Laporan Program Majlis Anugerah Selempang
Laporan Program Majlis Anugerah Selempang
Laporan Program Majlis Anugerah Selempang
LAPORAN PROGRAM
MAJLIS ANUGERAH SELEMPANG
TEMPAT:
SK DALAM RU,
JALAN LAMA KAMPUNG DALAM RU,
16700 PASIR PUTEH, KELANTAN.
TARIKH:
4 OGOS 2014
DIANJURKAN OLEH:
GURU-GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU
1.0 PENGENALAN
Guru pelatih Semester 8 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) wajib
menjalani tempoh Intership selama sebulan. Masa yang diperuntukkan perlulah diisi
dengan tiga program yang sering kali dianjurkan di sekolah bagi memberi latihan
dan pengalaman kepada guru pelatih. Oleh itu, kami telah melaksanakan program
ketiga kami iaitu Majlis Anugerah Selempang. Program Tautan ini ialah manifestasi
kepada kecemerlangan murid di sekolah dalam bidang akademik serta penghargaan
khusus supaya lebih banyak lonjakan prestasi dapat dihasilkan.
Rasional:
a) Menjadi perangsang kepada semua murid supaya berusaha bersungguh-
sungguh dalam pelajaran.
b) Menimbulkan rasa minat dalam kalangan murid untuk terus cemerlang dan
berjaya dalam bidang akademik.
Matlamat dan Objektif:
a) Melahirkan murid yang cemerlang, berkualiti, dan berwawasan.
b) Meningkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri murid.
c) Melahirkan murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bidang
akademik.
d) Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang cemerlang
dalam bidang akademik.
e) Memberikan pengiktirafan kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan
komitmen dan kerjasama sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak
semasa di sekolah dan di rumah.
2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
Tarikh Aktiviti :
4 Ogos 2014
Masa :
9.00 pagi 12.00 tengah hari
Tempat :
Dewan Gemersik Bayu, SK Dalam Ru,Jalan Lama Kampung Dalam Ru,
16700 Pasir Puteh, Kelantan.
Kumpulan Sasaran :
Murid cemerlang dan ibu bapa/penjaga.
Senarai Ahli Jawatankuasa :
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
MAJLIS ANUGERAH SELEMPANG
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : PUAN HAJAH WAN HAMIDAH BINTI WAN
DAUD
Pengerusi : EN. MOHD. HAZLEE BIN ABDULLAH
Naibpengerusi I : EN. WAN ABDUL HAMID BIN WAN AHMAD
Naibpengerusi II : EN. WAN MOHD NAZARI BIN WAN AWANG
Mentor : PUAN HAJAH KHAZIAH BINTI MOHAMAD
AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi : CIK NURFATIN NADIERA BINTI LAHAZIR
Naib pengerusi : CIK NOOR AISYAH BINTI ABDULLAH
Setiausaha : EN. NIK AZRI BIN NIK MOHAMED ARRIFF
Buku program : CIK NORRAIHAN BINTI MOHD SHAH
Persiapan tempat : EN. RADZUAN BIN LOPE
Sistem siar raya : EN. AZMI BIN AWANG
Kawalan murid : EN. ROSDI BIN MAT SAUD
Pengacaramajlis : PN. SRI RAHAYU BINTI AB. WAHAB
Bacaan doa : EN. RAMLI BIN MAJID
Tentatif pelaksanaan program:
ATURCARA MAJLIS
9.00pg 9.15pg : Ketibaan ibu bapa/penjaga murid cemerlang.
9.15pg 9.30pg : Nyanyian lagu Negaraku, lagu Sekolah, Jasa Bonda.
9.30pg 9.45pg : Ucapan YDP PIBG.
9.45pg 10.00pg : Ucapan Guru Besar SK Dalam Ru.
