Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33
1
FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
NAMA : LEE SIAW KEN NO MATRIKULASI : 710820125332001 NO. KAD PENGENALAN : 710820125332 NO. TELEFON : 0198430912 /01125270008 E-MEL : [email protected]
NAMA TUTOR : RAMLAN BIN MALA PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT OUM TAWAU
2
1.0 PENGENALAN
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) mahupun Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) telah digubal berdasarkan rasional bahawa aktiviti pembelajaran peringkat rendah merupakan pendidikan asas yang melibatkan tiga kemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira ( 3 M ) . Pendidikan peringkat rendah juga hendaklah menyeluruh dan seimbang dari segi perkembangan intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. Kurikulum yang dirancangkan memberikan setiap murid peluang yang sama untuk mendapat kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan- amalan yang diperlukan. Murid-murid juga diberi peluang dan ruang bagi mengasah dan mengembangkan bakat, minat dan daya kreatif mereka.
Sebagai seorang guru, kreativiti dalam pengajaran amat penting supaya dapat menarik minat murid terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s.47) telah menyatakan bahawa; kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah: - Pertambahan minat murid dalam mata pelajaran yang diajar - Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain. - Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda. Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting sekali bagi guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus belajar dengan penuh keyakinan. Maka dengan itu apapun bentuk penilaian dalam pengajaran sains yang dilaksanakan oleh guru kepada murid-muridnya akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memperolehi hasil penilaian yang cemerlang.
3
2.0 UJIAN, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
2.1 UJIAN a) Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. b) la juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. c) Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran d) Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-test. e) Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar- pelajar dan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran guru.
Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran.
2.2 PENGUKURAN Pengukuran sesuatu konstruk atau pembolehubah (seperti pencapaian akademik, personaliti, sikap, kemahiran) boleh dibuat melalui kaedah pemerhatian, lisan, penulisan, pertimbangan profesional (professional judgement) atau potfolio. Salvia dan Ysseldyke (2004) menjelaskan dengan terperinci tentang teknik-teknik yang digunakan bagi kaedah yang disebutkan.
2.2.1 Kaedah Pemerhatian Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh seseorang dan orang lain yang berkenaan serta keadaan di sekelilingnya. Kaedah pemerhatian ini boleh 4
dibahagikan kepada dua (2) bentuk, iaitu pemerhatian tidak-sistematik dan pemerhatian sistematik.
a) Pemerhatian tidak-sistematik merujuk kepada pemerhatian secara rawak/terbuka, iaitu yang tidak ditumpukan kepada tingkah laku tertentu. Ia biasanya tidak boleh diulang dan maklumat yang diperoleh boleh dijadikan panduan untuk pemerhatian sistematik. b) Bagi pemerhatian sistematik, pemerhati terlebih dahulu menetapkan tingkah laku yang ingin diperhati sebelum membuat pemerhatian. Pemerhati kemudiannya akan mengira kekerapan dan lama sesuatu tingkah laku itu berlaku.
2.2.2 Kaedah Lisan Kaedah lisan ialah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dan merekod apa yang maklumkan oleh individu yang menjadi subjek dan oleh orang-orang lain yang berkenaan tentangnya . Kaedah lisan ini boleh dibahagikan kepada dua (2) bentuk, iaitu temu bual dan skala penaksiran (rating scale).
a) Temu bual terbuka merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat melalui perbualan yang tidak tertumpu kepada set soalan tertentu; manakala temu bual berstruktur cuba mendapatkan maklumat melalui perbualan tertumpu kepada set soalan tertentu. b) Skala penaksiran merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat dengan menggunakan satu set soalan yang memerlukan seseorang memberi jawapan dalam skala tertentu, seperti skala Likert atau anggaran kekerapan.
Contoh skala Likert ialah respons Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Sederhana Setuju, Setuju dan Sangat Setuju. Contoh anggaran kekerapan ialah respons Tidak Pernah, Kadang-kadang, Sederhana Kerap, Kerap dan Sangat Kerap.
5
Selain berkongsi batasan kaedah pemerhatian, kaedah lisan mempunyai dua batasan lain, iaitu ingatan menjadi tidak tepat apabila jarak masa adalah lama antara peristiwa yang berlaku dengan temu bual, dan kedua maklumat yang diberi mungkin tidak benar.
