KOD KURSUS : HBEF3503 TAJ UK KURSUS : PENDI DI KAN I NKLUSI F SEMESTER : J ANUARY 2013
NAMA : ROSNANI BT HASSAN NAMA TUTOR : DR RAFIAH BINTI NO. MATRIKULASI : 720424085518001 NO. KAD PENGNEALAN : 720424085518 NO. TELEFON : 0197312429 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT
KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BERMASALAH PEMBELAJARAN SK SERI YONG PENG 2013
1. NAMA PROGRAM
Program Pendidikan Inklusif Bermasalah Pembelajaran, SK Seri Yong Peng, 83700 Yong Peng, Johor.
2. PENDAHULUAN
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid- murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Menurut Kamariah Jarji (1994), Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar- pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana (bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan) bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.
Menurut Abraham, Morris and Wald (1993), one in which children with and without disabilities learn and play together.
Bowe (1995) pula menyatakan bahawa an approach in which children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by side with children with no disabilities.
Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil.
3. SEJARAH PENDIDIKAN INKLUSIF DI MALAYSIA
Setiap pelajar di negara kita mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tidak mengira umur, jantina atau pun bangsa. Dasar Pendidikan Negara yang inginkan pelajarnya maju dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial perlu menitikberatkan supaya pelajar dapat mengembangkan potensi diri mereka. Terdapat segolongan pelajar yang dilabelkan pelajar istimewa atau khas. Pelajar ini sebenarnya juga mempunyai keistimewaan seperti pelajar lain, tetapi mereka sering dianggap lemah, mundur atau lembam. Pelajar ini sebenarnya perlu diberi perhatian dan galakkan supaya dapat memberi sumbangan kepada negara sebagaimana pelajar normal yang lain. Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan yang telah berlaku di Malaysia. Peringkat perkembangan ini adalah berdasarkan peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu iaitu, peranan kerajaan sebagai tunggak utama, badan-badan sukarela yang prihatin sama ada dari dalam dan luar negara. Peringkat tersebut adalah seperti berikut:
1) Peringkat pertama (awal 1947-akhir 1947)
Pada peringkat ini peranan utama dijalankan oleh pertubuhan ibu bapa,pertubuhan etnik dan pertubuhan sukarela dari dalam dan luar negara. Pada peringkat ini timbul kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini danpelbagai pihak memberikan sumbangan untuk membantu mereka. Kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini sangat penting dalam sejarah Pendidikan Khas.
2) Peringkat kedua (1948-1980)
Pada tahun 1948, kerajaan telah menubuhkan beberapa sekolah khasseperti Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Johor Bahru dan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang (1954). Penubuhan sekolah-sekolah ini menunjukkan keperihatinan kerajaan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak istimewa ini. Seterusnya Kementerian Pendidikan telah melipatkgandakan usaha mempertingkatkan lagi mutu pelajaran Pendidikan Khas. Pada tahun 1960an, Kementerian mula mewujudkan kursus untuk guru-guru di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Maktab ini telah menganjurkan kursus cacat penglihatan (1962) dan kursus cacat pendengaran (1963).
3) Peringkat ketiga (1981 kini)
Pihak kerajaan adalah tunggak utama dimana kerajaan telah memberikan kemudahan fizikal seperti sekolah, khidmat sokongan (pekerja), sumber kewangan yang mencukupi dan khidmat kepakaran yang disalurkan terus kepada Pendidikan Khas. Kerajaan telah membina sekolah khas seperti Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (1969) yang menawarkan mata pelajaran Vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (1987) menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. Program Pendidikan Khas Integrasi bagi pelajar yang menghadapi masalah pendengaran pula terdapat di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia seperti SMT Azizah, Johor Bahru, SMT Langkawi, Kedah, SMT Batu Pahat, Johor, SMT Bagan Serai, Perak, SMT Tanah Merah Kelantan dan SMT Keningau Sabah.
4. RASIONAL
Pendidikan inklusif menjadi satu factor terpenting dalam usaha meingkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program Inklusif ini akan dapat memastikan: 4.1 Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. 4.2 Peluang berinteraksi antara murid-murid istimewa dengan murid-murid normal. 4.3 Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. 4.4 Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. 4.5 Peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. 4.6 Menerapkan nilai-nilai murni antara murid-murid istimewa dengan murid-murid normal.
5. MATLAMAT / PENYATAAN MASALAH (SENARIO)
Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya kearah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah member peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pelajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang ( Mohd Siraj Awang, 1996).
Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah:
4.1 Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza.
4.2 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama- sama pelajar normal.
4.3 Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal- awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. (Mohd Siraj Awang, 1996.)
4.4 Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
4.5 Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dibina.
6. OBJEKTIF PENUBUHAN
Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana.
1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.
2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang- peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ).
3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di aliran perdana.
4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .
