Penulisan Huruf Vokal

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENULISAN HURUF VOKAL Dalam bahasa Melayu, ada enam fonem vokal atau bunyi vokal standard.

Hurufhuruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o danu. Contoh penggunaannya seperti berikut:

(a)

Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu:


fonem e pepet yang ditulis secara fonetik // fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/

(b)

Huruf e pepet dalam sistem ejaan lama atau Ejaan Za'ba dikenali sebagai e bertanda atas, iaitu .

PENULISAN HURUF KONSONAN Dalam bahasa Melayu, ada 25 konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan. Huruf-huruf tersebut diperlihatkan seperti yang berikut:

Terdapat lima perubahan huruf konsonan daripada ejaan lama kepada Ejaan Rumi Baru seperti yang berikut:

Penggunaan lambang huruf konsonan dalam ejaan lama, iaitu tanda koma di atas (') digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonen Rumi baharu mengikut peraturan yang berikut:

Tanda koma di atas ('), iaitu yang sepadan dengan huruf Jawi aindihapuskan jika membuka kata. Contoh: 'alam (alam) maaf (maaf) raI (rai)

Tanda koma di atas (') digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup suku kata. Contoh: ma'na (makna) rayat (rakyat) tama (tamak)

Tanda koma di atas ('), iaitu yang sepadan dengan huruf Jawi hamzah dihapuskan jika membuka suku kata. Contoh: masalah (masalah) soal (soal)

Tanda koma di atas (') digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup suku kata. Contoh: enche' (encik) dato' (datuk) ru'yah (rukyah)

Terdapat 3 huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v dan x.

Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang berasal daripada bahasa Arab. Contoh: qadak qunut Quran wuquf

Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada Inggeris dan bahasa-bahasa asing lain di pangkal kata atau di pangkal suku kata. Contoh: versi vitamin vokasional universiti subversive revolusi

Huruf -ve pada akhir kata ditukar menjadi huruf f. Contoh: active (aktif) negative (negatif) octave (oktaf)

Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus dan tidak ditukar kepada z. Contoh: xanthate (xantat) xenon (xenon) xeromorph (xeromorf)

PENULISAN DIGRAF Daripada sejumlah 26 huruf konsonan dalam bahasa Melayu, terdapat 5 huruf gabungan yang disebut digraf atau konsonan rangkap. Digraf ialah gabungan huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. 5 digraf dalam bahasa Melayu itu ialah gh, kh, ng, ny dansy seperti contoh berikut: Bil 1 2 3 4 5 Digraf kh gh ng ny sy Awal khusus ghaib nganga nyala syarat Tengah akhbar maghrib hangat hanyut masyarakat Akhir tarikh mubaligh kampung Quraisy

PENULISAN DIFTONG Dalam bahasa Melayu, ada 3 fonem diftong yang dilambangkan oleh 3 pasang huruf vokal. Fonem diftong diperlihatkan seperti yang berikut: Fonem /ai/ /au/ /oi/ ai Au Oi Huruf Depan aising aurat auditorium oidium Tengah ghairah saudara boikot Belakang Landai harimau kaloi

PENGENALAN HURUF VOKAL Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ]dan satu vokal tengah, iaitu []. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

PENGENALAN HURUF KONSONAN Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu : a) b) c) d) e) f) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). Satu konsonan hentian glotis. ( ? ) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ). g) h) i) j) Satu konsonan getaran bersuara ( r ). Satu konsonan sisian bersuara ( i ). Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n ) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w). k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL

Terdapat dua sistem pengejaan baru bahasa Melayu iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal yang digunakan untuk mengeja kata bahasa Melayu dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal yang digunakan untuk pengejaan kata pinjaman.

Pola Keselarasan Huruf Vokal.

Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu terdapat lapan belas (18) pola keselarasan huruf vokal. Keselarasan huruf vokal ialah kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dan pada suku kata akhir tertutup.