2.2.3 Kaedah Penulisan Kaedah penulisan ialah kaedah pengumpulan maklumat yang biasa digunakan untuk mendapatkan ukuran bagi sesuatu konstruk. Kaedah ini mengunakan teknik penulisan sebagai respons kepada satu set soalan ujian atau satu set pernyataan soal selidik. Respons yang ditulis menjadi rekod kepada maklumat yang diberikan oleh subjek tentang dirinya atau orang- orang lain yang berkenaan. Kaedah penulisan ini boleh dibahagikan kepada dua (2) bentuk, iaitu ujian dan soal selidik/inventori. a) Ujian merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat daripada jawapan kepada satu set soalan untuk mengukur pencapaian tertentu; manakala soal selidik/inventori adalah teknik mendapatkan maklumat daripada jawapan kepada satu set pernyataan tertentu. b) Maklumat daripada ujian dapat dibahagikan kepada dua (2) jenis, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Maklumat kuantitatif ialah markah ujian, sementara maklumat kualitatif ialah bagaimana pelajar mendapat markah tersebut (seperti soalan mana yang dijawab). c) Maklumat kuantitatif ini boleh ditafsir berasaskan kepada dua rujukan, iaitu pertama, membandingkan markah pelajar dengan markah pelajar lain (Penilaian Rujukan Norma) atau, kedua, membandingkannya dengan kriteria tertentu (Penilaian Rujukan Kriteria).
2.2.4 Kaedah Pertimbangan Profesional Kaedah pertimbangan profesional ialah kaedah pengumpulan maklumat melalui pendapat ahli/kumpulan profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, apabila orang yang bertanggungjawab untuk menilai, tidak mempunyai kepakaran tersebut. Kepakaran yang diperlukan mungkin dalam bidang pendengaran, penglihatan, masalah pembelajaran, pemulihan bacaan dan sebagainya. Contoh-contoh pertimbangan profesional serta kekuatan dan kelemahan kaedah ini diberikan di bawah.
6
a) Pertimbangan daripada pakar neorolgi perlu dijadikan asas apabila guru ingin membuat keputusan sama ada seseorang pelajar boleh dikategorikan sebagai pelajar khas terencat akal. b) Pertimbangan daripada pakar kaunseling kerjaya perlu dijadikan asas apabila guru ingin membuat keputusan sama ada seseorang pelajar itu sesuai mengikuti sesuatu aliran pengajian. c) Kaedah ini adalah terbaik sekiranya pakar bidang memberi pertimbangan secara jujur/profesional, tetapi akan memberi kesan yang buruk sekiranya mereka member pertimbangan yang tidak tepat/tidak jujur.
2.2.5 Kaedah Potfolio Pendekatan baru dalam penilaian ialah pendekatan yang dikatakan kurang objektif, analitik dan kuantitatif; iaitu ia lebih subjektif, kualitatif dan holistik. Antaranya ialah penilaian potfolio (portfolio evaluation). Kaedah potfolio ialah kaedah pengumpulan maklumat melalui pendapat penilai terhadap satu set hasil kerja pelajar. Potfolio melibatkan pengumpulan hasil kerja pelajar yang berkait dengan pengetahuan/kemahiran yang ingin dinilai. Ia mula digunakan untuk menilai kemahiran seni, seperti seni lukis, pemodelan, fotografi dan seni muzik. Sekarang kaedah ini digunakan untuk menilai pengetahuan/kefahaman, seperti penulisan, pembacaan dan matematik. Kekuatan dan kelemahan penilaian potfolio ini diberikan di bawah.
a) Penilaian biasanya dibuat bagi objektif pengajaran yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian). Bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk menilai pencapaian pada peringkat yang lebih rendah (pengetahuan, kefahaman, aplikasi), terutama bagi pelajar khas. b) Penilain ini juga sesuai untuk menilai kecekapan/keberkesanan strategi yang dipilih dan kemahiran yang diguna untuk menghasilkan sesuatu objek, yang biasanya merupakan sebuah karya asli (penilaian ini dipanggil juga penilaian autentik). c) Penilaian ini menggalakan kerjasama/kerja berkumpulan antara pelajar dan juga dengan guru yang bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik serta 7
melatih pelajar untuk berfikir dan membuat refleksi tentang kerja yang mereka lakukan. d) Penilaian ini menjadi tidak sah disebabkan oleh beberapa perkara seperti hasil kerja yang dikumpul tidak sesuai dengan aspek yang hendak dinilai, hasil kerja tersebut bukan karya asli pelajar, atau penilainya bukan pakar dalam aspek yang hendak dinilai.