6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan
7. SASARAN
Dua orang murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. amat penting bahawa murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini. Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :
7.1 Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana 7.2 Bersosialisasi 7.3 Menduduki peperiksaan awam 7.4 Tidak mempunyai pelbagai kecacatan
8. JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF SK SERI YONG PENG 2013
PENGERUSI TN HJ MUDARIBENI B KASMUNI (GURU BESAR SK SERI YONG PENG)
NAIB PENGERUSI PN FATIMAH BT SARBAN (PENYELARAS PROGRAM INKLUSIF SKSYP)
SETIAUSAHA PN. ROSNANI BT HASSAN (SETIAUSAHA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP)
BENDAHARI PN JULAINA BT ABD HAMID (GURU MATEMATIK SKSYP)
AJK PN. MISS LIAH BT SUKAR ( GURU BAHASA MELAYU) PN. MASTURA MD SALIH( GURU BAHASA INGGERIS ) EN. NORDIN B MADISAN ( GURU SAINS ) PN ROSANITA BT ABDULLAH (GURU MATEMATIK) PN. ROS PENAELY BT YUSUF (GURU PENDIDIKAN ISLAM
9. POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITKAN DENGAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.
Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi Negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana- mana agensi. Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut:
Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain);
Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas;
Dan
Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana.
Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah pendidikan khas.
Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille.
Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif
Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini.
Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada
Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif.
Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif
Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi.
Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif.
Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guruguru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.
10. KEPERLUAN LOGISTIK
Tenaga Pengajar :
Terdapat guru pendamping,guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. Pelajar pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan pelajar lain. Semua pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama .
Pelajar pendidikan khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan pelajar pendidikan Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas.
Kemudahan Asas Untuk Pelajar Khas:
Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada disekolah menengah.Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.
11. SOKONGAN
Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non- Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata- rata tempat di negara kita.
Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal- hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak- kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:
Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2- 16 tahun Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.
PERANAN IBUBAPA Mengikut Cross, Shelton et.al 2004 dalam melaksanakan melaksanakan program inklusif menjayakan program inklusif ibu bapa perlu: Sentiasa berfikiran positif Menjalinkan hubungan yang erat dengan guru Mengenalpasti program intervensi yang sesuai Menjalin hubungan ibubapa murid khas yang lain Berkolabarasi bersama guru khas, guru aliran perdana,pentadbir dan pihak luar.
Ibubapa perlu menjalinkan hubungan yang mantap dengan guru untuk melaksanakan intervensi yang berkesan bagi mengenalpasti keperluan pelajar dan pengubahsuaian yang berkesan. (Cross,Tranb & Shelton et.al 2004).Ibubapa adalah pihak yang paling rapat dengan anak-anak berkeperluan khas oleh utu mereka adalah sumber maklumat yang paling penting bagi guru melaksanakan program yang berkesan bagu murid inklusif.
Menurut Vito L & Valerie Valenti 2010 sebagai salah satu pihak yang bertanggungjawab dengan pendidkan anak mereka , ibubapa juga perlu diinklusifkan mereka perlu terlibat denga latihan pembangunan staff. Jika ibu bapa terlibat dengan pendidkan inklusif pelajar secara tidak langsung akan dapat menyesuaikan diri dengan pendidikan inklusif.
Memberi pendidkan kepada ibubapa tentang pendidikan khas boleh meningkatkan kesedaran dan menambahkan kemahiran mereka semasa berhadapan dengan anak mereka. (Amanda A A & Elaine Frankel 2010). Mereka boleh mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Contonhnya ibu bapa yang mempunyai anak disleksia boleh mengetahui cara mengatasi masalah mengenalpasti permasalahan anak mereka.
PERANAN PIHAK SEKOLAH
Sekolah perlu menjalankan program yang sesuai dengan setiap individu murid berdasarkan penilaian pihak yang terlatih dengan kerjasama ibubapa.(Eitan,Rachel & Zohor 2009). Kolabarasi ini penting kerana dengan adanya campur tangan ibubapa,guru dan sekolah masalah keciciran pelajar,tersalah penilaian dan penempatan dapat di atasi.
KESIMPULAN
Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. Murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid berkeperluankhas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama,iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanakkanakberkeperluan khas. Ini adalah supayahak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rataterjamin,terutamanya dalam persekitaran semula jadi.
RUJUKAN
Ang Huat Bin.(1999).Konsep dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif Utusan Publications & DISTRIBUTORS SDN BHD
Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia
Chua Tee Tee & Koh Koh Koon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan : bacaan asas. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Data Pendidikan Khas 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia
Kirk, s.a., gallagher, j.j., & anatasiow, n.j. (1993). Educating exceptional children (7th ed.). Boston: allyn and bacon.
Mok Soon Sang.(2005).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI .(Sekolah Rendah : Kompenan 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi.Selangor:Subang Jaya.