sistematik berfikir secara logik dan berurutan. Berfikir secara radikal berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab.

Berfikir secara sejagat tidak terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.

Rusel ( 1946 ) berpendapat falsafah terletak di antara teologi ( ilmu ketuhanan, agama dan sains > sains fizikal dan kemanusiaan ).

TEOLOGI

SAINS

Teologi- falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara yang belum nyata


Sains falsafah mengunakan taakulan untuk membuktikan kebenaran yang terkandung.

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN


Berasal daripada dua istilah asas,iaitu falsafah dan pendidikan. Konsep Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh. Menurut Kamus Pendidikan (1979);
Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan mengembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah.

Takrifan ini selari dengan pandangan Dewey (1859-1952), seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal. Beliau mengatakan bahawa :

Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.

Yusuf al-Qardawi (1980) Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

Hassan Langgulung ( 1987) Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan tersebut berlaku melalui cara-cara berikut :
Pengajaran- pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain Latihan- membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran: dan Indoktrinasi- menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN


Ada tokoh-tokoh pendidikan yang berpandangan bahawa pendidikan mempunyai fungsi di bawah: Proses sosiolisasi- pendidikan memberi murid peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain agar membantu mereka menjadi dewasa yang berfungsi kelak. Pembentukan budaya- pendidikan mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya. Integrasi sosial- manusia bersifat lebih bersatupadu akibat pengajaran nilai-nilai budaya dan norma-norma tertentu. Ini merupakan fungsi yang amat penting khususnya dalam masyarakat pelbagai budaya. Penempatan sosial- pencapaian di sekolah dinilai berasaskan pencapaian akademik. Secara unggul, kejayaan akademik murid menjadi asas kepada kejayaan sosial pada masa depan.

RAJAH 1
Metafizik ( ontologi ) : spekulatif, perkaitan sebab-akibat Cth : Apa itu kebenaran ? Siapa itu manusia ?

Logik : membezakan antara idea sah dan yang mengelirukan Cth : Apa itu taakulan baik atau kurang baik ?

CABANG-CABANG FALSAFAH

Axiologi : etika dan estetika Cth : Apa itu kebaikan ? Apa itu kecantikan ?

Epistemologi : ilmu dan kepercayaan Cth : Apa itu ilmu ? Apakah sumber-sumber pengetahuan ?

You might also like