2.3 PENILAIAN Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran-ukuran yang diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah berkait rapat dengan penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian akan dapat membantu guru untuk memperbaiki pengajarannya. Sekiranya penyampaian guru didapati kurang berkesan, maka guru tersebut boleh membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan/kaedah lain yang difikirkan lebih berkesan.
Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu guru untuk membuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan pelajar bagi tajuk-tajuk yang diajar. Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan program pemulihan atau pengkayaan untuk pelajar- pelajarnya. Selain itu, penilaian juga boleh membantu guru untuk memberi gred pencapaian kepada pelajar, menentukan kumpulan pelajar mengikut keupayaan mereka, atau menempatkan pelajar kepada bidang pengajian tertentu mengikut keupayaan mereka dalam bidang tersebut.
Penilaian yang dijalankan oleh guru boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Penilaian Rujukan Norma, Penilaian Rujukan Kriteria, Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif.
8
2.3.1 Penilaian Rujukan Norma Ujian untuk Penilaian Rujukan Norma perlu dibina untuk menghasilkan perbezaan pencapaian yang maksimum di kalangan pelajar. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, tahap kesukaran soalan perlu dikawal. Sekiranya soalan terlalu mudah, maka semua pelajar akan dapat menjawabnya, sebaliknya jika soalan itu terlalu susah, maka semua pelajar tidak dapat menjawabnya. Seterusnya, jika soalan itu sederhana susah, sebahagian pelajar lemah dan sebahagian besar pelajar pandai dapat menjawabnya. Justeru, ketiga-tiga keadaan tersebut tidak dapat menghasilkan perbezaan pencapaian yang maksimum. Jadi, lazimnya, kesukaran ujian adalah berdasarkan kepada 25% soalan mudah, 50% soalan sederhana dan 25% soalan susah. Ini diharapkan dapat memaksimumkan perbezaan pencapaian antara pelajar lemah dan pandai. Keputusan ujian ini juga dapat menentukan kedudukan seseorang pelajar dalam bilik darjah atau tahun/tingkatannya.
Menurut Popham (1981), PRN diguna untuk menentukan status seseorang pelajar berpandukan kepada prestasi pelajar lain dalam sesuatu ujian tertentu. Misalnya, seorang pelajar dapat menjawab 50 item dengan betul daripada 60 item ujian. Skor mentah pelajar ini ialah 50. Kedudukan pelajar ini berbanding dengan pelajar-pelajar lain boleh didapati daripada jadual norma bagi satu kumpulan yang ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 mengikut jadual norma tersebut. Ini bermakna pelajar tersebut mempunyai pencapaian lebih baik daripada 82 peratus pelajar-pelajar lain dalam kumpulan norma ini. Dalam konteks ini, jika ramai pelajar mendapat skor yang rendah, maka markah lulus lazimnya akan rendah juga dan sebaliknya. Dengan demikian, ada kemungkinan seseorang pelajar yang lemah akan lulus ujian/peperiksaan sebab terdapat pelajar-pelajar lain yang lebih lemah.
2.3.2 Penilaian Rujukan Kriteria Menurut Popham (1981), ujian rujukan kriteria (URK) diguna untuk menentukan status pencapaian individu pelajar dalam domain tingkah laku yang ditetapkan. Justeru, ujian ini dibina berpandukan kepada kriteria/tingkah laku yang telah ditetapkan. Ujian ini juga 9
adalah lebih terperinci/mendalam dan meliputi kandungan pelajaran tertentu sahaja. Maklumat yang terperinci ini boleh membantu guru mengenal pasti kelemahan setiap orang pelajarnya bagi tajuk pengajaran tertentu. Daripada maklumat ini, guru boleh merancang dan melaksanakan program pemulihan untuk pelajar-pelajarnya atau memperbaiki/mengubah kaedah pengajaran supaya pelajar mudah menguasai/mencapai sesuatu objektif pengajaran.
