Keperluan Pendidikan Kelas Pemulihan
Keperluan Pendidikan Kelas Pemulihan
Keperluan Pendidikan Kelas Pemulihan
kanak pemulihan
Pemulihan dalam kelas hanya dijalankan di bilik
darjah biasa dan tidak memerlukan ruang yang
khusus.
Pemulihan dalam kelas melibatkan pelajar normal
di bilik darjah .
Kurikulum yang digunakan bagi pemulihan dalam
kelas ialah yang berdasarkan kurikulum baharu
Sekolah Rendah.Cuma pelajar diajar di kelas biasa
dengan menekankan konsep pengajar daripada
yang mudah kepada yang lebih mencabar.
CONTOH AKTIVITI PEMULIHAN
Mengajar semula dengan kaedah yang berbeza
Memperbetulkan perlakuan yang salah
Menggunakan bahan visual
Mempermudahkan dan mempelbagaikan latihan
Membimbing murid menyusun maklumat dalam
bentuk ringkas
Manjalankan latih tubi
Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya
Memotivasikan murid untuk belajar bersungguh-
sungguh
Aktiviti
pengayaan
dirancang
bagi:
Menambah sifat
ingin tahu dan
meningkatkan
kemahiran berfikir
Menjalani aktiviti
pembelajaran yang
lebih mencabar dan
menarik
Memperluas
pengalaman dan
memperkukuh
kefahaman
Memperluas
pengalaman dan
memperkukuh
kefahaman
Suasana Bilik Darjah
Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan
dan peralatan yang terdapat di sekolah.
Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai
peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan,
dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan
murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-
bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta
peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan
kebersihan.
Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-
baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid
mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid
dan aktiviti berkumpulan.
Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah
berintraksi dengan guru.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
Pelajar bermasalah pembelajaran di dapati sukar menyusun
maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan
tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan.
Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah iaitu
pengajaran secara langsung dan strategi pengajaran.
1) Pengajaran secara Langsung
Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang
tersusun. Guru perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi
untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah
dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah
demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas
sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat.
Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan
melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.
2) Strategi Pengajaran
Pelajar bermasalah pembelajaran tidak
menggunakan strategi pembelajaran yang
berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan
sebagai pendekatan yang digunakan oleh
seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas
pembelajaran. Ia melibatkan individu itu
mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana
hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh
mana dia berjaya melakukan. Antara strategi
pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat
nota, menggunakan pengetahuan sedia ada
untuk membantu kefahaman, strategi
mendengar, penyelesaian masalah dan
sebagainya.
Bilik Darjah
Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di
tempatkan di dalam bilik darjah yang sama.
Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti,
kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap.
Hanya penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik
darjah biasa tidak cukup untuk memastikan
peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan
sosial pelajar bermasalah pembelajaran.
Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru
biasa dalam pengendalian kelas.
Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi
tanggungjawab untuk mengajar.
Guru
Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu
guru biasa dengan kaedah mengajar pelajar
bermasalah pembelajaran.
Dia membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal,
menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajran
dan bahan serta membina prosedur penilaian dan
pengredan pelajar bermasalah pembelajaran.
Dia juga mengumpul maklumat, membuat
pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan
tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran.
Pengajaran secara langsung dijalankan oleh guru biasa.
Bilik Sumber
Pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di sekolah
biasa akan pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan
dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran.
Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan pengajaran pemulihan
disediakan.
Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran
mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa
yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya
di sekolah.
Guru bilik sumber mestilah seorang yang mempunyai kecekapan
yang tinggi dan dapat bekerjasama dengan guru biasa, membuat
penaksiran pembelajaran dan tingkah laku, membina pengajaran
individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan keluarga.
Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk
disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.
Bilik Darjah Berasingan
Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah
kecil (dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa).
Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah
pembelajaran sahajaatau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri
daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan.
Biasanya, pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan emosi
dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Kelas berasingan
mempunyai beberapa kelebihan.
Antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik
berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam
kelas biasa.
Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas biasa memerlukan
beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai oleh pelajar bermasalah
pembelajaran.
Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas
berasingan berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan
paling berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan
serius yang memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu.
JADUAL WAKTU KELAS PEMULIHAN 2011
HARI 7.45 8.15 8.45 9.15 9.45 10.15 10.45 11.15 11.45 12.15 12.45 1.15
ISNIN per 3 3 2 2 R 2
SELASA 2 2 E 3 3 3
RABU 3 3 H 2 2
KHAMIS 3 3 A 2 2
JUMAAT 3 3 3 T 2 2
Di Luluskan
.
( Tn. Hj.Mohd Zakari Bin A. Rahman )
Guru Besar
SK.Kg Tasek
16800 Pasir Puteh
Kelantan.
Contoh bilik darjah pemulihan
Contoh bilik darjah pendidikan khas
Terima kasih