Keselarasan huruf vokal ini terbentuk berasaskan prinsip: i. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar melibatkan pengimbuhan. ii. Kata dasar yang berakhiran dengan suku kata tertutup iaitu tidak melibatkan suku kata akhir terbuka. iii. Bagi kata yang lebih daripada dua suku kata , yang termasuk dalam sistem keselarasan huruf vokal ini hanyalah daripada dua suku kata yang terakhir sahaja. yang tidak

18 Pola Keselarasan Huruf Vokal yang Utama.

Pola

Contoh Penggunaan

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14) 15) 16) 17) 18)

a a a e pepet e pepet e pepet e taling e taling e taling i i i o o o u u u

a I u a i u a e taling o a I u a e taling o a i u

= = = = = = = = = = = = = = = = = =

asah, balak, halaman alih, balik, sumbangsih asuh, datuk, lembayung emas, kelam, cemerlang lebih, betik, sembelih telur, tempuh, temenggung elak, dewan, belerang leceh, gelek, selekeh. esok, telor, selekoh. ingat, kilang, selinap intip, sisih, belimbimg riuh, tidur, periuk otak, borang, sekolah oleh, boleh,celoteh. obor,borong,kelompok ubat, tumpang, ketupat usik, kuih, gerusih untuk, tunduk, tengkujuh.

Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV)

Dalam

sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang

ada sekarang

terdapat

beberapa perkataan yang dikecualikan daripada hukum keselarasan vokal. Hukum ini dilaksanakan kepada beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Nusantara dan kata serapan daripada bahasa Inggeris. Hukum ini dikenali sebagai Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV).

Terdapat

sejumlah

perkataan

daripada

bahasa Jawa yang sering pengejaannya dikecualikan

digunakan dalam

bahasa Melayu, namun

daripada hukum keselarasan vokal yang digunakan. Perkataan-perkataan tersebut ialah aneh, perabot, lancong, lakon, calon, lapor, tulen, kaget, gembleng. pamer,

Dalam hal ini

ramai

yang masih keliru dengan pengejaan perkataanCara terbaik untuk itu ialah dengan

perkataan yang disebutkan itu.

menghafazkannya, ia merupakan salah satu langkah terbaik.

Hukum kekecualian keselarasan vokal melibatkan pasangan vokal berikut:-

i.

- e (t)

yang sepatutnya keselarasan vokal ialah /aneh/ dan /kaget/ polanya ialah

a -i . a - e

Misalnya dalam perkataan

bukan dieja sebagai /anih/ dan /kagit/

yang menggunakan pola a - i

seperti dalam perkataan balik, kalis, masin yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal

ii.

- o

yang sepatutnya keselarasan vokal ialah

a -u .

Misalnya dalam perkataan

/calon/ dan /lapor/ polanya ialah

a - u

bukan dieja sebagai /calun/ dan /lapur/ yang menggunakan pola a - u seperti yang digunakan untuk mengeja dalam sistem keselarasan vokal. kata kasut, amuk dan anjung

iii.

- e (t)

yang sepatutnya keselarasan vokal ialah u - i .

Misalnya dalam perkataan /tulen/ dan /ulet/ polanya ialah u - i bukan dieja sebagai /tulin/ dan /ulit/ yang menggunakan pola u - i seperti

dalam perkataan kuih, tumis, kudis, bunyi yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal.

iv.

e (p)

- e (p)

yang sepatutnya keselarasan vokal ialah

(p) - i .

Misalnya dalam perkataan /pepet/ dan /demdem/ polanya ialah e (p) - e (p) bukan dieja sebagai /pepit/ dan /demdim/ yang menggunakan pola e (p) - i seperti dalam perkataan kecil, degil, yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal.

Rumusan: Kekecualian hukum ini

untuk perkataan

yang berasal daripada

bahasa di Nusantara khususnya bahasa Indonesia.

You might also like