2.3.3 Perbezaan antara Penilaian Rujukan Norma dan Kriteria Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria ditunjukkandalam Jadual 3.1. Sebagaimana yang kita ketahui, Ujian Rujukan Norma bertujuan untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar/kumpulan pelajar lain; sementara Ujian Rujukan Kriteria bertujuan untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu. Seterusnya, soalan-soalan Ujian Rujukan Norma mempunyai aras kesukaran yang mudah, sederhana dan susah; sementara soalan-soalan Ujian Rujukan Kriteria mempunyai aras kesukaran yang hampir sama, bergantung kepada objektif pengajaran. Ujian Rujukan Norma juga digubal untuk menentukan gred pencapaian pelajar; sementara Ujian Rujukan Kriteria tiada menetapkan sebarang gred, tetapi menyatakan lulus/gagal sahaja. Dari segi cakupan kandungan, Ujian Rujukan Norma terdiri daripada soalan-soalan berbentuk am dan mencakupi sukatan pelajaran yang luas; sementara Ujian Rujukan Kriteria terdiri daripada soalan-soalan yang lebih mendalam dan tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu.
Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria Konsep Ujian yang membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar/kumpulan pelajar lain. Ujian yang membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Tujuan Membandingkan pencapaian antara pelajar/kumpulan pelajar. Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah 10
Menentukan pencapaian sama ada lulus/gagal, lemah/ sederhana/ cemerlang. Memilih pelajar untuk tujuan pengiktirafan memberi sijil dipelajari mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian. Ciri-ciri soalan Bermula dengan soalan yang mudah kepada sederhana dan lebih sukar dan mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi. Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan kepada kriteria/objektif pelajaran tertentu. Ciri-ciri ujian Penentuan gred bagi menentukan pencapaian pelajar dalam pelbagai peringkat. Tiada gred ditetapkan, tetapi memadai dengan penyataan lulus/ gagal sahaja. Cakupan kandungan Meliputi tajuk/kandungan pembelajaran yang lebih luas. Tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu yang lebih khusus. Contoh ujian Peperiksaan akhir penggal, UPSR, PMR, SPM, STPM Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab dalam bilik darjah. Jadual 2.3: Perbezaan antara Penilaian Rujukan Norma dan Kriteria
2.4 PENTAKSIRAN Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
11
2.4.1 Tujuan Pentaksiran a) Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. b) Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. c) Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran. d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. e) Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. f) Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. g) Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
2.5 PERBEZAAN PENGUJIAN / PENGUKURAN / PENTAKSIRAN Jenis / Perbezaan Pengujian Pengukuran Pentaksiran Pengertian Proses menentukan perubahan tingkah laku Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajar Proses membuat analisi dengan mentafsir hasil pengukuran Tujuan Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran Memberi maklumat tentang pencapaian pelajar,objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum Kegunaan Untuk menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai Untuk pengelasan, pensijilan dan menempatkan pelajar dalam jurusan yang sesuai dan untuk penyelidikan Untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesan punca kelemahan dan membuat ramalan Bentuk Pemerhatian,ujian, Ujian bertulis dengan Jadual / gred 12
lisan dan bertulis markah dan gred berdasarkan teknik perangkaan Masa Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran Selepas beberapa pelajaran Sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran Proses Perlaksanaan persediaan ujian pentadbiran pemeriksaan Proses pengujian merekod markah /gred Proses pengukuran Proses penganalisaan Proses interpretasi Melapor tindakan Jadual 2.5: Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan pentaksiran
3.0 TAKSONOMI BLOOM DAN TAKSONOMI SOLO
3.1 Taksonomi Bloom Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
3.2 Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956) 1) Pengetahuan Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.
13
2. Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula. 3. Aplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain. 4. Analisis Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih. 5. Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan. 6. Penilaian Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.
14
3.3 Taksonomi Solo Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.
3.3.1 Aras Taksonomi Solo
1) Prestructural Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.
2) Unistructural Jawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.
3) Multistructural Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.
4) Relational Jawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.
5) Extended Abstract Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumat tambahan.