10.00pg 10.15pg : Persembahan wakil murid Tahun 5
10.15pg 10.30pg : Penyampaian hadiah I
10.30pg 10.45pg : Persembahan murid Tahun 4
10.45pg 11.00pg : Penyampaian hadiah II
11.15pg 11.30pg : Persembahan murid Tahun 4
11.30pg 11.45pg : Anugerah selempang untuk calon UPSR cemerlang.
11.45pg 12.00tgh : Penutup & Jamuan tengah hari.
8.00pg - 8.30pg : Sesi ice-breaking
*Rujuk Lampiran
Kaedah pelaksanaan :
a) Guru-guru dipanggil untuk bermesyuarat pada 20 Julai 2014 untuk
membincangkan mengenai perjalanan Majlis Anugerah Selempang Peringkat
SK Dalam Ru 2014.
b) Menyiapkan kertas kerja dan memohon kebenaran daripada guru besar.
c) Bermesyuarat kali kedua dengan guru-guru pada 24 Julai 2014 dan
mengumumkan Ahli Jawatankuasa Induk, Ahli Jawatankuasa Pengelola yang
terlibat, dan membentangkan kerja serta perjalanan majlis pada hari tersebut.
d) Mengirim surat jemputan kepada ibu bapa dan penjaga murid cemerlang.
e) Menyediakan keperluan untuk majlis.
f) Mesyuarat kali ketiga dengan guru-guru untuk bertanyakan persediaan
jawatankuasa masing-masing.
g) Setelah segala persediaan berjalan lancar, Majlis Anugerah Selempang
diadakan.
3.0 HURAIAN PENILAIAN
Maklum balas peserta:
Guru, murid, dan ibu bapa penjaga memberikan maklum balas yang sangat
positif sepanjang Majlis Anugerah Selempang dilangsungkan. Mereka berpendapat
program seumpama ini menjadi intensif kepada anak-anak SK Dalam Ru untuk
berusaha lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan khasnya dalam peperiksaan
UPSR nanti. Ibu bapa juga memberi jaminan untuk memastikan anak-anak mereka
mematuhi aktiviti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah khususnya bagi
murid Tahun 6 untuk menghadiri kelas tambahan. Murid dilihat gembira apabila
menerima hadiah hasil pencapaian mereka.
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI
a) Kekuatan Projek
Setelah selesai menjalankan projek Majlis Anugerah Selempang, kami dapati
terdapat banyak kekuatan projek ini kerana berlangsung dalam keadaan baik sekali.
Antara kekuatan yang boleh dipertimbangkan ialah kebolehan kami berurusan
dengan pihak pentadbir serta guru-guru SK Dalam Ru dengan baik selepas banyak
berbincang dengan mentor. Melalui perbincangan berterusan, kami dapat juga
menambahkan ilmu pengetahuan dalam pengendalian sesuatu mesyuarat, urusan
jawatankuasa, dan atur cara majlis untuk melangsungkan sesuatu program dengan
cemerlang khususnya aktiviti tahunan yang penting.
Kami juga dapat berkenalan dan beramah mesra dengan ibu bapa penjaga
murid cemerlang khususnya untuk calon UPSR selain mengasah bakat melatih
murid melakukan persembahan di pentas.
Kemudian, kami dapat mengenali secara mendalam guru-guru, guru besar,
para pentadbir, dan pekerja di sekolah ini. Mereka amat bekerjasama dan memberi
komitmen yang amat baik dalam menjayakan projek ini. Ahli jawatankuasa yang
dilantik telah melaksanakan tugas mereka dengan baik. Tugas-tugas yang diberikan
dapat dilaksanakan dengan efektif sekali kerana kesemua guru yang terdapat di
sekolah ini mempunyai kemahiran tertentu dalam bidang masing-masing. Daripada
tugas persiapan tempat sehinggalah kepada disiplin murid, semuanya dapat dikawal
dengan cemerlang.
