Biodata Murid Cemerlang
Biodata Murid Cemerlang
Biodata Murid Cemerlang
bungaan syurgawi, antara asas sifat kejadian, segala zat antara zat, tanah, air, angin dan api, sempurna sifat hidup seorang insan jadi maka Tanggal 12 April Dua ribu satu Haron. Berkat keramat bumi Johor yang bertuah, air, angin, udara, bukit gunung dan segalanya. Negeri bertuah, warisan nenek moyang, kaya dengan budaya, kaya dengan adat dan suku, air setitik menjadi tasik, tanah sekepal menjadi gunung. Aiman Iqbal diberi nama. Ayah beliau Ibrahim bin Mohd Siraj bekerja sebagai seorang guru di SMK Aminudin Baki manakala ibu beliau Herlina Binti Mohd Haron juga seorang guru di Kolej Vokasional Perdagangan Ayah dan ibu yang dikasihi merupakan orang tua yang bertuah, tuah berpalut dengan budi, tuah alim berkitabullah, tuah berpadan adat lembaga, bagai teluk timbunan kapar, bagai tunjang tumpuan angin, bagai payung kembang sekaki. Kerana Aiman Iqbal merupakan anak yang tahu asal jadinya, yang tahu membalas guna, kecilnya cencilak padi, besarnya cencilak padang, kecilnya duduk mengaji, besarnya tegak sembahyang, mengaji syarak dengan adat, mengaji salah dan silih Ayah dan ibunya menjaga dan mengasuh Aiman Iqbal seperti minyak yang penuh, ibu yang mengandung dan melahirkan yang tak pernah berkain kering, yang lenjin mencuci berak, yang taha berjaga malam, kecil dilambuk dengan sayang, besar dilambuk dengan budi, yang tahu tunjuk ajar, yang tahu adat dan adab. Atas didikan ibu bapa yang mementingkan ilmu dan pengetahuan Aiman Iqbal sentiasa memburu kejayaan di dalam akademik dan juga kokurikulum. lahirlah seorang cahaya mata _____ daripada ______adik beradik bagi pasangan Ibrahim bin Mohd Siraj dan Herlina Binti Mohd
Dari aspek akademik Aiman Iqbal Berjaya mendapat keputusan 5A di dalam peperiksaan UPPM1, UPPM2, Percubaan 1 dan Percubaan 2 UPSR, Aiman Iqbal juga berjaya mendapat 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa, Pelajar terbaik mata pelajaran Bahasa Melayu, dan Program Nilam Tahap Jauhari, Aiman Iqbal juga aktif di dalam kegiatan Ko kurikulum antara kejayaan-kejayaan yang telah berjaya diraih oleh Aiman iqbal ialah 1. 2. 3. 4. 5. 6 Johan Pertandingan Ikhtiar Hidup TKRS Peringkat Kebangsaan Tempat Ketiga Kuiz TKRS Peringkat Kebangsaan Peserta Lelaki Terbaik TKRS Peringkat Negeri Berjaya Mendapat Pangkat Sarjan TKRS Tempat Keempat Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah dan Tempat Keempat Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Zon Skudai
Aiman Iqbal mempunyai cita-cita yang tidak kurang hebatnya beliau ingin menjadi seorang _________, yang berdiri sama tinggi, yang duduk sama rendah dengan __________ terkemuka dunia. Aiman Iqbal juga disenangi oleh rakan taulan kerana beliau tahu untuk membawa diri yang tahan asak berbanding, yang tahan berpahitpahit, kalau koyak tampal menampal kalau condong sokong menyokong. Aiman Iqbal juga digemari oleh guru-guru SK Kompleks Uda kerana beliau juga yang kuat memegang manat, Yang setia memegang amanah, Duduk tahukan dirinya, Tegak tahukan maruahnya, Cakapnya berhingga-hingga, Baiknya berpada-pada, Sifatnya berpatut-patut, Patut duduk dalam majlis. Aiman Iqbal juga memang telah dilahirkan bersama bakat kepimpinan semula jadi maka bakat tersebut beliau telah diamanahkan unuk menjadi Ketua Pengawas Sekolah 2013. Maka tidak hairanlah Aiman Iqbal dinobatkan Anuegarah Tokoh Murid dan Anugerah Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda, Johor Bahru 2013. Dipersilakan Aiman Iqbal Bin Ibrahim Tokoh Murid serta Anugerah Ketua Pengawas SK Kompleks Uda 2013