15
4.0 UJIAN FORMATIF DAN SUMATIF
4.1 Penilaian Formatif Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa tentang tujuan penilaian formatif, iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala pelajar akan mengetahui kelemahan mereka. Daripada kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran, yang akhirnya akan membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan penggal atau akhir tahun. Bagi memastikan pelaksanaan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oleh guru:
a) Menentukan tajuk pengajaran Guru perlu menentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun persekolahan. Langkah yang terbaik ialah menyusun tajuk-tajuk ini mengikut peringkat kesukaran. Sekiranya sesuatu tajuk itu mempunyai cakupan yang luas, maka ia perlu dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil supaya pelajar-pelajar dapat menguasai semua tajuk kecil terlebih dahulu, sebelum meneruskan pengajaran ke tajuk lain. Sekurangkurangnya, sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu mengadakan ujian formatif untuk menilai penguasaan pelajar bagi tajuk yang telah diajar.
b) Menentukan aspek dan tahap penguasaan Guru perlu menentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu dikuasai pelajar. Misalnya, pelajar dapat mengenal warna, simbol dan membaca mengikut keperluan tajuk berkenaan. Setelah aspek-aspek berkenaan ditentukan, maka guru perlu pula menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek-aspek yang ditentukan itu. Misalnya, apabila 80% hingga 90% pelajar menguasai sesuatu tajuk, ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai tajuk tersebut.
16
c) Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Setelah penyusunan elemen mengikut tahap perlakuan dibuat, guru seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut agar ia saling bertautan dan tidak terpisah. d) Membina soalan ujian Selepas menghubungkait elemen-elemen berkenaan, misalnya, ada sepuluh elemen dalam sesuatu tajuk, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukur penguasaan pelajar terhadap elemen-elemen ini. Antara contoh bentuk- bentuk soalan ujian yang boleh dilakukan adalah seperti dalam Rajah 3.7 di bawah.
Tahap Penilaian Bentuk Soalan Pengetahuan Siapa? Apa? Dimana? Terangkan. Kefahaman Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan Aplikasi Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih. Analisis Kenapa? Kenalpasti sebab, Rumuskan, Tentukan, Buktikan Sintesis Selesaikan (jawapan betul lebih dari satu) Penilaian Nilaikan, Pilih, Membicarakan, Menaksirkan
Rajah 4.1 : Contoh bentuk-bentuk soalan ujian
e) Mencadangkan tindakan susulan Di samping menilai penguasaan pelajar bagi sesuatu tajuk pengajaran, penilaian formatif dapat mengesan masalah pembelajaran. Justeru, selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian ini. Misalnya, jika pelajar-pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk, sebagai tindakan susulan, guru perlu mengulang semula tajuk berkenaan, atau mengubah pendekatan pengajaran agar pelajar dapat menguasai tajuk tersebut.
17
4.2 Penilaian Sumatif Secara amnya, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka. Gred yang diperoleh pelajar boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar. Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk, sama ada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak. Sebelum memulakan mata pelajaran baru, pelajar dikehendaki menduduki ujian untuk menentukan sama ada mereka telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan. Sekiranya mereka sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil mata pelajaran baru.
Bagi memastikan keberkesanan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberi penekanan semasa menggubal ujian sumatif seperti dalam Rajah 3.9 di bawah.
Rajah 4.2 : Perlaksanaan penilaian sumatif
6. Pemilihan isi kandungan 5. Menyiapkan skema pemarkahan 4. Menguji soalan melalui kajian rintis 3. Mengumpul soalan secara sistematik 2. Membina soalan 1. Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU) 18
i) Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU) Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan tajuk pengajaran, objektif pengajaran dan bilangan soalan. Jadual ini juga dapat memastikan kesahan ujian dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin disampaikan.
ii) Membina soalan Soalan-soalan hendaklah dibina berpandukan kepada JPU, dan haruslah menguji objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Ketas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yang perlu dijawab.
iii) Mengumpul soalan secara sistematik Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya, misalnya soalan objektif diasingkan daripada soalan mengisi tempat kosong, atau esei berjawapan pendek. Soalan ini juga boleh disusun mengikut tajuk atau kesukarannya.
iv) Menguji soalan melalui kajian rintis Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagi memastikan ujian mempunyai kesahan yang tinggi. Selain itu, aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikira.
v) Menyiapkan skema pemarkahan Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya. Ia menjadi panduan semasa memeriksa jawapan, yang dapat menyelaras permarkahan supaya tidak berlaku bias dalam pemberian markah.