Sekolah kami ini juga mempunyai segala alatan yang lengkap untuk
menjalankan majlis seperti ini dan tidak ada masalah dalam soal kewangan untuk
membeli alatan baru. Perkara ini memainkan peranan yang amat penting dalam
menjayakan projek kami. Hal ini kerana sedikit banyak telah memudahkan kerja
kami dalam persediaan menjalankan Majlis Anugerah Selempang.
Kekuatan projek ini seterusnya adalah dengan adanya intensif bagi murid
cemerlang seperti ini, murid yang berani bersaing untuk lebih maju dalam bidang
akademik dapat dilahirkan lebih baik. Melalui hadiah kecemerlangan, murid sudah
tentu akan diberi ruang untuk menampilkan prestasi terbaik mereka sesama rakan
masing-masing pada masa akan datang.
Melalui projek ini, kami dapat mengenal pasti ramai murid sekolah ini yang
berbakat untuk membuat persembahan pentas khususnya murid Tahap Dua. Hal ini
munggin berlaku kerana mereka sering didedahkan dengan latihan persembahan
oleh guru-guru.
b) Kelemahan Projek
Walaupun projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya, namun
terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki. Antaranya dari segi
persembahan murid yang boleh digilap dengan lebih baik. Mungkin jarak masa
selepas cuti Hari Raya Aidilfitri menyebabkan murid tidak bersedia secukupnya
untuk melakukan persembahan.
Selain itu, pengurusan masa juga perlu ditingkatkan keberkesanannya. Hal ini
sangat penting untuk pengurusan sesuatu majlis. Untuk majlis ini, terdapat beberapa
keadaan di mana masa tidak terkawal dengan baik. Walaupun tidak menjejaskan
keseluruhan program, namun hal ini dapat dibaiki pada masa akan datang.
Akhirnya, kawalan murid kurang diberikan perhatian. Apabila fokus diberikan
kepada murid cemerlang dan ibu bapa penjaga mereka, murid lain tidak terkawal.
Mereka berlari-lari dan bermain sesama sendiri. Guru tidak dapat mengawal dan
memantau keseluruhan murid. Oleh itu, keadaan di luar dewan agak bising serta
kurang terurus.
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut pertamanya pemberian
masa yang mencukupi untuk latihan perlukan dititikberatkan supaya mereka betul-
betul bersedia untuk melakukan persembahan dan secara tidak langsung
memberikan keyakinan diri kepada mereka. Murid juga harus berusaha sendiri dan
bukannya hanya bergantung pada guru semata-mata.
Penambaikan yang seterusnya ialah masa perlu ditepati mengikut tentatif
yang disediakan untuk mengelak terbabas jauh daripada aturan program sebenar.
Hal ini dapat membantu kelancaran majlis dan memastikan ibu bapa penjaga lebih
senang menguruskan kedatangan mereka ke sekolah.
Akhirnya, jawatankuasa kawalan murid perlu memberikan fokus bukan sahaja
kepada murid dan tetamu yang hadir di dewan tetapi lebih penting membahagikan
tugas di luar dewan juga. Hal ini penting kerana murid yang tidak terlibat dengan
program akan bermain-main dan membuat bising jika tidak diberikan perhatian yang
sewajarnya.
6.0 GAMBAR (rujuk lampiran)
7.0 PENUTUP
Majlis Anugerah Selempang yang dianjurkan oleh guru-guru pelatih IPG
Kampus Kota Bharu ini telah terbukti dapat memberikan manfaat kepada murid
khasnya murid cemerlang dan memberi perangsang kepada rakan mereka yang
lain. Melalui pengendalian program ini, guru-guru pelatih dapat menimba
pengalaman berharga untuk menganjurkan majlis melibatkan ibu bapa penjaga dan
komuniti setempat bagi memartabatkan kecemerlangan prestasi akademik.
Disediakan oleh,
..
(NIK AZRI BIN NIK MOHAMED ARRIFF)
Setiausaha Majlis Anugerah Selempang,
Guru Pelatih IPG Kampus Kota Bharu.