4.3 Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif ditunjukkan dalam Jadual 4.3. Sebagaimana yang kita ketahui, Penilaian Formatif bertujuan untuk mengesan 19
penguasaan/kelemahan pelajar bagi tajuk pengajaran tertentu yang dibuat sepanjang proses pengajaran. Penilaian Sumatif pula bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada penghujung penggal/akhir tahun persekolahan. Penilaian Formatif boleh dibuat secara formal atau tidak formal; sementara Penilaian Sumatif pula dibuat secara formal. Tujuan utama Penilaian Formatif ialah untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar dengan mengadakan aktiviti pemulihan atau mengubah kaedah/pendekatan pengajaran (mengadakan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang tiada masalah). Tujuan utama Penilaian Sumatif ialah untuk member gred pencapaian kepada pelajar, menempatkan pelajar ke dalam kumpulan yang sesuai, memberi pengiktirafan (sijil, hadiah) atau membaiki kurikulum.
Perkara Penilaian Formatif Penilaian Sumatif Konsep Penilaian yang boleh dibuat secara formal/tidak formal untuk mengesan penguasaan/ kelemahan pelajar bagi setiap tajuk pengajaran. Penilaian yang dijalankan secara formal bagi menentukan pencapaian pelajar di akhir pengajaran, seperti pada hujung penggal/akhir tahun. Waktu penilaian kaedah Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlansung. Formal: Ujian pensel-kertas Tidak Formal: Pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan.Dibuat secara individu/kumpulan. Pada akhir penggal atau akhir tahun persekolahan. Formal: Ujian pensel-kertas, ujian lisan. Ditadbir secara bekumpulan. Tujuan Selepas tahap kemajuan/ penguasaan pelajar ditentukan, tindakan susulan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan pelajar. Selepas pencapaian pelajar ditentukan bagi tempoh persekolahan tertentu, gred pencapaian diberikan kepada pelajar. Selepas penilaian Mengatasi kelemahan pelajar dengan mengulang semula topik Menempatkan murid mengikut pencapaian. Memberi 20
dijalankan atau mengadakan pemulihan. Menjalankan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang tiada masalah. pengiktirafan sijil, hadiah dan sebagainya. Membaiki kurikulum. Jadual 4.3: Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif
5.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN DAN ANALISIS SKOR UJIAN
5.1 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).
5.1.1 Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) a) Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran. b) Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. c) Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. d) Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. e) Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. f) Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.
21
5.1.2 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) a) Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. b) Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. c) Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. d) Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
5.1.3 Langkah-Langkah Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu a. soalan objektif (30 soalan) b. 1 markah bagi 1 item c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan Jumlah Masa keseluruhan
Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif 6. Penilaian Sukar 5. Sintesis 4. Analisis 3. Penggunaan 2. Kefahaman 1. Pengetahuan Mudah 22
Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji? a) Ujian objektif b) Ujian struktur c) Ujian esei, dan lain-lain.
Langkah V: a) Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll) b) Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar) c) Pemarkahan
Langkah VI a) Nyatakan mata pelajaran b) Nyatakan tingkatan c) Susunan nombor soalan mengikut tajuk
5.2 ANALISIS SKOR UJIAN
Analisis item merupakan satu kajian bersistemaik bertujuan untuk melihat ciri-ciri item selepas pra-ujian.
5.2.1 Tujuan Analisis Item a) Menetapkan markah untuk kelas yang telah menduduki ujian. b) Memberikan maklumat diagnostik tentang murid. c) Membina ujian akan datang, mengemas kini item ujian. d) Sebahagian perkembangan profesionalisme guru e) Sebelum dan selepas ujian
5.2.2 Kebaikan Analisis Item a) Kualiti item ujian dapat dipertingkatkan. b) Pembinaan item menjadi semakin senang. 23
c) Analisis dapat digunakan secara berkesan dalam perbincangan kelas tentang keputusan ujian. d) Analisis dapat membantu murid memperbaiki pembelajaran mereka. e) Memperbaiki pengajaran guru. f) Konsep yang perlu ditekankan dapat dikenal pasti. g) Amat berguna untuk kelas pemulihan. h) Dapat membantu guru mengenal pasti bahagian sukatan yang telah dikuasai oleh murid.
5.2.3 Analisis Skor Ujian Analisis skor ujian dapat menentukan indeks kesukaran (IK) dan indeks diskriminasi (ID) untuk setiap item. Nilai IK dan ID dapat menentukan mana satu item yang harus diterima, diubah suai atau dibuang.
Indeks Kesukaran a) IK = Bilangan murid menjawab betul Bilangan murid yang mencuba b) Jika bilangan murid agak besar, IK = CH + CL TH+L c) CH = Bilangan murid dalam kumpulan skor tinggi yang menjawab betul d) CL = Bilangan murid dalam kumpulan skor rendah yang menjawab betul e) TH+L = Bilangan murid dalam kedua-dua kumpulan skor tinggi dan rendah
Indeks Kesukaran (IK) Tafsiran Item Keputusan IK < 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai 0.3 IK 0.8 Sederhana Terima IK > 0.8 Terlalu mudah Ubahsuai
Jadual 5.1 : Tafsiran suatu item berdasarkan Indeks Kesukaran (IK)
24
Indeks Diskriminasi a) ID berfungsi untuk membezakan murid antara kumpulan skor tinggi & skor rendah. ID = CH CL TH+L b) CH = Bilangan murid dalam kumpulan skor tinggi yang menjawab betul c) CL = Bilangan murid dalam kumpulan skor rendah yang menjawab betul d) TH+L = Bilangan murid dalam kedua-dua kumpulan skor tinggi dan rendah
Indeks Diskriminasi (ID) Tafsiran Item Keputusan ID > 0.40 +ve Diskriminasi tinggi Sangat sesuai dan boleh diterima 0.20 ID 0.40 +ve Diskriminasi sederhana Ubahsuai item
0 ID 0.20 +ve Diskriminasi rendah Bina semula item
ID < 0 -ve Diskriminasi: Prestasi kumpulan skor rendah lebih baik daripada kumpulan skor tinggi Item harus dibuang
Jadual 5.2 : Tafsiran suatu item berdasarkan Indeks Diskriminasi (ID)
Nilai Penting Item yang baik dan boleh digunakan untuk dijadikan soalan ujian mempunyai nilai 0.40 IK 0.60 ID > 0.40
Mentafsir Skor Ujian a) Peratus lulus dan gagal. b) Pelan tindakan untuk pemulihan atau pengayaan.
25
6.0 PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH DAN PEPERIKSAAN BERPUSAT
6.1 Konsep Penilaian Berasaskan Sekolah Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah. Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut. Penilaian Berasaskan Sekolah lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid. Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
a) Penilaian formatif Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 26
b) Penilaian sumatif Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. 6.2 Perkaitan Antara Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dan Penilaian Berpusat Penilaian Berasaskan Sekolah dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. Penilaian Berasaskan Sekolah boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. Penilaian Berasaskan Sekolah dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian. Penilaian Berasaskan Sekolah dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.
6.3 Melalui Penilaian Berasaskan Sekolah guru akan dapat : a) mengesan perkembangan murid secara menyeluruh; b) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa; c) mengetahui keberkesanan pengajarannya; d) merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan e) menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta. 27
6.4 Ciri-Ciri Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.
6.5 Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilaksanakan berasaskan beberapa cirri yang utama seperti berikut:
a. Dikendalikan oleh guru menilai muridnya sendiri
b. Berasaskan Kriteria menilai penguasaan murid berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan c. Formatif dijalankan berterusan mengesan perkembangan,kemajuan dan pencapaian murid d. Pelbagai kaedah pemerhatian lisan penulisan e. Mengesan Perkembangan Pembelajaran Secara Menyeluruh intelek rohani emosi 28
jasmani
f. Menekankan Perkembangan Individu berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individu
g. Bersistem merancang menentukan instrumen melaksana menganalisis merekod melapor tindakan susulan h. Menggalakkan Penilaian Kendiri melatih murid menilai kemajuan sendiri secara berterusan guru mendapat maklumat tambahan i. Membolehkan Tindakan Susulan mengatasi kelemahanpembelajaran mempertingkatkan kekuatanpembelajaran
Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pemulihan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. Di bawah KBSR dan KBSM, masalah pembelajaran yang sering dihadapi oleh murid-murid ialah kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran asas itu. Di dalam usaha guru membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, kaedah pendidikan pemulihan, bahan pelajaran, strategi dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi haruslah digunakan.
Aktiviti pemulihan pada peringkat pertama dijalankan dalam kelas biasa, iaitu selepas kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian. Aktiviti pemulihan ini biasanya dilakukan selepas sesuatu kemahiran yang telah 30
diajarkan. Semasa murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran itu diajarkan dengan aktiviti pemulihan, murid-murid yang telah berjaya menguasai kemahiran itu akan diberikan aktiviti pengayaan.
Sekiranya murid-murd berkenaan masih gagal dalam program pe,ulihan yang dijalankan dalam kelas biasa, mereka akan dirujuk kepada guru pemulihan. Dalam peringkat ini, murid-murid itu akan ditempatkan dalam satu bilik khas dan akan menjalani aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru pemulihan..
Pelan Tindakan untuk Aktiviti Pemulihan
1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditumpukan kepada bidang kelemahan yang telah dikesan. 2. Langkah penyampaian dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak dan daripada mudah kepada susah, mengikut kebolehan dan pengalaman murid. 3. Mengguna pelbagai jenis alat bantu mengajar untuk membantu murid-murid memahami konsep yang diperlukan dalam menguasai kemahiran. 4. Latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. Soalan-soalan yang diberikan haruslah daripada mudah kepada susah, demi membina keyakinan murid terhadap kebolehan mempelajarinya. Pada peringkat permulaan, murid boleh menggunakan alat bantu mengajar untuk menyelesaikan masalah, tetapi pada akhirnya murid harus dapat menyelesaikan masalah itu secara bertulis tanpa alat bantu mengajar.
Semua aktiviti pemulihan hendaklah ditumpukan kepada pengajran satu kemahiran yang tertentu. Masa yang digunakan biasanya di antara 10-15 minit. Antara langkah-langkah pengajaran pemulihan ialah:
Pengajaran guru Pembelajaran murid Latihan lisan/bertulis Ujian dan Penilaian 31
Rajah 10.1: Langkah-langkah pengajaran pemulihan
5. Selepas pengajaran pemulihan akan diadakan aktiviti penilaian bagi mendapatkan maklumat sejauh manakah kejayaan program pemulihan yang telah dijalankan.
9.2 Aktiviti Pengayaan
Pengayaan adalah aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lambat.
Aktiviti pengayaan diberikan kepada murid-murid selepas mereka berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Murid-murid menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Melalui aktiviti pengayaan ini, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.
Pelan Tindakan untuk Aktiviti Pengayaan
1. Guru menyediakan aktiviti tambahan bagi murid-murid yang menyempurnakan kerja mereka lebih awal, demi memastikan juga semua murid telah menggunakan masa mereka dengan sepenuhnya dan berfaedah. 2. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah membaca, menulis ataupun mengira. 3. Bagi aktiviti membaca bahan yang boleh diberikan ialah bentuk rencana, pantun, teka-teki, dialog, cerita,iklan dan berita. 4. Bagi aktiviti menulis bahan yang diberikan ialah lembaran kerja seperti teka silang kata. 32
5. Bagi aktiviti berbentuk mengira pula diberikan bahan berbentuk permainan, teka- teki ataupun lembaran kerja. Dengan itu, murid-murid akan mencari penyelesaian masalah yang menarik dan mencabar. 6. Selepas aktiviti pengayaan, guru akan menilai hasil kerja tiap-tiap murid atau kumpulan murid bagi mengesan keberkesanan aktiviti. Guru juga melakukan perbincangan dengan murid-murid secara kelas supaya semua murid boleh mengetahui aktiviti yang telah dijalankan oleh murid atau kumpulan murid yang lain.
11.0 Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik darjah. Ini merupakan tugas utama yang perlu diberikan perhatian yang serius, pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai. Sebagai penambahbaikan kepada pengajaran dan pembelajaran, guru perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Berikut adalah penambahbaikan yang dilakukan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
a) Guru perlu memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid. b) Guru perlu cekap mencorak iklim yang memberangsangkan dalam bilik darjah. c) Guru perlu bijak dan tegas dalam mencorak tingkahlaku dan mengawal disiplin muird-murid. d) Guru memberi ruang dan peluang untuk murid-murid mengatasi kelemahan diri dan tidak menakut-nakutkan dan mengugut murid, sebaliknya memberi mereka peluang untuk membaiki kelemahan dan tidak membiarkan kegagalan berterusan. e) Objektif yang dirancang perlulah tepat, jelas dan mampu dicapai oleh semua murid yang terdiri dari pelbagai budaya dan latar belakang. 33
f) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlu melibatkan interaksi murid pelbagai budaya agar murid saling bergantung antara satu sama lain secara positif. g) Guru melaksanakan aktiviti set induksi dengan lebih menarik bagi mendorong minat murid terhadap tajuk yang akan dipelajari. h) Guru perlu bijak dan mahir menggunakan sumber yang sedia ada bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. i) Guru sendiri perlu menjadi role model yang terbaik untuk dijadikan teladan kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.